0
Bismillah.

Anak-anak anda gemar menonton kartun? Tentu suka, bukan! Anak saya juga gemar menonton kartun, tapi hanya yang menjadi pilihannya sahaja dan bukannya semua jenis kartun. Yang paling digemari anak saya adalah Wonderpets, Dora The Explorer, Umizoomi, Spongebob Squarepants, Pada Zaman Dahulu dan lain-lain yang saya pun tak berapa pasti kerana kadang-kadang dia suka, kadang-kadang dia tidak suka. Masa umurnya 1 tahun, Upin Ipin menjadi kegemarannya. Lama-lama dia sudah beralih ke Wonderpets dan Dora. Boboiboy dan Bola Kampung juga ditontonnya tapi kadang-kadang juga. Sebenarnya, bagus atau tidak kartun-kartun ini? Ada yang bagus, ada yang ok, tapi ada yang tidak berapa ok. Bagus untuk membantu kita ibu bapa untuk membuat kerja rumah dan memasak. Namun, bagi saya ia tidak berapa bagus kerana bahasa yang kadang-kadang digunakan adalah kasar dan tidak baik untuk didedahkan kepada kanak-kanak. Kata ganti nama diri "Kau-Aku" yang digunakan dalam kartun-kartun Melayu ini sahaja sudah tidak saya gemari. Lebih baik lagi adalah Dora dan Wonderpets yang lebih berbentuk pendidikan dan mempelajari sifat-sifat murni.

Aktiviti menonton kartun ini sudah menjadi satu kebiasaan untuk mana-mana kanak-kanak. Seperti yang telah saya sebutkan, ibu bapa pun boleh membuat kerja dengan tenang dan tanpa gangguan apabila anak-anak ini sudah fokus dengan rancangan kartun yang digemarinya. Tetapi, terfikirkah anda tentang pengisian yang anak-anak anda perolehi hasil daripada menonton dan melihat kartun setiap hari? Mahukah anda memiliki VCD yang boleh menjadi seperti kartun, malah boleh berinteraktif dengan kanak-kanak sambil belajar tentang Islam?


Ini adalah set VCD dan buku siri Baby Khalifah yang sebaiknya digunakan sebagai bantuan alat pendidikan kepada anak-anak anda yang berumur 2-6 tahun. Karakter yang comel iaitu Aisyah yang berinteraktif dengan pembaca atau pengguna membuatkan pembelajaran tentang Islam itu lebih seronok dan menceriakan.

Apakah yang bakal anda perolehi daripada set ini?


1. 6 keping CD Baby Khalifah dalam tajuk
- My First Solat
- My FIrst Kalimah
- My First IQRA
- My First Arabic
- My FIrst Adab
- My Family
2. 6 buku latihan atau buku aktiviti dalam tajuk-tajuk di atas
3. 1 set pensil warna
4. 1 stiker kereta
5. 1 set flashcard tentang wuduk dan solat
6. 1 bookmark

Di manakah CD Baby Khalifah ini boleh digunakan?

CD Baby Khalifah ini boleh dibuka di komputer atau laptop sahaja. CD ini adalah CD interaktif yang mempunyai pelbagai aktiviti untuk anak-anak anda belajar sambil bermain. Lihat gambar ini untuk melihat spesifikasi komputer yang boleh memasang CD Baby Khalifah ini :


Sekiranya anda mempunyai peralatan yang cukup, anda boleh menyambung dari laptop anda ke flat screen TV menggunakan HDMI cable, kemudian menggunakan kawal guna tetikus tanpa wayar (wireless mouse).

Kotak Baby Khalifah yang anda bakal perolehi :



6 Buku Mewarna atau Buku Aktiviti yang mempunyai isi kandungan yang sama dengan CD Interaktif :


1 set pensil warna, 1 stiker kereta, 1 set flashcard dan 1 penanda buku :


Bahasa pengantar bagi kesemua CD dan buku-buku ini adalah Bahasa Inggeris dan apa yang bakal dipelajari anak-anak adalah tentang Solat, Iqra, Bahasa Arab, Adab, Keluarga, dan Kalimah-kalimah mulia. Berikut adalah ringkasan isi kandungan setiap modul dalam CD dan buku-buku dalam Baby Khalifah Learning Series :

1. My First Arabic
Melalui modul ini, anak-anak akan dapat mempelajari tentang warna, bentuk, nombor dan hari dalam bahasa Arab.

2. My First Solat
Anak-anak akan diajar cara-cara berwuduk, azan, arah kiblat dan waktu solat.

3. My First Iqra
Anak-anak akan diajar 30 huruf dalam bahasa Arab.

4. My First Kalimah
Ucapan AllahuAkbar, Alhamdulillah, Subhanallah dan Bismillah.

5. My First Adab
Modul ini pula akan mengajar tentang kejujuran, kebenaran, kesabaran dan sebagainya.

6. My First Family
Modul ini akan mengajar salasilah keluarga, tanggungjawab dan adab.






Alhamdulillah, telah wujud suatu inisiatif daripada pengasasnya En. Hasan dan warga kerjanya untuk menghasilkan siri CD pembelajaran interaktif yang berbentuk Pendidikan Islam seperti ini dengan tajaan serta sokongan daripada MOSTI. Niat mereka adalah untuk mengembangkan industri pendidikan digital dan melahirkan generasi yang lebih cemerlang dalam agama Islam, adab dan akhlak terutamanya dengan memulakannya dari usia kecil mereka.

Sekiranya anda inginkan anak anda pandai berbahasa Inggeris, sekaligus mempelajari asas agama Islam, eloklah dipasangkan CD-CD yang berteraskan agama seperti ini. Harganya pun adalah harga mampu milik dan tidak terlalu mahal, sesuai dengan usaha berbaloi pihak design dan pemikir produk ini. Produk ini juga mengambil waktu yang lama dengan kos yang tinggi untuk disiapkan.


Hanya RM 90 (tidak termasuk kos pos laju).

Harga kos Pos Laju ke Semenanjung Malaysia : RM 8.50.

Untuk sebarang order dan maklumat penghantaran, boleh PM kami dahulu di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop atau SMS/Whatsapp di 012-6753078 .

Like kami di Facebook Fanpage : Islamic Kids Shop untuk melihat lebih banyak lagi produk menarik dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Post a Comment

 
Top