0
Teks : Wan Syahida Kahar
Gambar : Carian Google

Bismillah.

 
Kita sebagai ibu, tentu selalu luangkan masa di rumah dengan mengemas dan membuang benda-benda yang kita tak perlukan. Kadang-kadang ada suratkhabar lama, kotak lama, bunga telur, beg-beg cenderahati yang dapat masa kenduri kendara, botol plastik kosong, penyedut minuman, sudu plastik, kotak plastik, kertas-kertas iklan yang selalu memenuhkan peti surat rumah, kalendar tahun-tahun lepas, bekas kotak kain pelikat, tin biskut kosong dan macam-macam lagi barang yang kita sudah tidak perlukan. Sebenarnya kita masih boleh mengitar semula semua bahan-bahan ini menjadikan sesuatu yang menyeronokkan buat anak-anak. 

Tak percaya? Atau tiada idea? Cuba para ibu rajin-rajinkan diri menaip di google tentang aktiviti 'homeschool' anak-anak terutamanya yang berumur 5 tahun ke bawah. Pasti anda akan terkejut dengan hasil penemuan anda. Sangat banyak perkara kreatif guru-guru homeschool pernah lakukan untuk menambahkan aktiviti anak-anak. Aktiviti-aktiviti kreatif ini, atau 'art work' dan permainan kanak-kanak yang mudah dan ringkas yang dicipta mereka semuanya dapat merangsang minda, kemahiran koordinasi tangan, mata dan pergerakan anak-anak kecil. Kegiatan ini menggalakkan anak-anak kecil untuk mencuba bermain aktiviti-aktiviti yang baru, terutamanya yang melibatkan tangan dan pergerakan badan. Hasilnya anak-anak dapat terangsang mindanya dan menggalakkan sel-sel otak berhubung.

Contoh-contoh idea yang menarik untuk dilakukan bersama anak-anak kecil di rumah dengan cara yang murah, mudah dan menyeronokkan :



Sebenarnya ada banyak website yang menyokong ibu bapa yang berminat untuk homeschool anak-anak dan menerangkan tentang bagaimana untuk memulakan aktiviti homeschooling ini. Contohnya di website ini : You Can Teach. Anda juga boleh rajin 'follow' blog-blog para ibu yang melakukan homeschooling kepada anak-anak mereka.

Ini salah satu blog homeschool yang diusahakan seorang ibu kepada anak-anaknya : Mama Homeschool

Cuba dapatkan idea daripada mereka dan cari apa yang boleh anda gunakan daripada barang-barang buangan di rumah anda. Selepas ini, sambil-sambil anda mengemas rumah, cari benda yang anda rasakan masih boleh digunakan dan dikitar semula untuk mencipta aktiviti kreatif untuk anak-anak kecil anda. Semoga bermanfaat!

Post a Comment

 
Top