2
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillah.

Assalamualaikum. Ceria saya pagi ini kerana dapat buat kerja online seperti biasa. Setelah suami bertolak ke tempat kerja, hanya sewaktu anak sedang tidur sahaja baru boleh saya tumpukan perhatian terhadap apa-apa kerja yang memerlukan daya tumpuan yang tinggi dan buat kerja-kerja online. Bila anak dah bangun nanti, semua kerja nanti kena stop sebab anak saya terlalu gemar menggunakan laptop untuk 'belajar'. Itu la rutinnya.

Sekarang, setelah hampir 4 bulan saya jadi WAHM (work-at-home-mom), saya dapat merasakan yang saya telah semakin stabil dari segi emosi dan kewangan. Kalau dulu saya stress juga sebab memikirkan wang pendapatan, pengurusan masa antara menguruskan anak, memasak, mengemas dan kerja-kerja online. Tambahan pula kini saya menguruskan homestay milik saya dan suami di Petaling Jaya. Banyak juga perkara yang perlu difikirkan dan disesuaikan sebelum nak capai tahap stabil dan aman seperti sekarang. Jadi dulu memang agak serabut. Sekarang saya masih lagi belajar tentang bagaimana nak uruskan perniagaan online dan maju dengannya dan dalam masa yang sama, belajar menguruskan rumah dan anak. Saya fikir ada banyak hikmahnya saya menjadi WAHM pada waktu ini, kerana anak masih kecil (baru 2 tahun 6 bulan), tambah pulak baru seorang, jadi saya masih boleh dapat tumpukan perhatian dengan bisnes, memahirkan diri dengan masakan, menguruskan rumah dan lain-lain.

Yang paling penting, emosi yang semakin stabil dan aman setelah menjadi WAHM. Walaupun memang adakalanya saya stress dengan boss kecil saya, siapa lagi kalau bukan si anak, tapi lama-lama saya dah dapat atasinya dan tukarkan ke perasaan keibuan. Selagi kita sendiri dapat mengawal dan menguasai emosi kita, kita juga dapat handle apa-apa situasi berkenaan anak kita. Betul tak? Kerja surirumah, tak semua orang boleh handle. Lelaki yang tak boleh bersabar, memang payah (kalau mereka nak cuba jadi surirumah). Sebabnya? Hehe cuba try jaga anak sorang-sorang di rumah dan memasak, mengemas dan bekerja dalam masa yang sama. Ada boleh? Sekali anak meragam sambil anda memasak, sambil anda penat, sambil anda tak siap lagi kerja online, buat sepah sana-sini, sambil layan customer, sambil anak mintak macam-macam, agak-agak sampai mana boleh bertahan? Perlu mandikan anak, masakkan, suapkan makanan, tukarkan pampers, potty-training, basuhkan baju, layan anak bermain, layan anak bila dia minta macam-macam, tumpukan pada anak, dan anda juga dalam masa yang sama perlu mendidik anak sebagaimana kewajipan dan kebiasaan ibu di rumah. Ajar mengaji, membaca, ajarkan adab dan lain-lain. Bersabarkah kaum lelaki melakukan semua ini? Setiap hari? Kalau ada, syabas kepada anda. Tapi saya rasa kaum lelaki memang susah sebab fitrahnya kaum wanita dan kaum ibu sahaja yang sesuai dan cukup bersabar untuk melakukan pekerjaan ini. Setiap hari pula tu. Betul tak? :-) Ini belum lagi kerja pergi ke pasar, hantar anak ke sekolah, dan lain-lain pekerjaan seorang surirumah. Saya tak mention tentang ini sebab saya tak pergi ke pasar (jarang sangat) dan belum perlu hantar anak ke sekolah. (Saya homeschooling je sekarang. Anak kecik lagi).

Berkenaan ibadah, alhamdulillah juga, kini saya berpeluang menunaikan solat-solat pada awal waktu (melainkan anak meragam, atau perlukan macam-macam perhatian, dan lain-lain) dan juga menunaikan solat-solat sunat yang saya suka nak buat. Tak kira siang, petang atau malam. Baca Al-Quran, baca Al-Mathurat, baca buku, dan lain-lain.. Bila siang kita dah dapat menyelesaikan kesemua kerja rumah, bila masuk waktu malam, fikiran dan jiwa kita juga dah makin tenang untuk terus menambahkan solat-solat sunat, mengaji dan membaca apa-apa bahan bacaan.

Kalau dulu, topik perbincangan di antara saya dan suami selalunya benda-benda negatif di tempat kerja yang menyesakkan otak dan fikiran. Kerana dulu saya memang sangat stress dengan kerja engineer saya tu. Sekarang dah takde lagi :-). Namun saya masih lagi suka mengikuti isu-isu semasa, baik dalam atau luar negara dan mengikuti perkembangan terkini. Tak nak la jadi seperti katak di bawah tempurung. Hanya mungkin sekarang saya dah kurang dengar radio IKIM macam dulu-dulu. Ini je rutin yang saya nak kena kembalikan semula. 

Syukur sangat bila keluarga saya dan mertua tak pernah membantah atau mempersoalkan apa-apa bila saya dan suami bersepakat supaya saya berhenti kerja dan menjadi WAHM. Saya memang dah bersungguh-sungguh bertawakkal masa nak buat keputusan ni. Berdoa, beristikharah, memohon, kemudian saya bertawakkal. Akhirnya ini jalan yang Allah pilih dan tentukan. Tapi, seandainya mungkin suatu hari nanti saya menerima apa-apa tawaran pekerjaan, tentunya saya akan terus berdoa, beristikharah, memohon dan bertawakkal. Allah je yang tahu apa yang terbaik buat kita pada masa itu. Yang penting, kata orang, kita lakukan dengan sehabis baik dalam apa-apa keadaan kita pada masa ini dan dalam apa-apa pekerjaan pun kita kena lakukan dengan bersungguh-sungguh. Tak kira lah masa kerja makan gaji, ataupun bila dah bekerja sendiri.

OK. Harapan saya, kita semua pun maju dan berjaya dalam apa-apa pekerjaan yang kita sedang ceburi, dan redha dengan segala rezeki dan ketentuan yang Allah berikan kepada kita. Insya Allah, saya yakin, semua orang dah ada rezeki masing-masing. Jadi jangan kita cemburu, jangan pandang dengan buruk sangka, jangan menyesal dan jangan berasa kurang harga diri. Yang penting kita memohon dan bertawakkal kepada Allah selalu. Apa-apa saja yang berlaku ke atas kita, itulah yang terbaik untuk kita pada waktu itu.

Wassalam.

Post a Comment

  1. Alhamdulillah..akhirnya dpt juga bc entry yg tenang dr puan shye hehe..kalau tak stress je memanjang. good for the baby too. semoga ko terus maju dan happy dengan hidup sekarang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha thanks... Tenang ek... Tu la beza sangat dulu ngan sekarang.. Tapi everyday kena struggle juga untuk perhebatkan business ni.

      Amin.. thanks. Tegur2 la di Whatsapp kalau boring di office tu. Heheh.

      Delete

 
Top