0

Bismillah.
 
 
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak perempuan 2 tahun dirogol dan diliwat sebelum dibunuh dengan kejamnya di sebuah rumah yang baru nak siap di Paka, Terengganu. Bukannya kali pertama kita dengar berita macam ni, malah dah berkali-kali. Sama macam kes arwah adik Nurin Jazlin. Tak terbayang saya betapa tergamaknya penjenayah yang sanggup buat macam tu, kan. Apa la nak jadi dengan masyarakat Malaysia ni. Makin lama makin teruk. Yang saya lihat, puncanya berkait-kait. Ibu bapa yang terlibat dengan dadah, berkawan dengan orang-orang yang salah, tak berhati-hati melindungi anak-anak, dan lain-lain perkara yang ibu bapa cuai. Subhanallah, janganlah kita cuai. Anak-anak ni kan amanah. Penjenayah itu juga mungkin datang daripada keluarga yang bermasalah. Puncanya? Ibu bapa yang tidak mendidik mereka dengan sebaiknya. Segalanya berpunca daripada institusi keluarga.
 
Kita lah ibu bapa dan kita yang tergolong dalam masyarakat. Apa yang boleh kita lakukan? Mulakan dengan keluarga kita sendiri. Sebagai ibu bapa, kita boleh berusaha dan berikhtiar. Mari kita baca dan amalkan Doa Supaya Anak-anak kita Dijauhi daripada Zina.. Kita pun tahu tak sepanjang masa kita boleh kawal anak-anak kita. Apa yg dia lihat, apa yg dia belajar, apa yg dia dengar. Jadi mari kita mohon pertolongan Allah supaya anak-anak kita bersih hatinya dan hilang nafsunya untuk melakukan zina. 
 
Semoga ada manfaatnya, Insya Allah.
 
Pakej Soft Book dan Soft Block yang terbaru daripada kami :




Anda mencari mainan untuk baby comel anda? Jom cuba Pakej Bayi Seronok Bermain dan Belajar. Pakej yang terdiri daripada 2 softbook dan softblock ini sangat sesuai untuk bayi berusia 1 bulan - 12 bulan. Ianya permainan yang mendidik dan selamat untuk bayi.

Harga pakej RM100 termasuk kos pos laju ke Semenanjung Malaysia.

Untuk sebarang order dan pertanyaan stok, PM kami di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop atau SMS/Whatsapp 012-6753078.
Like kami di Islamic Kids Shop untuk melihat lebih banyak produk pendidikan untuk bayi dan kanak-kanak.

Post a Comment

 
Top