0
Teks : Wan Syahida Kahar

Ketika ibu bapa saya telah pulang kembali ke Malaysia setelah selesainya umrah, Alhamdulillah syukur rasanya mereka semua telah kembali dengan selamat dan sihat. Hanya ayah saya je yang batuk-batuk. Mak saya tak ada batuk. Kakak saya juga sihat. Mak cik saya yang ikut serta pun ada batuk-batuk sikit. Hanya mereka terasa penat lagi. Jadi, 3 hari pertama sekembalinya mereka dari sana, mereka banyak berehat. Kebetulan tengah cuti Chinese New Year masa tu. Jadi, memang sesuai untuk mereka cukupkan waktu rehat dengan bersantai-santai di rumah. Tambahan lagi dengan kedatangan saya, suami dan anak-anak. Keletah anak-anak saya sedikit sebanyak menceriakan wajah mereka.

Mak saya katakan yang setiap hari dia tak tinggal B Complex dan Ostematrix. Jadi dia terasa bertenaga. Ayah saya pun saya ada bekalkan sebotol supplemen B Complex. Dengan kudrat ayah, mampu juga dia daki Gua Hira', biarpun usia ayah dah warga emas. Kakak saya tetap maintain sebab dia memang orang yang adventerous dan kerap mengembara. Bab-bab mendaki ni mudah baginya. 

Mak mertua dan ayah mertua saya pula, sekembalinya mereka dari umrah, khabar tak berapa gembira buat mak mertua yang memang selalu sakit-sakit lutut sejak dulu. Sebab terlalu banyak berjalan agaknya, buatkan mak sakit lutut agak teruk juga. Nak tunaikan umrah juga tak puas sebab jalan dah tak laju. Bila penat-penat macam tu, nak beribadah pun sangat sukar. Sepanjang keberadaan mereka di sana, memang anak-anak semuanya risau tak sudah. Kini bila dah kembali pulang dengan selamat, lega rasanya. Advanced Joint Health Tablet mesti terus dimakan. Termasuklah juga Vivix untuk lekas pulih dan bertenaga. Itu sahaja yang mampu kami sumbangkan sebagai ikhtiar kami untuk kembalikan kesihatan mak. 

Seronoknya bila tengok gambar-gambar yang dikongsi kakak saya sepanjang berada di sana. Saya dan suami teruja sangat. Suami saya lebih banyak memahami keadaan di sana kerana dia dah pun pernah pergi menunaikan umrah sejak sebelum berkahwin dengan saya lagi.

Saya, buat masa ini.. masih terus berusaha dan berniat agar suatu hari nanti saya juga berpeluang menjana pendapatan dan berupaya menjalankan ibadah umrah. Ingin sekali saya menziarahi bumi Anbiya', melihat Kaabah, beribadah di dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Dan tentunya menziarahi makam Rasulullah S.A.W. Hanya sekarang, niat sahaja. Saya perlu berusaha ke arahnya. Insya Allah, biiznillah...

Pembaca-pembaca saya yang budiman, anda dah pernah tunaikan umrah? Jika ya, alhamdulillah. Moga ada rezeki lagi buat anda dan saya :-).

Post a Comment

 
Top