0
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillah. Assalamualaikum para pembaca saya yang budiman. Diharapkan agar para pembaca saya sentiasa berada dalam lindungan dan kasih sayang Allah swt. InsyaAllah.

Baru-baru ini anak saya yang berusia 8 bulan telah demam setelah kakaknya Ameerah demam dahulu. Sebenarnya anak sulung saya Ameerah mula demam sejak pulang dari airport ketika kami hantar tok dan neneknya ke umrah (mak dan ayah mertua saya). Kemungkinan Ameerah telah terjangkit daripada sepupu-sepupunya yang demam ketika itu. Kemudian apabila Ameerah demam di rumah, Ameer (8 bulan) pula yang demam. Saya suspek Ameer pun terjangkit. 

Pernah tak anda dengar, ibu yang menjaga anaknya yang demam selalunya demam sekali? Ya, betul rupanya. Saya tak terkecuali. Sebab ini pertama kali saya menjadi surirumah sepenuh masa kepada bayi saya. Sewaktu anak sulung saya kecil dahulu, ibu mertua saya yang menjaganya dan saya masih bekerja sebagai engineer pada waktu tu. Jadi pengalaman ini merupakan pengalaman yang pertama kali buat saya. Dugaan menjaga anak yang demam, dengan kita-kita sekali turut demam, MasyaAllah, Tuhan saja yang tahu betapa sukar dan lelahnya. Menghadapi anak yang sentiasa menangis, merengek dan tidak selesa. Kita pula sakit dan demam. Lemah-lemah badan. Kalau ikutkan, kita pun perlukan rehat dan MC. Dah nama pun demam. Perlukan banyak berehat. Tapi tidak bagi saya. Memang suami saya turut kasihan. Dia hanya banyak memberi nasihat dan memantau dari tempat kerja, manakala saya pula update setakat mana yang sempat melalui aplikasi Whatsapp. Saya pada waktu tu, terasa macam nak panggil je mak saya datang membantu (masa tu sehari sebelum mak saya nak pergi umrah). Tapi saya tahan. Saya fikirkan yang saya sendiri perlu kuat. Saya mesti lakukannya sendiri walau amat amat susah.

Saya sendiri disiplinkan diri untuk rajin mengambil Panadol. Di samping rajin mengambil Vitamin C serta B Complex. Suami pula selalu pesan supaya rajin-rajin minum susu campurkan dengan ESP supaya baby tak kelaparan. Maklumlah anak saya tu. Bila demam, dia tak berselera nak makan. Memang dah cuba untuk suap dia bubur. Tapi dia selalu tolak dan nangis. Nak tak nak, saya perlu sentiasa menyusukannya. Untuk maintain susu saya pekat, lemak berkrim dan baby lebih cepat kenyang, memang saya tak tinggal minum susu + ESP. Vitamin C dan B Complex pula saya rajin ambil dengan harapan nutrisi-nutrisinya disalurkan kepada bayi melalui air susu ibu saya.

Selama beberapa hari saya bertahan sehinggalah keadaan kembali pulih. Anak kembali sihat. Dia demam sekejap sahaja. Alhamdulillah. Syukur juga tiada yang berat dan serius seperti demam denggi. Naudzubillahi mindzaalik.

Dugaan seorang ibu. Beginilah rasanya. Seorang surirumah, tak sama langsung dengan stressnya bekerja sebagai seorang engineer. Buat saya banyak bermuhasabah. Biarpun sangat penat, namun saya selalu ingat akan kata-kata Ustazah Norhafizah Musa dalam ruangan udara Ikim.fm. Biarpun kita penat, Allah awal-awal lagi telah mengiktiraf segala pengorbanan seorang ibu itu. Biarpun manusia tidak pandai menghargai, Allah awal-awal lagi telah menghargai kita golongan ibu. Semoga beristiqamah dan kuat wahai ibu-ibu seangkatan seperti saya. Demi anak-anak yang tercinta.


Post a Comment

 
Top