0
Teks : Wan Syahida Kahar


Bismillah. Assalamualaikum para pembaca saya yang budiman. Semoga semuanya berada di dalam rahmat Allah.

6 Februari 2015 yang lepas, mak, ayah, kakak dan ibu saudara saya telah bertolak ke Mekah bagi menunaikan umrah. Mereka pergi dengan syarikat Andalusia. Kebetulan, mak dan ayah mertua saya pun pergi umrah juga pada 7 Februari 2015. Mereka pun pergi dengan Andalusia. Hanya bezanya, mak ayah saya pergi ke Mekah dahulu. Mak ayah mertua pergi ke Madinah dahulu. Tak ada rezeki mereka untuk berjumpa di sana. Esok, InsyaAllah, mak ayah saya akan kembali ke tanah air pada sebelah petang setelah 10 hari berada di bumi Anbiya'. Manakala mak ayah mertua saya pula akan kembali pada 19 Februari setelah 13 hari berada di sana. 

Alhamdulillah seronok rasanya dengan pemergian mereka. Walaupun saya masih belum berpeluang untuk menunaikan umrah, saya menumpang gembira atas rezeki mereka. Banyak yang saya sempat pesan kepada mak untuk mendoakan saya. Teringat pula saya ketika mak dan ayah saya pergi menunaikan umrah kali terakhir mereka sebelum ini pada tahun 2010. Betul-betul beberapa bulan sebelum saya berkahwin. Banyak yang mak doakan yang berjaya termakbul. Alhamdulillah. Termasuklah impian saya untuk berkahwin dan 'settle down', dikurniakan rezeki cahaya mata dan kemurahan rezeki. 

Dalam usia mereka yang semakin meningkat ini, timbul pula kerisauan kami anak-anak terhadap kesihatan dan kecergasan mereka di sana nanti. Alhamdulillah, kebetulan bulan Februari ni ada promosi Shaklee untuk Advanced Joint Health Tablet (AJHT). Jadi, dapatlah saya belikan dengan harga promosi untuk mak mertua saya yang memang dah lama selalu sakit-sakit lutut. Bulan lepas, masa bulan Januari, saya dapat belikan Vivix untuk mak mertua. Juga dengan harga promosi. Alhamdulillah, Shaklee ni macam tau-tau aje yang kami amat memerlukan nutrisi-nutrisi ini sekarang ketika ahli keluarga ingin menunaikan umrah. Mak saya pun dapatkan Vivix dan akui mak, badannya terasa bertenaga selepas makan Vivix. Tapi, tak dapatlah nak bawa Vivix ke sana sebab Vivix ni kena simpan dalam peti ais. Jadi, untuk mak, mak hanya bawa Ostematrix (Calcium & Magnesium), B-Complex dan Vitamin C. Begitu juga dengan ayah, kami bekalkan B-Complex supaya ayah kekal bertenaga untuk beribadah. Vitamin C tu memang wajib dan memang saya suruh mereka amalkan setiap hari di sana supaya tak lah teruk sangat batuk-batuk mereka nanti. 

Alhamdulillah, akhirnya esok tibalah masa mak ayah dan kakak serta ibu saudara saya pulang. Tak sabarnya nak berjumpa dengan mereka Rabu malam nanti. Khamis dan Jumaat dah cuti hari raya cina. Masa tu nak jumpa mak dan ayah mertua pula. Alhamdulillah percaturan Allah yang membahagiakan :-).

Malam Khamis yang lepas, rakyat Malaysia dan seluruh umat Islam di dunia yang prihatin telah dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Pada waktu itu, mak ayah saya telah pun berada di Madinah. Menurut pembacaan saya di akhbar, khabarnya siap ada pengumuman di Masjid Nabawi tentang TGNA yang baru meninggal. Saya memang terkesan. Saya yakin sesiapa pun akan terkesan dan beremosi apabila mendengar berita ini. Saya gemar membaca perumpamaan-perumpamaan dan penerangan TGNA tentang bab-bab agama. Bukunya memang banyak. Tak mampu untuk saya baca semua tapi saya ada baca sikit-sikit di perpustakaan. Semuanya sangat ringkas dan ditulis dengan ayat yang mudah difahami dan bila kita baca, ia akan mudah diterjemah oleh kita rakyat biasa. Jadi, sebenarnya banyak TGNA dah bantu kita untuk mudah faham dalam bidang agama. Kalau kita tak berminat nak memanfaatkannya, alangkah ruginya kita. Mungkin agak susah bagi yang tak biasa dengan bahasa Kelantan kalau nak dengar rakaman-rakaman video atau audionya. Jadi cadangan saya, anda boleh cuba membaca buku-buku yang ditulis TGNA. Saya pula, saya faham juga sikit-sikit sebab Kelantan adalah kampung saya. Saya teringat ketika setiap hari Jumaat, sekiranya saya berada di Kelantan, ayah saya akan bawa saya dan mak saya ke Kota Bharu untuk mendengar ceramah pagi TGNA. Masa tu lah kalau saya nak jumpa dan lihat TGNA secara live dan dengar ceramahnya secara live. 

Saya juga teringat yang ayah saya pernah bawa saya melihat masjid dan rumah TGNA di Kg. Pulau Melaka tu. Sekadar lalu dan intai-intai. Cukup lah syarat :-). Harapan saya, selepas ini saya dan suami dapat ke sana lagi bagi mengutip ibrah yang berguna. Semoga dapatlah juga kami menziarahi pusara TGNA.

Semoga dengan pemergian TGNA, kita yang masih hidup ini pula dapat mengutip pengajaran berguna daripada akhlak mulia TGNA sewaktu arwah masih hidup dahulu. Sungguh saya kagum. Biarpun arwah telah pergi, namun ilmu-ilmu yang disampaikannya sewaktu masih hidup, akan tetap terus kekal dan mengalirkan pahala buatnya. Subhanallah. Mulianya orang yang berilmu.

Saya akhiri entry saya ini dengan kalimah Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raajiuun. Semoga Allah memberkati dan merahmati roh TGNA dan semoga rohnya ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman. Semoga kita juga bakal mengakhiri hayat kita dengan khusnul khotimah, pada malam Jumaat.


Post a Comment

 
Top