0
Teks : Wan Syahida Kahar

Semasa raya puasa dahulu, saya ada mendapat kunjungan ziarah daripada makcik dan pakcik saya yang menetap di Kuantan. Mereka datang untuk tengok bayi saya yang masa tu lebih kurang 2 bulan. Makcik saya tu datang dengan dua orang makcik saya yang lain dan seorang sepupu saya. Rumah saya di KL. Jadi memang tu kali pertama makcik saya dari Kuantan tu datang ke rumah saya.

Makcik saya ni suka memberi nasihat. Dia sendiri seorang surirumah sejak berkahwin dengan pakcik. Dia  'understanding' dengan situasi saya yang dah ada dua orang anak untuk dijaga. Sambil menjadi surirumah dan buat 'online business'. Sebagai seorang yang telah pun agak berumur dan duduk di kampung (dekat Kuantan tu, rumah makcik dekat dengan laut dan suasana perumahan dia perkampungan laut), dia tahu juga tentang 'trend' ibu-ibu muda lepasan universiti zaman sekarang yang suka membuat bisnes online di rumah dan berniat untuk menjaga sendiri anak-anak yang masih kecil.

Alhamdulillah. Ini memang situasi yang tak berapa biasa dijumpai. Biasanya golongan generasi X atau golongan mak-mak kita akan selalu tetap dengan pemikiran bahawa selepas grad daripada universiti dan dah dapat lulusan ijazah, mesti dan wajib kerja makan gaji dengan gaji besar-besar. Semasa saya bercadang untuk berhenti kerja dahulu pun, mujur lah tiada siapa di antara ahli keluarga saya mahupun keluarga mertua saya yang menghalang ataupun mempersoalkan tentang pemberhentian saya. Biarpun mungkin ada, biarlah yang paling penting kita mendapat restu dan persetujuan daripada suami kita sendiri. 

Saya tak berhenti sebarangan. Saya dah pun bermula membuat bisnes secara part-time (bisnes Islamic Kids Shop) sewaktu masih bekerja sebagai engineer dahulu. Pada masa ini, Islamic Kids Shop saya juga telah pun berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan harapan saya dapat menjalankan perniagaan ini dengan lebih serius dan profesional. Pada masa itu juga, saya dan suami sedang berkira-kira membuat perniagaan homestay dengan 'property' milik saya di PJ. Jadi apabila saya telah berhenti, saya dapat fokus sepenuhnya kepada kedua-dua perniagaan ini.

Sebelum makcik saya pulang, makcik saya yang begitu memahami kerja-kerja seorang surirumah ni, sempat memberi nasihat kepada saya supaya menjaga kesihatan dan kecergasan. Ya lah, siapa lah yang paling faham kita kaum wanita dan ibu kalau bukan kaum wanita dan ibu sendiri. Makcik menyuruh saya untuk rajin-rajin mengamalkan supplemen tambahan. Siap cadangkan supplemen jenama apa yang bagus kat saya. Masa ni saya tak serius menjual Shaklee lagi. Saya baru makan sendiri-sendiri. Jadi, bila saya beritahu yang saya dah mula makan supplemen Shaklee, makcik saya kata bagus, bagus. Shaklee lagi bagus daripada jenama yang dia sebut tu tadi, katanya. Saya fikir, oh 'famous' juga Shaklee ni kan. Makcik kata baguslah, teruskan makan. Dia faham sangat yang ibu yang ada dua orang anak untuk dijaga ni memenatkan. Kalau kita tak bertenaga, tak sihat, susah nanti. Memang betul pun, kan.

Sekarang ni kalau saya selsema, saya rajin-rajin makan Vitamin C Sustained Release Shaklee dan minum air banyak-banyak untuk hilangkan sakit tekak dan selsema saya. Sebab saya tahu, kalau tak cegah dari awal, alamatnya batuklah nanti. Tak perlu makan ubat selsema. Cukup dengan Vitamin C. Multivitamin Vita-Lea dan B Complex pun saya rajin-rajinkan diri untuk makan. Tujuannya supaya badan saya mendapat nutrien secara optimum dan dapat menjalankan fungsi-fungsinya dengan baik. 

Kalau anda begitu prihatin terhadap kesihatan, rajin-rajinkanlah makan supplemen kesihatan. Tapi semua ini memang atas pilihan masing-masing. Mungkin kita fikir tak nak habiskan wang untuk supplemen kesihatan sebab ada banyak lagi tanggungan yang perlukan duit kita. Saya pun pernah fikir macam tu juga. Tak kuasa nak membazir-bazir duit beli supplemen bagai ni. Cukup la saya minum cukup, makan cukup dan makan buah-buahan serta sayur-sayuran. Tapi saya jadi cukup tersedar untuk makan bila saya mengandungkan anak kedua. Sekarang setelah 'supply' B Complex, Folic Acid, Vitamin C dan Iron yang diberikan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak dah berhenti sejak saya melahirkan anak kedua saya, saya cari juga supplemen untuk dimakan dan saya pilih untuk makan Shaklee. Untungnya dapat saya jadikan part-time bisnes juga dan dapat raih pendapatan serta bonus bulanan.

Sekiranya anda berminat untuk mencari supplemen Shaklee, boleh order terus daripada saya. Hubungi saya di 012-6753078 untuk dapatkan harga kasih sayang atau lebih untung, jadi ahli Shaklee terus (saya akan daftarkan) dan jimat setiap kali anda ingin membeli sebarang produk Shaklee.

Sama-sama kita sihat dan berjaya dalam bidang masing-masing. Insya Allah. Mari kita berikhtiar agar kesihatan kita kekal. Amanah Allah ini harus dijaga sebaiknya. Niatkan agar kita sentiasa sihat supaya dengan kesihatan itu kita dapat beribadah kepada Allah. :-)

Post a Comment

 
Top