0
Teks : Wan Syahida Kahar

Pernah seorang rakan lama yang kini telah bergelar seorang al-hafiz berkata kepada saya, mungkin agak terlalu awal untuk saya berusaha mengajar anak saya tu menghafal. Ya lah, ramai yang terkejut bila tahu anak saya baru 3 tahun dah hafal beberapa surah pendek sedangkan anaknya dalam usia yang lebih kurang sama baru menghafal surah al-ikhlas.

Sebelum saya jelaskan lebih lanjut, saya perlu beritahu tahap penguasaan anak saya. Dia berjaya mengenali kesemua huruf hijaiyyah ketika berumur 1 tahun 7 bulan. Ini kerana perkataan pertama yang disebutnya adalah pada usia 11 bulan lagi (anak saya cakap "Nak!" bila nakkan sesuatu). Pada usia 2 tahun dia dah kira fasih bercakap pada usianya. Jadi saya manfaatkan dengan cuba mengajarnya menghafal. Ternyata berjaya. Tidak bermakna saya 'terlalu advanced' atau seumpamanya. Yang penting anda sendiri lihat dan kenal keupayaan anak anda sendiri, apakah mereka boleh atau tidak sebenarnya? Jika dia agak-agak boleh, jangan lepaskan peluang untuk mengajarnya. Tapi jika dia agak-agak tak boleh lagi, terus perdengarkan sahaja dulu ayat-ayat Al-Quran secara berterusan.

Ada pepatah yang mengatakan, menuntut ilmu biarlah dari buaian sehingga ke liang lahad. Tak kira usia kecil atau besar, lelaki atau perempuan, tua atau muda, menuntut ilmu adalah merupakan suatu kewajipan. Rasulullah s.a.w. ada menyebut dalam satu riwayat daripada Anas bin Malik r.a. ertinya:

"Menuntut ilmu merupakan satu kefarduan ke atas setiap Muslim."
- (Riwayat Ibnu Majar no. 224)

Berkata Syeikh Muhammad Nur bin Abdul Hafiz Suwaid, "Peringkat kanak-kanak merupakan tempoh paling subur dalam proses pembinaan ilmu dan pemikiran kanak-kanak."

Para hukama pula berpendapat, ertinya:

"Perumpamaan mereka yang mempelajari ilmu semasa kecil adalah seperti mengukir di atas batu. Manakala perumpamaan bagi mereka yang mempelajari ilmu semasa tuanya adalah seperti menulis di atas air."

Berikut petikan yang saya kutip daripada penulis buku Anakku Seorang Hafiz, tulisan Mohd Solleh Ab. Razak:

"Dari sudut pandang hafazan pula, terdapat dua kelebihan utama menghafaz usia pada usia kanak-kanak iaitu kemampuan mereka menghafaz dengan cepat dan mengingatinya dengan mantap untuk tempoh masa yang panjang. Kelebihan ini sepatutnya tidak dipersiakan kerana hakikatnya anak-anak mampu belajar dari usia kecil lagi dan kemampuannya untuk menghafaz perlu diasah dan digilap. Hal ini supaya hasilnya, hafazan anak-anak kita akan segar dan subur dalam memori ingatannya untuk sepanjang hayat."

Anak-anak yang menghafaz sejak mereka kecil akan memberi kesan yang besar kepada kehidupan mereka. Al-Quran yang mereka baca dan hafaz akan disemai dari kecil dan kemudian akan tumbuh dalam tubuh badan mereka bahkan menjadi darah daging yang sebati di dalam dirinya. Rasulullah s.a.w. menyebut tentang perkara ini dalam riwayat Abu Hurairah r.a., ertinya:

"Sesiapa yang belajar Al-Quran pada usia muda, maka Allah swt akan menyebatikan Al-Quran dengan daging dan darahnya."

Subhanallah... Kesannya lagi, Allah akan kurniakan kebijaksanaan ke dalam jiwa anak-anak yang telah sebati dengan Al-Quran ini. Kelebihan ini disampaikan menerusi riwayat Abdullah bin 'Abbas r.huma, yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W. Baginda telah bersabda, ertinya:

"Sesiapa yang membaca Al-Quran sebelum baligh umurnya, maka akan dikurniakan hikmat kebijaksanaan pada usia kecilnya."

Ustaz Solleh juga ada menulis, kepentingan menghafaz seawal usia ini akan memungkinkan untuk mengingatinya dalam tempoh yang panjang. Sangat berbeza dengan hafazan ketika usia yang semakin lanjut.

Oleh kerana itulah wahai pembaca saya, pentingnya kita perlu menitikberatkan hafazan Al-Quran kepada anak-anak kita sejak usia mereka amat kecil lagi. Memanglah ia bukannya kerja yang mudah. Tapi hasilnya akan menjadi sangat manis apabila tiba waktu menuai nanti.

====

Pakej Buku Solat Upin & Ipin, Kamus Bergambar Upin & Ipin dan VCD Animasi Solat


Pakej ini terdiri daripada 3 Produk :

BUKU SOLAT UPIN IPIN

KAMUS BERGAMBAR UPIN IPIN

VCD ANIMASI PANDUAN PRAKTIKAL SOLAT



Buku Belajar Solat Bersama Upin Ipin

Jom Ajar Anak Solat Dengan Buku Upin Ipin. Mesti anak-anak sangat suka belajar solat dengan upin ipin. Buku yang diterbitkan bertujuan untuk ajar anak tentang Solat, daripada mengambil wudhuk hingga selesai Solat. Buku ini dapat mengajar kanak-kanak secara praktikal dengan gambaran grafik yang lengkap.











Kamus Bergambar Upin & Ipin

Terdapat 70 topik dan lebih 500 perkataan dan 74 m/s termasuk kulit.

Saiz: 27cm x 21cm










VCD Animasi Panduan Praktikal Solat


Percuma Miniposter Wudhuk dan Solat dengan setiap pembelian Video Animasi Panduan Praktikal Solat.



Isi kandungan VCD:

VCD ini mengajar anak-anak anda mengenai wudhuk dan solat dalam bentuk kartun dan juga diselangi nasyid tentang solat.

Mempelajari cara menunaikan ibadah solat yang baik dan benar yang mudah di aplikasikan khususnya bagi kanak-kanak yang baru memulakan belajar solat.

Dalam VCD ini kita akan belajar:

1. Mengenal jenis-jenis air.
2. Jenis-jenis yang membatalkan wudhuk.
3. Cara-cara berwudhuk beserta bacaannya.
4. Cara-cara azan.
5. Cara-cara iqamah.
6. Dan cara-cara menunaikan solat beserta bacaan dan perbuatan dalam solat.

HARGA PAKEJ:

RM46 (Semenanjung Malaysia termasuk kos Pos Laju)
RM47 (Sabah/Sarawak termasuk kos pos Nationwide)

Berminat untuk order, hubungi saya dengan klik di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop atau SMS/Whatsapp di 012-6753078.

Post a Comment

 
Top