0
Teks : Wan Syahida Kahar


Kekuatan fizikal bayi akan semakin berkembang setiap hari walaupun bayi anda masih kecil. Pada bulan yang pertama ini, pelbagai tindak balas semula jadi yang dimiliki pada awal kelahiran akan mula hilang sedikit demi sedikit.

Biasanya pada bulan pertama kelahiran bayi ini, waktu berjaga mereka lebih panjang daripada waktu tidurnya jika dibandingkan dengan minggu terawal kelahiran bayi. Bayi akan mula menjadi semakin peka dengan keadaan sekeliling dan bersedia untuk bermain dan belajar daripada anda. Malah dia juga sudah membentu personalitinya dengan kerap memberikan senyuman terhadap apa sahaja yang anda lakukan terhadapnya. 

Semakin lama juga, bayi akan mula sedar akan fungsi tangan apabila tangannya tidak lagi digenggam sahaja tetapi dia sudah mula belajar untuk membuka dan mengembagkan jarinya. Ini bermaksud dia sudah mula belajar untuk mencapai dan menggenggam sesuatu yang ringan.

Pada hujung bulan yang kedua, bayi akan menjadi semakin peka dengan fungsi jari dan tapak tangannya akan menjadi lebih sensitif. Bayi boleh menjadi suka apabila anda menggeletek dan mengurut tapak tangannya. Pergerakan tubuh badannya akan biasa dilakukan berdasarkan objektif yang tertentu dan ini bermakna dia sudah mula belajar untuk mengagak jarak antara objek dengan tangannya.

Bayi juga akan lebih banyak berkomunikasi dan ingin berkomunikasi dengan membuat bunyi pelik ketika anda sedang bercakap dengannya. Bayi juga boleh menjelirkan lidah pada anda apabila anda membuat suatu aksi lucu kepadanya. Antara bunyi yang biasa terhasil adalah 'eh', 'ah', 'uh' dan 'oh'.

Bayi akan meluangkan lebih banyak masa untuk melatih pergerakannya. Dia akan cuba mengangkat kepalanya setinggi 45 darjah selama beberapa saat ketika berada dalam posisi meniarap. Bayi juga boleh mengangkat kepalanya selama beberapa saat apabila anda membantunya untuk berdiri. 

Sebenarnya, keadaan fizikal bayi anda pada penghujung bulan ini sudah sepenuhnya bebas dari posisi 'fetus'. Kakinya telah menjadi kuat untuk menampung berat badannya jika didirikan dalam hanya beberapa saat sahaja. 

Penglihatan

Jarak penglihatan bayi anda masih agak sedikit pada peringkat awal kelahiran. Bayi tidak dapat fokus kepada apa yang dilihat walaupun ada anda atau objek di sekelilingnya. Oleh itu, jalinkan hubungan mata dengan bayi anda dengan kerap dan pastikan jaraknya antara 20-25 cm misalnya ketika anda bermain dengannya atau ketika anda sedang menyusukannya.

Pertuturan

Setiap kali anda berkomunikasi dengan bayi anda, bayi akan membuat bunyi pelik kepada anda. Tidak lami lagi dia akan belajar membuat bunyi yang anda hasilkan sekiranya wajah anda sentiasa berada pada jarak 20-25 cm ketika bercakap-cakap dengannya. Gerakkan kepala seiring dengan pertuturan anda. Ini akan menggalakkan bayi untuk berkomunikasi dengan anda. Komunikasi yang kerap akan lebih mengeratkan hubungan anda dengan bayi.

Sosial

Bayi amat sukakan sebarang bentuk permainan terutamanya yang boleh dipegang, dilihat, berwarna menarik dan yang berbunyi. Aktiviti bermain bersama-sama bayi akan membuatkan bayi terasa disayangi dan ini menggalakkan pertumbuhan bayi yang lebih sihat dan positif. Sekiranya bayi anda menunjukkan tanda-tanda ingin dipeluk seperti membuat bunyi, mula ingin menangis atau bersuara kuat, panggil namanya sementara anda sampai ke tempatnya. Ia dapat menunjukkan bahawa anda memahaminya. 

Sumber : Pa & Ma

====

50 Pieces Digital City Building Blocks

These modern city wooden shape blocks are a key part of any child’s early learning and development.

Youngsters will love building, creating and knocking down the different blocks whilst developing dexterity, coordination and imagination.




Harga : RM 55 (tak termasuk kos pos)
 Kos Pos Laju :
RM 11.20 (Semenanjung Malaysia)

Kos Pos Nation Wide :
RM 12.80 (Sabah/Sarawak)


Berminat untuk order, message kami di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop atau SMS/Whatsapp ke 012-6753078 untuk pertanyaan stok.

Post a Comment

 
Top