0
Teks : Wan Syahida Kahar


Memiliki zuriat adalah impian setiap ibu bapa yang telah berkahwin. Anak merupakan penyeri rumah tangga. Tapi bila lambat hamil, mula la rasa sedih atau stress bila orang mula bertanya. (saya memang tak setuju dengan perangai orang yang suka bertanya-tanya. Siapa yang tak nak anak sendiri, kan? Hanya belum ada rezeki betul tak!). Ada orang mudah je hamil. Tapi ramai juga yang tak semudah itu. Rezeki masing-masing la tu. Bagi yang sukar nak hamil, apa ikhtiar yang ada? Takkan hanya nak berdoa dan berharap tanpa sebarang usaha? Usaha dan ikhtiar perlulah seiring kalau nakkan apa yang diimpikan. Orang kata, biar 10% usaha, tapi doa 90%.

Berikut adalah tips amalan yang boleh diamalkan oleh pasangan yang ingin mudah hamil:

1. ISTIGHFAR

Asas kepada apa-apa doa agar mudah dimakbulkan Allah adalah dengan bertaubat dan beristighfar. Nak murah rezeki, nak selesaikan masalah, nak lunaskan hutang, nak badan sihat, nak tenangkan hati, semuanya perlu bertaubat dan beristighfar terlebih dahulu. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, Allah swt. akan sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga. Mudah-mudahan Allah memakbulkan impian pasangan yang ingin mudah hamil.

2. BERPUASA SUNAT

Khusus untuk suami, banyakkan berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semiggu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan olh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana yang dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan kepada ibu dan bayi dalam kandungan maka bolehlah diamalkan.

3. JAGA PERCAKAPAN

Tidak bercakap yang sia-sia. Suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, memfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap perkara-perkara yang mendatangkan faedah.

4. BANYAKKAN BERDOA

Sentiasa berdoa agar Allah swt mengurniakan anak yang soleh dan solehah. Sekurang-kurangnya setiap kali selepas sembahyang fardhu, bacalah doa khusus untuk memperoleh zuriat dan dikurniakan anak yang sihat dan sempurna.
Anda boleh membaca ayat 38 Surah Ali-Imran yang bermaksud : "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (Menerima) doa."

Al-Imam Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria A.S pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah S.W.T. Maka baginda meyakini bahawa Allah berkuasa mengurniakan anak kepadanya. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci Qurban yg diwarisi turun temurun. Keturunan dalam ayat ni bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.
Berdoa dengan ayat 89 Surah Al-Anbiya' yang bermaksud : "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi."

Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria A.S untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya. Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah yang pertama tadi untuk mendapatkan zuriat.

Selain itu, berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak.

Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah dan bangun solat di tengah malam (qiamullail).

5. CARI ILMU TENTANG KESUBURAN & KEHAMILAN

Di samping berdoa, ikhtiarlah dengan mencari ilmu tentang bagaimana proses kehamilan itu berlaku, perkara-perkara yang membantu kesuburan suami dan isteri, memahami punca ketidaksuburan suami dan isteri, cara tentukan waktu subur, tips meningkatkan kesuburan suami isteri, dan punca susah mengandung. Kadangkala kita juga tak tahu yang kita sedang menghidap sesuatu penyakit atau masalah kesihatan yang menyebabkan kita sukar mengandung.

6. AMALKAN TIPS KESUBURAN

Anda juga boleh mengamalkan tips mudah hamil yang mungkin boleh membantu usaha anda untuk mudah hamil.



TIPS MENINGKATKAN PELUANG HAMIL SUAMI ISTERI DARIPADA DR. HAMID ARSHAT, PAKAR SAKIT PUAN.

1. Untuk wanita, kahwin cepat, bila ada peluang. Terbukti wanita paling subur sebelum umur 20 tahun. Masa itu belum tumbuh endometriosis, fibroids dan lain-lain penyakit peranakkan.


2. Lebih 80% akan hamil satu tahun lepas kahwin. Jika ada senggugut atau gangguan haid jumpa doktor secepat untuk periksa peranakkan dan ujian kesuburan.

3. Tentukan status kesihatan suami isteri terbaik. Buat rawatan jika ada penyakit.

4. Mampu buat hubungan seksual yang  sempurna dan memuaskan. Ada yang kahwin selama enam tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam tempuh 6 bulan kahwin.

5. Peluang hamil terbaik jika pusingan haid isreri teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Waktu subur atau ovulation pada hari ke14 jika pusingan 28 hari dan subur hari ke16 jika pusingan 30 hari. Waktu subur boleh dikesan dengan catitan suhu BBT dan ovulation test kit. BBT

6. Hubungan seksual selang malam mulai hari ke12 hingga hari ke20. Kekuatan benih suami terbaik dalam jarak 48 jam.
  • Baca fatihah, ayat qursi dan tiga qul sebelum tidur. Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan.
  • Jangan bangun untuk buang air atau cuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah pinggang selama 2-4 jam atau terus tidur.

7. Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat untuk menjayakan kehamilan.
  • Senaman selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki , jogging , kayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah.
  • Buat senaman, tai chi atau deep breathing exercise. Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT.
  • Baca quran 2-3 muka setiap hari.  Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokasi.

 8. Kawal berat badan. Kegemukan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telur/ovulation. Rujuk kepada garis panduan untuk menguruskan badan.

9. Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting. Sebaiknya 70% makanan dari bahan-bahan segar segar – buah-buahan dan sayur-sayuran. Minum jus segar dari buah-buahan dan sayur-sayur. Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods. Rujuk garis panduan pemakanan.

10. Makan supplemen multivitamin, vitamin E dan C, asid folik dan tambahan untuk suami ambillah zink dan selenium.
  • Jika ada peluang pergi bercuti ditempat peranginan ketika isteri subur.
 

TINGKATKAN KESUBURAN DENGAN SET KESUBURAN SHAKLEE

Vitamin asas yang perlu diambil oleh kedua-dua pasangan :

1. Energizing Soy Protein (ESP)


Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

2. Vita-Lea (Iron Formula)


Mengandungi 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatan diri dengan mengambil multivitamin ini.

3. Vitamin C


Satu tablet Vitamin C membekalkan 500mg Vitamin C. Vitamin C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dengan ovum.

4. B-Complex


Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral.

Vitamin Untuk Kesuburan Lelaki :

1. Vitamin E & Selenium

Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti-penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita.

Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, supplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

2. Zinc Complex

Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum.

Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat.

Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal dan penyakit prostat. Sperma yang abnormal adalah sperma yang tidak berkualiti (sperma yang ada banyak kecacatan dan ketidaksempurnaan). Zink juga digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

Vitamin Untuk Kesuburan Wanita :

1. Alfalfa Complex

Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala didatangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

2. GLA Complex


Diamalkan oleh wanita terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)".

Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah dan likat, dan sangat-sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan lagi, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).


TESTIMONI SET KESUBURAN SHAKLEE




Setelah berusaha dengan pelbagai ikhtiar untuk memperoleh zuriat dan dah berdoa kepada Allah namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan berada dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperoleh zuriat.

Semoga segala tips mudah hamil yang saya kongsikan ini bermanfaat untuk kita semua. Teruskan berusaha dan jangan berputus asa. Teruskan berdoa dan mohon rahmat dan kasih sayang daripadaNya.

Doa saya, "Ya Allah, Kau kurniakanlah zuriat kepada mereka yang sedang berusaha ya Allah. Kabulkanlah permintaan mereka, bantulah mereka, sihatkanlah tubuh badan mereka dan murahkanlah rezeki mereka dengan kurniaanMu, wahai Tuhan Yang Maha Pencipta dan yang Sebaik-baik Pencipta." Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin....

Kalau nak cuba berikhtiar dengan Set Kesuburan Shaklee agar mudah hamil, anda boleh hubungi saya untuk mendapatkannya dengan consultation yang terbaik. InsyaAllah dengan ilmu dan pengalaman yang saya ada, saya akan cuba membantu :-).

Atau ingin menjadi ahli Shaklee terus untuk menikmati harga ahli yang jauh lebih menjimatkan?
Seorang pengedar Shaklee perlu bantu daftarkan anda. Anda hanya perlu membayar yuran keahlian pendaftaran sebanyak RM75 seumur hidup (RM65 + RM10 untuk kos penghantaran membership kit). Jadi, hubungi saya terus untuk saya bantu daftarkan keahlian anda untuk seumur hidup. Saya sedia membantu :-).

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjaga pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:

KONSULTASI PERCUMA
HARGA ISTIMEWA dan
PELUANG BISNES bersama SHAKLEE !!
Wan Syahida
Shaklee ID: 1143254
012-6753078 (SMS/Whatsapp)

Post a Comment

 
Top