0
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillah. Assalamualaikum para pembaca saya :)

Hari ni dah start musim cuti sekolah. Bestnya! Kenapa? Sebab tak perlu kalut-kalut kejutkan anak dan siapkan anak pergi ke sekolah. Suami pun tak kalut untuk cepat-cepat keluar seawal mungkin. Jadi hari ini terasa agak relaks. :)

Saya nak ceritakan tentang Health & Wellness Talk anjuran Shaklee yang sempat saya hadiri hari Sabtu lepas di Hotel Amani, Bangi. Tajuk yang diberikan adalah : KESIHATAN WANITA. Saya begitu berminat nak pergi dengar sebab tajuknya yang begitu dekat dengan diri saya. Pada usia 30-an ni, saya dah mula sedar yang kesihatan saya perlu untuk lebih dititikberatkan. Saya seorang yang sangat penting. Bukan untuk sesiapa tapi saya penting untuk suami saya, mak ayah saya dan tentunya paling penting untuk anak-anak saya. Jadi kalau bukan diri saya yang ambil serius tentang kesihatan diri saya sendiri dan kalau saya tak buat apa-apa langkah pencegahan untuk hindari penyakit pada masa depan, siapa lagi nak buat untuk saya, kan?

Sedikit perkongsian, fasa kehidupan wanita ada 3 :
1) Fasa 20an - 30an : Masa untuk memilih dan seimbangkan di antara kerjaya dan keluarga.
2) Fasa 30an - 40an : Masa untuk berlaku perubahan hormon dan pre-menapaus.
3) Fasa 40an - 50an : Masa untuk kehidupan yang lebih baik dan menguruskan masalah kronik.

Pada usia 40an - 50an, kebiasaannya para wanita baru akan fikir tentang supplemen dan tentang menjaga kesihatan. Masa inilah kita mula membuat appointment di hospital untuk berjumpa dengan doktor. Masa nilah juga kita perlu ambil ubat kolestrol lah, ubat darah tinggi lah, kencing manis lah, dan macam-macam. Ataupun pada usia 50an dan 60an, kesihatan kita mula merosot dan performance kita pun dah makin kurang. Padahal pada usia itulah kita nak lebih banyakkan beribadah, pergi ke masjid, pergi melancong, berehat-rehat dan bersenang-senang dengan duit pencen. Tapi realitinya, dengan duit pencen tu lah kita terpaksa gunakan untuk membiayai kos rawatan perubatan kita seperti lawatan ke klinik, ke hospital, ubat-ubatan dan sebagainya. Masa ni dah terlewat untuk mencegah penyakit. Sedangkan penyakit ini sepatutnya kita boleh cuba cegah sejak usia lebih muda.

Tanda-tanda penuaan. Tipulah kalau kita tak ada satu pun kesan seperti di atas ni.

Justeru, adalah amat penting untuk semua wanita:
1) Makan secara sihat
2) Amalkan gaya hidup aktif
3) Bijak mengurus tekanan dengan bijak menguruskan masa
4) Pengambilan makanan tambahan yang bersesuaian.

Khususnya untuk fasa umur 20an - 30an, masalah yang sering berlaku adalah:
- Masalah kesuburan. Sedangkan pada usia inilah doktor nasihatkan kita para wanita untuk mengandung. Masa ni lah masa yang paling ideal untuk seseorang wanita itu untuk hamil.
- Masalah nutrisi sebelum kehamilan. Ramai juga wanita yang belum sedari kepentingan nutrisi sebelum mereka cuba untuk hamil.
- Menjaga berat badan, mencegah anemia dan menjaga kestabilan hormon.
Untuk wanita usia ini, cadangan supplemen adalah : Multivtamin Vita-Lea, B-Complex, Ostematrix (Calcium) dan juga OmegaGuard.

Pada fasa umur 30an - 40an pula, masalah yang sering berlaku adalah :
Pra-menopaus seperti period tak teratur, emosi tak stabil, berlaku proses penuaan semulajadi dan perubahan yang memberi signal bahawa sistem peranakan akan berakhir.
Pada usia ini, cadangan supplemen adalah : B-Complex, Vita-Lea dan Ostematrix.

Menurut Persatuan Onkologi Malaysia:
1 daripada 4 org Malaysia akan disahkan menghidap kanser

Top 10 cancer among Malaysian women:

1) Breast cancer : 1 daripada 19 wanita berisiko. Dan risikonya menaik secara mendadak selepas berumur 30 tahun
2) Kanser usus : wanita berumur 45-75 tahun dan ke atas
3) Kanser serviks
4) Kanser ovari

1 daripada 3 rakyat Malaysia mati disebabkan penyakit jantung.

Penyakit jantung juga merupakan pembunuh nombor 1 wanita di Malaysia.

Sangat menakutkan sebenarnya kan? Kalau kita lihat pun, dalam ahli keluarga mak ayah kita sendiri, golongan pakcik makcik kita mahupun tok-tok kita, pasti ada yang mengalami masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, komplikasi jantung, sakit buah pinggang dan lain-lain. Masalahnya, kita sering nampak, sering ketahuinya, tapi kenapa kita golongan muda tak nak ambil pengajaran dan tak nak cuba cegah ia dari usia muda ye?

Masalah paling besar sebenarnya, kita tak tahu nak buat apa. Kita tak tahu apa punca kepada semua masalah kesihatan tu. Dan lebih teruk lagi, kita tak berminat nak ambil tahu pun tentang semua tu.

Jadi harapan saya, lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang bertambah kesedaran untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat dan lebih menjaga kesihatan.

Wanita adalah golongan yang paling berisiko untuk mengalami stress. Isteri adalah golongan yang paling ingin kelihatan cantik. Ibu yang hamil adalah golongan yang paling memerlukan nutrisi dan ibu selepas bersalin adalah golongan yang paling perlu cepat pulih dan kembali bertenaga. Manakala nenek adalah golongan yang paling perlu untuk jaga kesihatan berpanjangan kerana sayangnya kesemua ahli keluarganya kepadanya.

Sebab itulah pentingnya kesihatan kepada kaum wanita. Jadi, marilah kita lebih berjaga-jaga akan kesihatan kita ye para wanita :-)

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjaga pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:

KONSULTASI PERCUMA
HARGA ISTIMEWA dan
PELUANG BISNES bersama SHAKLEE !!
Wan Syahida
Shaklee ID: 1143254
wsyahida@yahoo.com
012-6753078 (SMS/Whatsapp)

Post a Comment

 
Top