2
Bismillah...

Assalamualaikum !!

Entry ni saya tulis tahun 2012. Masa ni, anak first saya Ameerah baru berusia sekitar 6 bulan. Jemput baca bagi anda yang mungkin nak bercuti ke Brunei :-).

Hajat dan niat untuk bercuti cuti ke Brunei ni sebenarnya datang secara tiba-tiba pada akhir tahun lepas, bila aku dan suami berfikir-fikir kat mana nak bawa bercuti bersama seorang baby yg baru berapa bulan ni... So aku pikir, Brunei je lah yang paling baik bila memikirkan faktor keselamatan, lokasi dan juga kebersihan. Memandangkan kami ada baby, jadi banyak benda yg perlu difikirkan. Aku memang tak mengenali Brunei pada waktu tu, tapi, aku yakin Brunei adalah negara yg selamat untuk dilawati :-). Dan sememangnya aku tidak salah tanggapan bila kami dah menjejak kaki di sana..

Kami ke Brunei pada 27 hingga 29 April 2012. Aku booking flight pada 15 Nov 2011, flight Air Asia. Dengan harga promo, altogether for 2 adults and an infant only cost RM 560, pergi dan balik. Bab flight aku belanja. Bab hotel, En. Husband lah belanja. :-)

Just reached LCCT Airport via bus. Ameerah is ready to go!
After check-in, menunggu waktu boarding. Abi beramah mesra ngan ntah sape-sape. 

Biasanya kalau orang cakap tentang melancong di Brunei. biasanya orang akan kata yang Brunei takde apa-apa. Memang common. Tapi ia sebenarnya bergantung kepada perspektif seseorang dan apa yang dia nak lihat. Kalau dia melancong sebab nak shopping, sah-sah la Brunei tu memang takde apa-apa. Tapi kalau niat kita nak mengenali negara tu dan melihat cara hidup, budaya dan sosio ekonomi negara tu, mesti kita akan sedar ia bukannya tak ada apa-apa...

Ameerah first time naik kapal terbang. 

At first kami agak risau dengan penginapan di sana. Begitu jugak ngan currency rate. Untuk pengetahuan anda para pembaca, matawang kat sana sama dengan matawang Singapore. So, mahal lah yer :-). Jadi, haruslah berjimat! Kami cari hotel pun, hotel yang budget-budget. Tak perlu yang mahal2 ye kawan2, melainkan anda semua memang loaded. Lagipun kita nak berjalan, bukannya menginap sepanjang masa di hotel....

Tapi, Alhamdulillah En Husband ada beberapa kenalan di IJN yang berasal daripada Brunei. So seorang colleaguenya nama kak Ema dengan baik hatinya pergi mengutip segala brochure di hotel2 dekat Brunei tu, kumpulkan n then pulang ke Malaysia and then serahkan kat En Husband siap tolong komen n recommend lagi hotel2 mana yg bagus dari segi harga, lokasi, strategiknya macam mana etc. Baik kan kawan En Husband ni?

So dengan bantuan brochure2 akak ni, kami pun dapat pilih hotel dengan mudah :-). Kemudian terus hubungi hotel tersebut dan booking ajer through email. Mudah je kan. Yang peliknya hotel tu tak mintak deposit. Kami pun heran. Aku telah buat assumption yang Brunei tu dah kaya sangat sampai tak payah mintak deposit kot? Keh keh keh.

Kami stay di Grand City Hotel, terletak di Batu Bersurat, Gadong, Brunei. Hotel ni macam hotel2 kat rumah-rumah kedai tu jer. Dia berderet ngan kedai2 n restoran2 so mudahlah bagi kami untuk jalan-jalan cari makan atau jalan2 singgah kedai2 runcit. Memang sempoi. The best thing about this hotel is that, from what I've known, (based on my research on the internet - kat WikiTravel je pun), hotel ni satu2nya hotel yang offer hotel transport dari airport ke hotel or hotel ke airport di Brunei. Free. Best tak! (Betul ke fakta ni? Kalau salah jgn marah)

Kami memang dah berangan-angan akan ada orang yang pegang sepanduk yang tulis nama kami n tayang2 depan arrival. Keh keh keh. Rupa-rupanya memang ada. Memang jakun lah sekejap :-). Kah kah.. Ntah apa2. Jadi sesampainya kami di Brunei International Airport, kami tak perlu risau cari teksi atau kat mana nak cari teksi sebab orang hotel dah sedia menunggu kami :-).

Ameerah tidur dengan nyenyaknya.
Flight was about to land.

Di Brunei, banyak label dan signboard jalan atau nama2 bangunan yang ditulis dengan bahasa Jawi. Memang sangat ketara mereka memartabatkan bahasa Jawi. Memang impressed ok. And then we wondered if the Chinese pun reti baca bahasa Jawi ni. The answer is YES because Chinese in Brunei pun belajar subjek agama Islam serta bahasa Jawi dalam sistem pendidikan di Brunei (tapi setakat From 1-Form 3 gitu je lah).. Impressed ke tak impressed?

On our arrival, masa tu petang kul 4pm gitu. So kami check in, letak barang dan tengok2 keadaan. Heheh. Maghrib sana awal, so kami siap2 semua, n then after solat Maghrib + Isyak, malam tu kami kuar jalan2 kaki di sekitar hotel. Then kami cari makan untuk dinner. Masa makan (at 7.30pm), colleague En Husband, Kak Ema yg baik hati telah call dan tanya tentang kami. (Kak Ema ni dah pulang ke Brunei). Kemudian Kak Ema dan husband offer untuk datang dan bawa kami jalan2 ke Waterfront. Pucuk dicita, ulam mendatang. Alhamdulillah dah mudah bagi kami. Asalnya memang risau sebab di Brunei, pengangkutan awam dia agak hampeh laaa. The only transport for you is the taxi and the taxi is very very expensive. Tak berbaloi langsung. So, dengan adanya kawan2 En Husband yang baik hati is already a bless for us.

Deretan kedai di hadapan hotel tempat kami menginap.
Dinner at Restoran Ayamku, located right next to our hotel.
Betul-betul macam KFC. Halal ke tak halal, kat Brunei tak yah risau. Sana memang strict. Semua kena halal.

At 8pm++, kak Ema & her husband datang dengan kereta Hyundai mereka, right in front of our hotel n terus bawa kami jalan2 melihat sekitar Brunei dan Bandar Seri Begawan (BSB). Hotel kami tu kat Gadong ye, bukan kat BSB. Waterfront ni terletak di BSB, right at Water Village yang terkenal di Brunei. Aku rasa, kalau kami takde kawan2 En Husband yang jadi tourist guide kami, kami pun tak dapat lebih mengenali Brunei. Mereka orang local, so banyak lah yang diceritakan.

Kampung Air (Water Village) ni memang sangat menarik. Dia memang kawasan perkampungan yang terletak di atas air sepenuhnya. Cara pengangkutan adalah menggunakan boat. Kat tepi2 sungai, kita leh tengok baaaanyak kereta berderet parking. Tu semua kereta penduduk Kampung Air tu la. Bot-bot teksi ni plak memang 24 hours sentiasa available. Sekali naik, B$ 1. Tapi bergantung kepada jarak jugak. Sumber air diorang adalah daripada darat, tapi pembuangan diorang ke dalam air. So kita leh tengok airnya memang air teh susu lah. Huhu. Tapi malam tu gelap tak nampak.

Ameerah dah lena. Sedapnya tengok dia tidur. Ini la kak Ema. Dia suka betul ngan baby.
Some views at Waterfront.

Waterfront tu dibina sempena memperingati hari keputeraan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang ke-60 kot. Cantik tempatnya, dan hanya boleh nampak cantik pada waktu malam. So friends, kalau nak datang waterfront, datanglah pada waktu malam yer. Sana tak sibuk pun. Tak macam Dataran Merdeka malam2. Sana malam2 mana ada budak2 remaja melepak dan berdating. Memang aman damai tenteram dan harmoni ajer...

Water taxis yang parking di jeti, menanti pelanggan yang nak ke rumah mereka di Kampung Air.
Lepas jalan2, kak Ema & husband bawa kami gi makan2. Kami dah makan n dah kenyang tapi dah orang pelawa, takkan nak tolak :-). Kami gi makan Sup Bunut. Sedap tau! Dia macam Soto lah tapi bukannya letak nasi impit, tapi letak mihun-mihun & daging. Lebih kurang mihun sup daging la gitu. Aku dan En Husband sepakat pilih sup lidah :-). Aku sememangnya suka makan lidah (lidah lembu la), tapi biasanya masak bakar ajer. Tak pernah lak makan sup. So tu nak try. Memang sedap :-)

Sedap... Alhamdulillah!

Sambil makan di restoran, sambil jeling2 TV. Sana pasang Astro ye kawan2. Heheh. Dan rancangan2 Astro dia mmg sama la mcm yg ditayangkan kat Malaysia (masa tu TV tayang Akademi Fantasi kalau tak silap). Kiranya, rakyat Brunei follow lah perkembangan artis2 di Malaysia (kalau diorang nak follow la) sebab kat Brunei mana ada artis2. Sana hiburan2 dia tak mcm di Malaysia. Aku tengok, majalah2 hiburan yg djual di kedai2 runcit pun, semuanya majalah2 hiburan dari Malaysia. Dan kalau dengar radio Brunei, atau radio Islam Brunei, lagu2 yg diorang mainkan pun, lagu2 dari Malaysia. Nasyid2 yang diorang mainkan, pun dari Malaysia. Mostly lagu2 lama dari Malaysia. Kira agak retro lah Brunei nih. Mana ada lagu2 yang latest2 yg budak2 muda Malaysia suka dengar (yg macam Hot FM etc tu). Yang aku dengar, lagu KRU lah, lagu ELLA, lagu Sheila Majid.. Ala... lagu lama2. Lagu Nasyid, lagu Nowseeheart, Hijjaz, etc.. Kata kawan En Husband, sana memang tak menggalakkan hiburan. Sultan dia ajar macam tu. Waktu kami menonton TV kat hotel pun, semua rancangan2 yg berunsurkan agama Islam (mungkin channel yg kami bukak tu yang versi RTM kot). Ada iklan berbentuk hadis2, ada rancangan Tilawah, pemberita semua pakai tudung, memang Islamik. Fesyen tudung orang Brunei pun, macam fesyen tudung di Malaysia zaman 80-an dan 90-an (takde shawl-shawl lilit-lilit). Bukan la nak buat gelak, tapi menunjukkan yang sana fesyen tu tak berapa lah. Asalkan menutup aurat.

After eating, nak la balik. Tapi kereta Hyundai plak tak leh start. Aisey.. Maka terpaksalah kak Ema n husband dia call kawan baik diorang dari Phillipines tolong dtg amik kami. Kejap je member diorang ni datang, naik BMW. Pergh. Merasa kami naik BMW. So diorang pun hantar kami ke hotel. Kereta Hyundai, tinggalkan je jap kat parking lot depan restoran tu. Kalau kita di Malaysia, mesti dah rasa risau nak tinggalkan kereta macam tu. Tapi bagi diorang, it is no big deal. It is totally safe.

Masjid Jamek Sultan Hassanal Bolkiah, yang dalam gambar duit nih. hohoho.

Sana harga kereta murah-murah. Bayangkan Toyota VIOS boleh dapat dengan RM 60k ajer. Sini dah RM 90k. Patutlah kami tengok sana semua kereta besar2. Kereta Kancil? Kereta Wira? Alahai sebijik dua pun bertuah la kalau dapat nampak kat Brunei tuh. Sana tak main aaa kete murah2. Semua Volkswagen, Mercedes, BMW, Nissan, Porsche, n banyak lagi jenama2 yg kami pun tak pernah nampak. Semua import. Hoho.
Kereta Cicak

That night, agak lewat lah kami pulang ke hotel. Sebab kereta kak Ema rosak, dok menunggu lama. Masa tu kami pun dah kepenatan. Umi pun kena prepare makanan Ameerah untuk esok. 

Slow cooker, all the way from KL. Ameerah lum tido lagi.
Ok. Next entry will be about the next day. To be continued. :-)


Post a Comment

  1. Salam sejahtera Tuan / Puan, Sebelum itu ingin memohon maaf kerana membuat promosi disini...
    Semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki(Amiin). Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :

    WhatsApp : +6282214441280
    Call : +6282214441280
    Email : Dhanibandung@yahoo.com
    Blog : paketpelanconganbandung.blogspot.co.id
    Website : www.paketpelanconganbandung.com
    Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan...Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang...

    KAMI PUN MENYEDIAKAN PAKET BERUPA TRANSPORT DAN HOTEL

    Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung.
    Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhani Tour Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja... Wassalam dan Terima Kasih...

    JOM MELANCONG INDONESIA…
    CITY TOUR BANDUNG DAN CITY TOUR JAKARTA

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera Tuan / Puan, Sebelum itu ingin memohon maaf kerana membuat promosi disini...
    Semoga Tuan/Puan senantiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezki(Amiin). Buat Tuan/Puan yang sudah merancang bercuti ke Bandung/Jakarta dan memerlukan kereta beserta pemandu bolehlah hubungi kami :

    WhatsApp : +6282214441280
    Call : +6282214441280
    Email : Dhanibandung@yahoo.com
    Blog : paketpelanconganbandung.blogspot.co.id
    Website : www.paketpelanconganbandung.com
    Kami sangat mengutamakan kepuasan tetamu dan dijamin harga yang sangat berpatutan...Insya Alloh kami memberikan service yang terbaik dan layanan taraf 5 bintang...

    KAMI PUN MENYEDIAKAN PAKET BERUPA TRANSPORT DAN HOTEL

    Semoga inform dari saya dapat memudahkan urusan bercuti Tuan/Puan untuk ke Bandung.
    Nb : Yang lebih mahal itu banyak, yang lebih murah pun ada tapi kami janjikan yang terbaik dari Dhani Tour Bandung... (Insya Allah) Jom mari melancong di Bandung murah sahaja... Wassalam dan Terima Kasih...

    JOM MELANCONG INDONESIA…
    CITY TOUR BANDUNG DAN CITY TOUR JAKARTA

    ReplyDelete

 
Top