0
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillah.

Anda antara ibu bapa yang prihatin untuk berusaha mengajar anak-anak menghafaz Al-Quran? Bagus, Alhamdulillah. Pastikan anda mempunyai azam dan keinginan yang kuat untuk melakukannya dan memikul tugas ini kerana ia bukannya semudah yang disangka. Adakalanya kita akan didatangi gangguan-gangguan seperti sikap malas, penat, mengantuk, sibuk, gangguan emosi, kerenah anak, dan berbagai macam masalah lain yang mungkin boleh mengganggu usaha dan niat anda. Biasalah, bila usaha-usaha yang baik begini ingin dilakukan, syaitan suka nak mengacau kerana mereka amat tidak suka kita membaca Al-Quran, apatah lagi mengajar orang lain membaca atau menghafaz Al-Quran.

Saya juga insan yang lemah dan tidak terkecuali daripada diserang masalah-masalah sebegini. Adakalanya apabila kepenatan melanda, kita terasa 'malas' atau tak larat untuk mengajar anak kita. Sama seperti kita membaca Al-Quran, kadang kala apabila kita terlalu penat bekerja atau terlalu sibuk, Al-Quran juga semakin terpinggir dan kita semakin tak sempat untuk membacanya. Anda pernah melaluinya? 

Jangan resah atau risau. Carilah motivasi yang boleh meningkatkan semangat anda semula untuk menjadi lebih tekun untuk berdamping dengan Al-Quran. Dalam bab mengajar anak menghafaz pula, carilah bahan-bahan yang boleh menaikkan kembali semangat anda seperti membaca bahan-bahan artikel tentang kebaikan dan kelebihan anak-anak yang berjaya menghafaz Al-Quran ini. Insya Allah ia dapat membantu. 

Usaha boleh menjadi amat sukar sekiranya kita dikelilingi dengan suasana yang terlalu banyak hiburan. Oleh itu, dorongan daripada pasangan kita adalah sangat penting untuk menaikkan kembali semangat kita. Pasakkan niat yang kuat dan jitu bersama pasangan anda agar anda berdua dapat bersama-sama melalui perjalanan mengajar anak membaca dan menghafal Al-Quran, juga saling bantu-membantu dan mendorong satu sama lain. Kalau anda seorang sahaja yang bersemangat, dibimbangi usaha itu sukar dan anda mungkin akan cepat mengalah dan tidak boleh konsisten atau fokus dengan pengajaran. 

Anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa secara bersama. Oleh itu, wujudkan persefahaman dan minat yang sama. Semoga anak-anak kita membesar dalam suasana dekat dengan Al-Quran, hasil didikan baik ibu dan bapanya. Insya Allah.

Salam Jumaat. Jangan lupa baca Al-Kahfi :-)

===

Apple Toy Learning Quran Machine - Hadiah Buat Si Comel Anda!

Lebih 50 Fungsi yang Pelbagai:

26 DOA HARIAN :
[♥]DOA SEBELUM TIDUR
[♥]DOA MASUK TANDAS
[♥]DOA KELUAR TANDAS
[♥]DOA SEBELUM WUDHU
[♥]DOA PAGI HARI
[♥]DOA SEBELUM MAKAN
[♥]DOA SOLAT JENAZAH
[♥]DOA MEMAKAI BAJU
[♥]DOA KELUAR RUMAH
[♥]DOA MASUK MASJID
[♥]DOA KELUAR MASJID
[♥]DOA NAIK KENDERAAN
[♥]DOA BERJUMPA SESAMA MUSLIM
[♥]DOA MENZIARAH ORG SAKIT
[♥]DOA KETIKA BERSIN
[♥]DOA KETIKA HUJAN
[♥]DOA MELIHAT CERMIN
[♥]DOA ZIARAH KUBUR
[♥]DOA BERBUAKA PUASA
[♥]DOA SEBELUM TIDUR
[♥]DOA PETANG HARI
[♥]DOA MASUK RUMAH
[♥]DOA KETIKA MENDAPAT MUSIBAH
[♥]DLL

26 SURAH PENDEK :
[♥]At-Thariq
[♥]Al-Balad
[♥]As-Syams
[♥]Al-Lail
[♥]Ad-Dhuha
[♥]Al-Insyirah
[♥]At-Tiin
[♥]Al-'Alaq
[♥]Al-Qadr
[♥]Al-Bayyinah
[♥]Al-Zalzalah
[♥]Al-'Adiyat
[♥]Al-Qori'ah
[♥]At-Takathur
[♥]Al-'Asr
[♥]Al-Humazah
[♥]Al-Fill
[♥]Quraish
[♥]Al-Ma'un
[♥]Al-Kauthar
[♥]Al-Kafirun
[♥]An-Nasr
[♥]Al-Massad
[♥]Al-Ikhlas
[♥]Al-Falaq
[♥]An-Nas

DOA SOLAT:
[♥] Kalimat Tauhid [♥]Syahadat [♥]Adzan [♥]Doa Sholat [♥]Takbir awal sampai salam [♥] Bacaan-bacaan di dalam solat .

NASYID ANAK2
[♥]Love Allah and Love Messenger
[♥]Thanks The Parents
[♥]Ramadhan Is Cominng
[♥]The Full Moon Rose
[♥]Nasyid Alif Ba Ta
[♥]Alphabet A-Z
[♥]Follow Me

Ada button projektor lampu tidur bentuk bulan dan bintang
**Menggunakan Bateri AAA X 3
** Ada button On-Off

Cara Menggunakan Apple Toy ini, Sila Lihat Link Video Ini ---> http://bit.ly/1fco9aM

Harga:
RM40 termasuk pos ke Semenanjung
RM43 termasuk pos ke Sabah/Sarawak

Order Sekarang Untuk Mendapatkan PERCUMA 3 Battery AAA dengan setiap pembelian!!!

Untuk Order, PM Kami - KLIK di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop ATAU SMS/Whatsapp 012-6753078.

Cepat selagi stok masih ada!

Post a Comment

 
Top