0
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillah.

Assalamualaikum..

Hari ni saya terpanggil untuk meluahkan perasaan yang kebanyakan besar sedang dibebani oleh para ibu bapa muda yang mempunyai anak kecil berusia kurang daripada 3 tahun. Tentunya ia pengalaman baru dan indah buat ibu bapa muda yang pertama kali memiliki anak hasil perkahwinan mereka. Namun ia juga datang satu pakej dengan pelbagai cabaran dan kesusahan lain sepanjang ingin membesarkan anak itu. Boleh saya katakan, fasa 2-3 tahun pertama adalah fasa yang mencabar kerana ibu bapa baru saja hendak menyesuaikan diri memiliki anak, mungkin masih belum berpengalaman menjaga anak, atau mungkin juga seringkali stress apabila tidak mampu mengawal anak. Anda pernah merasainya?

Kebanyakan ibu bapa telah mengakui mengalami perkara tersebut. Namun jangan risau. Apabila anak anda menjejak usia 3-4 tahun, Insya Allah, mereka akan menjadi lebih boleh diharap dan boleh diminta tolong. Tidak lagi menjadi ibarat 'tuan' di rumah sebagaimana usia kecil mereka apabila setiap perkara pun memerlukan diri kita untuk menjaga, memujuk, menyuap, membasuh, membuat susu, menidurkan, memandikan, mengemaskan barang-barang permainannya, lantai yang disepahnya dan pelbagai lagi. Belum termasuk melayani kerenahnya, 'tantrums'nya, manjanya dan perangai mengada-ngadanya. Apabila mereka mula memasuki usia 3 tahun ke atas, mereka akan menjadi lebih matang dan boleh diberi arahan yang mudah, terutamanya apabila ketika itu anda baru saja menambahkan adik kecil untuknya. Ketika ini, anak sulung anda sudah boleh berdikari sedikit demi sedikit, tambahan pula sudah mula memasuki tadika dan memberi keadaan lebih nyaman dan aman di rumah anda seketika sementara anak anda belum pulang dari sekolah. 

Oleh itu, buat ibu bapa muda, bersabarlah ya. Fasa yang mencabar ini akan berlalu. Mohon la kekuatan dan kesabaran daripada Allah. Tiada siapa yang kata mendidik dan membesarkan anak itu adalah mudah. Nampak macam mudah, bila kita cuba kenangkan keadaan kita sendiri saat ibu bapa kita membesarkan kita. Namun hakikatnya, ibu bapa kita saja yang tahu apakah kerenah kita sewaktu kita kecil-kecil dahulu. Kini, giliran kita pula. Hidup ini kan ibarat roda :-)

Selamat membesarkan dan mendidik!! Pesanan untuk diri saya juga :-)


===


*** PROMOSI *** Pakej Belajar Cepat Membaca Al-Quran

4 Item:
1) VCD Belajar Cepat Membaca Al-Quran Siri 1 - Mengenal Huruf Alif Ba Ta
2) VCD Lagu Al-Furqan - Mengenal Sebutan Alif Ba Ta di dalam Al-Quran
3) Puzzle Alif Ba Ta - Seronok Belajar Alif Ba Ta Huruf Sambil Bermain
4) Buku Mewarna Al-Furqan - Seronok Mewarna Sambil Belajar Sebutan Al-Quran

PERCUMA: 2 POSTER ABJAD & NOMBOR (selagi stok masih ada - siapa cepat dia dapat)

*** TERHAD *** 7 sets sahaja utk 7 orang pertama

Hanya RM55. PERCUMA POSTAGE KE SELURUH MALAYSIA

Cara Tempahan:

PM kami - Klik di : www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop untuk info pembayaran ATAU SMS/Whatsapp 012-6753078.

Post a Comment

 
Top