0
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillah.

Assalamualaikum. Hari ini saya tertarik untuk mengulas tentang topik 'disiplin' terutamanya untuk ibu-ibu yang menjadi surirumah atau berkerjaya dari rumah (WAHM). 

Bekerja dari rumah sebenarnya tidak lah semudah yang disangka. Kalau kita hanya nak duduk rumah untuk sedap tidur, sedap berehat atau sedap menonton TV atau sedap belek phone sahaja, maka objektif menjadi isteri dan surirumah berjaya tak dapat tercapai. Malah rugi! Berapa ramai ibu-ibu berkerjaya di luar sana yang bercita-cita untuk menjadi surirumah berjaya tapi tinggal cita-cita kerana komitmen pekerjaan dan tuntutan keluarga untuk bekerja di luar. Untuk menjadi seorang surirumah yang berjaya lagi solehah dan bercita-cita menjadi hamba Allah yang diredhai, disiplin itu penting kerana duduk di rumah memerlukan lebih banyak tanggungjawab dan tuntutan.

Walaupun kita adalah 'boss' di rumah, tapi kita ada anak kecil yang bertindak sebagai 'tuan'. Segala keperluannya perlu kita siapkan, jika ia dah bangun tidur, perlu mandikan, perlu susukan, perlu suapkan, perlu layankan, dan perlu macam-macam lagi. Ini bagi yang mempunyai bayi kecil untuk dijaga. Bagi yang mempunyai anak-anak yang pergi ke sekolah, si Ibu perlu bangun lebih awal untuk siapkan sarapan untuk anak-anak dan suami, bangunkan anak-anak, mandikan, siapkan anak-anak dan bekalkan makanan untuk anak-anak bawakan ke sekolah. Dalam masa yang sama, kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas, melipat, menyapu, dan sebagainya lagi perlu dilakukan. Ini belum termasuk kerja-kerja online atau bisnes yang perlu diberikan perhatian tak kira masa. Begitu juga, waktu-waktu untuk kita menunaikan solat-solat fardhu, solat-solat sunat, membaca Al-Quran, mengajar anak membaca Al-Quran, ataupun waktu untuk meluangkan masa membaca buku, bahan-bahan ilmiah atau sebagainya. Banyak kan kerja kita perlu buat di rumah? Kalau kita tidak berdisiplin dan tidak mempunyai objektif yang tersemat dalam hati dan fikiran kita sebagai ibu-ibu, maka tak produktif langsung lah kita.

Berikut adalah tips untuk mengatasi masalah 'malas' yang mungkin dihadapi oleh sebilangan di antara kita :) :

1) Setelah bangun tidur, jangan lupa untuk membaca doa bangun tidur. Jika belum hafal, segera hafal. Tak susah pun. Anak-anak kita pun dah boleh hafal di tadika-tadika. :-)
2) Baca Ayat Kursi banyak kali dan jika mampu, jadikan ia sebagai amalan. Insya Allah ia membantu menghindarkan kita daripada gangguan syaitan yang suka buat kita rasa malas.
3) Membaca Surah Al-Israa', Ayat 82. Yang bermaksud :
"Dan Kami turunkan daripada Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang yang zalim selain kerugian."

Saya juga manusia biasa yang seringkali diserang penyakit 'M' ini. Kadangkala kita rasa nak rehat sahaja kerana kepenatan. Tambahan lagi, di rumah ada katil dan bantal yang empuk untuk dibaring. Bila-bila penat atau malas, sekali baring, terus tertidur! Kemudian bangun dan menyesal. Oleh itu para ibu, kita perlukan disiplin dan keazaman yang tinggi tentang apa yang kita ingin capai pada hari tersebut. Lakukan yang terbaik, dan jangan lupa untuk memohon kekuatan daripada Allah untuk menjalani hari-hari yang dilalui ini.

===

Koleksi 3 flashcards dengan marker



Anak-anak belajar mengenal alif ba ta, mengenal abc, mengenal 123..

Lagi best anak boleh belajar menulis dengan marker yg diberi, kemudian tulis atas flashcard dan padam menggunakan tissue... Anak-anak mesti suka. Boleh tulis dan padam berulang kali! Anda jimat wang, jimat kertas, dan anak-anak pun dah tak conteng di dinding atau permukaan meja. Ada flashcards abc, 123 dan alif ba ta.

Testimoni Puan Sarah: "Saya dah guna untuk 3 anak-anak saya.. Saya gunakan untuk baby saya Atirah 10 bulan, imbaskan pada dia. Baby saya juga boleh gigit, xkoyak, kertas keras dan kalis air, boleh juga tampal kat dinding. Anak saya yg umur 2 tahun 10 bulan dan umur 4 tahun juga belajar menulis huruf atas flashcard ni dengan guna marker yg diberi."

Kad Imbas jawi ade 18kad,
Kad Imbas abc ade 25 kad,
Kad Imbas nombor ade 16 kad.

Semua kad bercetak depan dan belakang. Kertas keras, boleh tulis dan padam atas kad..
Saiz: 125mm x 87mm

Sangat menarik! FREE whiteboard marker untuk semua jenis flashcard dan FREE GIFT Buku Siri Seronoknya Membaca dan Mewarna Jawi jika anda order segera.

SMS <3KAD> ke 0126753078 sekarang untuk menuntut FREE GIFT dengan setiap order KOLEKSI 3 KAD IMBAS TEBAL BOLEH TULIS & PADAM.

RM37.20 termasuk kos Pos Laju ke Semenanjung Malaysia
RM37 termasuk kos pos Nationwide ke Sabah/Sarawak

Boleh bank-in ke mana-mana Akaun Bank berikut:

Maybank : 164182408771 (Wan Syahida)
CIMB : 7010592900 (Wan Syahida)
E-mail : wsyahida@yahoo.com
No. telefon : 012-6753078

Berikan bukti pembayaran kepada email/no telefon di atas atau PM kami dengan klik di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop.

Berikan Nama Penuh, Alamat serta No. Telefon untuk kami Pos. ^_^

Post a Comment

 
Top