0
Teks : Wan Syahida Kahar

Apakah itu kaedah fonetik atau fonik?

Perkataan fonetik adalah berasal daripada perkataan Inggeris 'Phonetics' yang membawa maksud 'the study of speech sounds and how they are produced' (Oxford Advanced Learners Dictionary).

Kini, banyak taska dan tadika yang dah menggunakan kaedah fonetik ini untuk mengajar kanak-kanak membaca. Kalau dahulu, kita belajar membaca dengan mula mengenal huruf-huruf, kemudian mengeja satu persatu hingga membentuk perkataan, dan seterusnya membaca keseluruhan ayat. Contohnya 'B O bo, L A la, BO-LA". Tapi kini, dengan kaedah fonetiks, kanak-kanak mempelajari bunyi sebutan sesuatu huruf itu terus, contohnya, 'M bunyinya /meh/' dan 'B bunyinya /beh/'. Sebutkan terus bunyi 'Ma' daripada /meh/ itu dan 'Ba' daripada /beh/ maka terhasillah Mama dan Baba.

Menariknya juga, dengan kaedah ini, kanak-kanak akan lebih mudah kenal dan faham setiap sebutan, lebih-lebih apabila kita ajari mereka bermula dengan huruf yang menghasilkan sebutan dan bunyi yang paling mudah disebut bayi dahulu iaitu huruf M untuk /meh/, B untuk /beh/, D untuk /deh/ dan sebagainya. Oleh sebab itulah, kini kanak-kanak boleh membaca walaupun seawal usia 3 tahun! Macam tak percaya, tapi ya, memang ada. Asalkan kita tahu kaedahnya.

Kami menampilkan Set Siri Cepat Membaca yang sentiasa mendapat sambutan hangat para ibu bapa yang prihatin terhadap kemahiran membaca anak-anak pra-sekolah mereka. Set tersebut ialah set membaca Bacalah Anakku untuk mengajar anak membaca bahasa melayu, set membaca ReadEasy untuk mengajar anak membaca bahasa inggeris dan set membaca Al-Furqan untuk mengajar anak membaca Al-Quran. Terdapat juga set membaca Lughatul Jannah untuk mengajar anak mengenal dan membaca bahasa Arab.

Saya sendiri menggunakan Al-Furqan untuk anak saya seawal usianya 2 tahun. Ini disebabkan anak saya sudah mengenal kesemua huruf-huruf hijaiyyah pada usianya 1 tahun 7 bulan. Masuk 2 tahun, saya mula tunjukkan 'sebutan' atau 'bunyi' seperti yang diajar dalam set buku Al-Furqan. Pada mulanya memang agak sukar baginya, maklumlah baru berumur 2 tahun. Apa la sangat yang dia faham. Tapi secara perlahan-lahan, dia mula faham. Pada usia 2 tahun 5 bulan lebih kurang, dia sudah boleh sebutkan dan bacakan 'mim di atas ma' bunyinya ma. Kalau double, bunyinya 'mama', kemudian ada gambar mama di sebelah. Kemudian bacakan 'ba di atas ba' bunyinya ba. Kalau double, bunyinya 'baba', kemudian ada gambar baba di sebelah. Pada usianya 2 tahun 7 bulan, boleh dah baca beberapa muka surat dalam buku Al-Furqan Jilid 1. Apabila kita ajarkan selalu, lama-lama anak kita akan lancar membaca sendiri.

Saya hanya fokus kepada Al-Furqan dan mengajar anak membaca Al-Quran kerana itu yang lebih saya dan suami saya minati. Membaca bahasa melayu atau bahasa inggeris kami tak risau kerana itu semua dia boleh belajar di taska atau tadika. Lagipun anak kami baru berusia 2 tahun. Belum masuk 3 tahun lagi. Tapi kemahiran membaca Al-Quran, kami ingin menerapkannya seawal mungkin. Lebih-lebih lagi hafazan Al-Quran. Sementara anak kami dalam usia emas ini (bukan warga emas ya), kami ingin manfaatkan kemahiran otak bayi yang mudah menyerap apa saja pada usia ini. Bab mengajar anak hafazan ini saya pernah menceritakannya dalam entry yang terdahulu.

Alhamdulillah, kini anak kami berusia 2 tahun 8 bulan, nak masuk 2 tahun 9 bulan, dah menghafal Surah Al-Fatihah, Surah An-Naas, Surah Al-Falaq, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Masad, Surah An-Nasr, Surah Al-Kaafiruun, Surah Al-Kauthar, Surah Quraisy, Surah Al-Fiil, Surah Al-Asr dan sekarang sedang mengajar Surah Al-Humazah. Itu pun banyak hari yang lepak-lepak (bermakna saya tak mengajar) sebab sama ada saya sengaja beri peluang anak saya bermain, atau sebab saya sendiri yang sibuk menguruskan hal-hal rumahtangga, jualan barang-barang pendidikan dan juga perniagaan homestay saya. Ataupun saya keletihan dan perlukan rehat yang lebih. Al-maklumlah mak buyung.

Apa pun, usaha itu di tangan anda dan kita sebagai ibu bapa. Pelbagai kaedah dan cara dah diperkenalkan. Pelbagai produk dan bahan juga sudah tersedia di pasaran. Sama ada mahu atau tidak sahaja. Usah difikirkan tentang harga. Untuk ilmu, tidak ada nilai harganya. Apatah lagi ilmu mengajar anak Al-Quran, hasilnya lebih berbaloi berbanding harga produk. Untuk ilmu, saya juga sanggup membeli. Tak kira berapa harganya. Asalkan bermutu dan telah banyak dibuktikan berhasil, maka tidak rugi jika anda juga membelinya, apatah lagi mencubanya.






Bacalah Anakku : RM40
Read Easy : RM45
Al-Furqan : RM30

Order ketiga-tiga set Bacalah Anakku, ReadEasy dan Al-Furqan dengan harga RM136 termasuk kos pos laju ke Semenanjung Malaysia.

Set Lughatul Jannah pula berharga RM25 (tak termasuk kos pos laju).

Berminat untuk order, hubungi kami dengan klik di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop atau SMS/Whatsapp ke 012-6753078 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan. Order 3 set buku cepat membaca sekarang dan anda akan memperolehi FREE GIFT 3 poster percuma alif ba ta.

Post a Comment

 
Top