0
 
Bismillah.
 
Adakah ada di antara anda yang sedang mengandung? Alhamdulillah. Tahniah diucapkan. Sudah mula membaca Al-Quran? Bagus jika sememangnya selalu membaca Al-Quran setiap hari walaupun ketika tidak mengandung. Sewaktu mengandung, seorang ibu seharusnya lebih kerap membaca Al-Quran.
 
Walaupun mungkin seorang ibu mengandung sedang berasa penat atau mengalami alahan yang teruk sehingga tidak terdaya membaca Al-Quran, adalah baik jika kita berusaha untuk memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran melalui VCD, MP3, Radio, ipod, ipad, smartphone dan sebagainya. Jika tiada mp3 bacaan Al-Quran di dalam simpanan, buka lah YouTube yang mempunyai rakaman bacaan Al-Quran. Sementara itu, boleh lah mencari mp3 bacaan Al-Quran dan memasukkannya ke dalam handphone supaya anda dapat memainkannya selalu di mana sahaja.
 
Di antara ayat-ayat yang elok dibaca sewaktu mengandung adalah :
i)  Surah Al-Fatihah : Tenang hati dan kuat daya ingatan
ii) Surah At-Taubah : Membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat
iii) Surah Yusuf : Cantik rupa dan akhlak
iv) Surah Maryam : Mudah bersalin dan anak sabar
v)  Surah Luqman : Cerdik akal dan jiwa
vi) Surah An-Nahl, Ayat 78 : Anak berdisiplin
vii) Surah Al-‘Araaf Ayat 189
 
Sumber : Petikan daripada buku “Amalan Buku Mengandung” Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan “Petua Membentuk Anak Pintar dan Kreatif” A. Mohd Azhar.
 
Selain itu, banyakkanlah berzikir dan memahami maknanya. Bukan sahaja ibu, malah kaum bapa juga elok mengamalkannya.
 
Selamat beramal. Semoga anak-anak yang dilahirkan membesar menjadi anak-anak yang bijak, berakhlak dan soleh solehah. Insya Allah. Amiin.

Post a Comment

 
Top