Teks : Wan Syahida Kahar
Bismillah.
Assalamualaikum. Alhamdulillah kandungan saya kini dah memasuki minggu ke-33. Macam cepat sangat masa berlalu. Banyak lagi perkara yang saya belum sedia. Aduh~~
Saja nak listkan apa yang saya amalkan selama ni dan bakal berterusan sehingga saat bersalin, Insya Allah :
1) Meminum air susu kambing satu sachet setiap hari. (Saya minum Hi-Goat)
2) Mengambil dua sudu besar Virgin Coconut Oil. Satu sudu selepas sarapan dan satu sudu lagi selepas makan malam/sebelum tidur. (Saya ambil D'Aura)
3) Memakan dua sudu besar Qaseh Gold Adinda. Dua sudu besar sebelum sarapan dan dua sudu besar sebelum tidur. (Qaseh Gold Adinda)
4) Vitamin B Complex, Folic Acid, Vitamin C, Vitamin D + Calcium, Vitalea (multivitamin daripada Shaklee), dan juga Iron (Ferrous Fumarate).
5) Air za'faran yang selalu dicampurkan ke dalam minuman air kosong. Selalu disertakan dengan bacaan Al-Fatihah, selawat, serta niat sebelum minum.
6) Susu low fat milk Dutch Lady. Selalu minum bila-bila ingin nak minum. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya akan minum.
7) Satu sudu madu yang dicampur dengan air suam. Minum sebelum sarapan pagi. (Saya guna Madu Anugerah. Tapi nak guna mana-mana madu pun boleh saja. Dah habis Anugerah, saya guna madu lain yang asli pula).
Lepas ni saya perlu amalkan meminum air zam zam pula. Disebabkan stok air zam zam tak mudah dicari dan yang ada pun tak banyak, jadi saya akan mula minum masa minggu ke-36 insyaAllah.
Ini baru amalan fizikal. Saya belum lagi mula melakukan senaman mengandung apatah lagi senaman bersalin. Yang ini saya perlu mula melakukannya segera la sebenarnya. Hehe :)
Selain itu, untuk amalan rohani, saya masih sedang meneruskan bacaan Al-Quran sehingga khatam. Selain itu, saya sertai group tilawah Al-Quran dalam Whatsapp. Satu minggu satu juzuk. Pada masa-masa lapang, saya bacakan Surah-surah yang baik untuk diamalkan sewaktu mengandung ni iaitu Surah Maryam. Juga Surah Al-Kahfi setiap Jumaat. Amalkan juga zikir-zikir seperti istighfar, zikir Nabi Yunus, berselawat, mengamalkan Ayatul Kursi dan lain-lain juga. :-)
Banyak sertai majlis-majlis ilmu. Tak banyak saya pergi. Yang menjadi rutin hanya majlis ta'alim daripada Habib Ali Zainal Abidin di Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa setiap Jumaat malam Sabtu.
Banyak sertai majlis-majlis ilmu. Tak banyak saya pergi. Yang menjadi rutin hanya majlis ta'alim daripada Habib Ali Zainal Abidin di Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa setiap Jumaat malam Sabtu.
Insya Allah. Setakat ni, ini yang saya ingat. Ada apa-apa tips lagi tak? Boleh kongsikan dengan saya.
Perkongsian ini juga sekadar berkongsi pengalaman dan tips. Lepas ni saya perlu mencari set bersalin pula. Masih sedih berfikir-fikir nak beli yang mana. Ada cadangan juga tak? :D
Perkongsian ini juga sekadar berkongsi pengalaman dan tips. Lepas ni saya perlu mencari set bersalin pula. Masih sedih berfikir-fikir nak beli yang mana. Ada cadangan juga tak? :D
===
Produk-produk yang saya gunakan untuk mengajar anak mengenal Al-Quran.
Antara produk yang saya sering gunakan adalah Set Buku Al-Furqan dan VCD Lagu-lagu Al-Furqan.
Masa
saya mula-mula belikan untuk anak saya, dia baru je berumur 1 tahun 3
bulan dan anak saya masih belum mengenal semua huruf-huruf Alif Ba Ta.
Jangan risau kalau anak-anak kita masih belum mengenal huruf-huruf Alif
Ba Ta. Walaupun belum kenal semuanya, buku-buku ni masih boleh digunakan
untuk ajar mereka, malah memang ia dah dirumus untuk bayi-bayi atau
anak-anak yang masih belum mengenal huruf-huruf Alif Ba Ta. Istimewanya
Set Buku Al-Furqan ni, dia akan ajar sebutan huruf Al-Quran yang paling
mudah disebut bayi dahulu, sesuai dengan pelatnya. Jadi memula Al-Furqan
ajar huruf 'mim' iaitu dengan terus menunjukkan 'mim berbaris di atas'
untuk membentukkan bunyi 'ma'. Di sebelahnya ada gambar seorang ibu,
yakni 'mama' atau mak baby lah. Huhu. Jadi memang best la kalau dah nak
mula ajar baby baca Al-Quran.
Lepas
ajar huruf mim yg berbaris di atas, buku Al-Furqan ni akan ajar huruf
'ba' pula dan terus tunjukkan 'ba berbaris di atas' untuk bunyi 'ba'. Di
sebelahnya ada gambar seorang ayah, yakni 'baba' atau ayah la. Jadi
memang Set Buku Al-Furqan ni dah dirumus khas untuk ibu bapa yang nak
ajar bayi membaca Al-Quran. Tak bayi pun takpe, kanak-kanak prasekolah
pun lagi la boleh. Al-Furqan ajarkan anak-anak ni untuk mula mengenal
huruf-huruf Al-Quran yang mudah disebut dahulu seperti huruf mim, ba,
nun, dal, wau dan sin. Supaya anak mudah ikut. Kemudian baru diikuti
dengan huruf-huruf yang agak susah sikit anak nak sebut macam huruf
shin, zal, ro, sod dan lain-lain.
Penulis
buku Al-Furqan (dan rangkaian produknya yang lain) memang merupakan
pakar-pakar yang berpengalaman dalam mengajar anak-anak mula membaca
hingga mahir. Jadi melalui kepakaran dan pengalaman bertahun-tahun
mereka, maka lahirlah set buku membaca Al-Furqan ni untuk kemudahan para
ibu bapa dan guru-guru taska mahupun tadika.
Tengok
la reaksi anak saya ni. Macam takde reaksi. Haha. Mungkin orang akan
rasa pelik, anak kecik lagi dah bagi buku? Ataupun mungkin ada yang
merasakan ia terlalu awal untuk budak sekecil ini.
Saya
tak rasa pelik. Saya berikan buku-buku untuk anak saya sejak usia baby
seperti ni lagi. Bila kita selalu tunjukkan dan suka bacakan buku untuk
anak-anak kita walaupun berusia bayi, sebenarnya bukannya kita nak anak
kita terus pandai. Tapi kita nak isi masa anak dengan quality time
bersama kita dan buat anak kita rasa seronok dapat beraktiviti sesuatu.
Dalam buku-buku pun selalu ada imej-imej atau kartun yang boleh menarik
perhatian anak. Kita boleh bercakap-cakap dengan anak dan galakkan anak
memberi respon. Sangat penting bagi ibu bapa untuk sentiasa 'stimulate'
anak-anak dengan apa-apa aktiviti yang boleh meransang mindanya, seperti
bila kita bagi buku, kita buat anak kita rasa nak belek-belek buku
tersebut, melihat objek-objek atau huruf-huruf dan bunyi-bunyinya, maybe
boleh main kipas-kipas ke buku tu, main susun-susun tingkat-tingkat
buku-buku tu, tunjukkan warna-warna dia yang pelbagai, atau ape-ape je.
Dan sambil-sambil tu, kita tunjukkan huruf-huruf yang kita nak ajar kat
anak. Selalu la buat macam ni biar anak terbiasa melihat huruf-huruf tu
dan dengan cara tu la anak saya mudah ingat huruf-huruf alif ba ta.
Selalu tunjukkan dan ajar anak untuk sebut.
VCD
lagu-lagu Al-Furqan tu anak saya sangat suka. Asal nampak laptop je nak
mintak mainkan "Ba ba ba" (lagu Al-Furqan). Lagu-lagunya berbentuk
nasyid berserta video yang mengiringi lagu. Contohnya Video tunjuk huruf
ba di atas dan mim di atas untuk "Ba ba ba" dan "Ma ma ma" diiringi
bunyinya. VCD ni sesuai untuk menarik minat anak belajar iqra' dengan
cara yang menyeronokkan. Lebih-lebih lagi bagi anak-anak yang tak minat
dengan buku, maka VCD lagu seperti ini amat-amat la sesuai.
Dalam gambar ni contoh huruf 'ha' berbaris atas untuk bunyi 'ha'.
Puan
Lina Karim melalui blognya juga ada berkongsi tentang penggunaan
buku-buku dan VCD kepada anak-anaknya. Kalau anda berminat, silakan
membaca tips-tips nya di Kaedah Mengajar Anak Membaca Al-Quran.
Anak
saya sekarang dah boleh sebut huruf-huruf Hijaiyyah dan menamakan
setiap huruf satu persatu sejak usia 1 tahun 7 bulan lagi. Semuanya
bermula dengan kegigihan saya dan suami mengajar anak kami. Asalkan ibu
bapa sanggup beristiqamah, walaupun usaha anda begitu kecil, macam
tunjukkan sikit-sikit je kepada anak dalam sehari, itu pun sebenarnya
dah cukup memadai. Anak akan mudah sangat menyerap apa yang diajarkan
kita. Yang penting proses berulang-ulang yang ibu bapa praktikkan kepada
bayi mereka.
Jadi
bagi ibu bapa yang berminat mahu mengajar anak-anak membaca dari usia
bayi, sila la dapatkan produk-produk ni dari mana-mana kedai buku yang
menjualnya dan rajin mengajar dan mengamalkannya kepada anak-anak. Atau
anda juga boleh mendapatkannya daripada saya. Mudah-mudahan dengan usaha
kita ini, kita telah berusaha menjalankan tanggungjawab kita untuk
mendidik anak-anak kita dengan ilmu Al-Quran pada umurnya yang seawal
mungkin. :-)
Silakan layari Facebook Page saya di : Islamic Kids Shop
Atau PM saya di http://www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop
Atau boleh juga SMS/WhatsApp saya di 012-6753078.
Email : wansyahida.kahar@gmail.com
Jika belum berminat untuk mendapatkan sebarang produk, silakan LIKE Facebook Page Islamic Kids Shop untuk pelbagai tips menarik dan perkongsian saya dan orang lain dalam pendidikan anak-anak. Semoga bermanfaat :-)




.jpg)


Post a Comment