0
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillah.

Assalamualaikum. Alhamdulillah hari ni saya berasa agak lapang untuk berkongsi tentang amalan rohani yang baik ketika ibu-ibu sedang mengandung. Sebelum ni, saya pernah kongsikan tentang amalan pemakanan yang baik (di sini dan sini), kali ni nak beralih ke amalan rohani pula. :-).

Amalan rohani memang penting sangat. Sebabnya, kita amat berharap kepada Allah untuk membantu mempermudahkan kita untuk bersalin nanti. Lain ibu lain pengalamannya. Lain orang lain juga bahagian yang dia dapat ketika melahirkan anak. Walaupun mungkin anak 1st dia mudah melahirkan, siapa tahu anak second dan seterusnya macam mana, kan. Jadi walau apa pun, kita tetap perlu sentiasa banyakkan amalan kerohanian seperti solat, mengaji, bersedekah, berbuat baik, berfikiran baik dan sebagainya.

1) Khatamkan Al-Quran sekurang-kurangnya sekali sewaktu mengandung.

Tak mustahil kalau anda konsisten dan berdisiplin walaupun anda seorang ibu yang berkerjaya. Dalam tempoh 9 bulan, atau besar kemungkinannya kurang daripada itu la untuk kita mengkhatam sebab kebanyakan di antara kita dapat tahu yang kita mengandung pada bulan ke-2. Jadi, ada dalam 7 bulan je untuk kita khatam. Mungkin kena tolak 1 bulan lagi (macam kes saya) sebab terlalu penat dengan alahan pada trimester awal kehamilan. Jadi tinggal la dalam 6 bulan sahaja. Tu kira paling minimum la. Jadi, apa yang perlu anda buat adalah 30 juzuk, bahagikan dengan 6 bulan, dapat 5 juzuk sebulan yang perlu dibaca. 5 juzuk ada 20 x 5 muka surat iaitu 100 muka surat yang perlu dibaca dalam sebulan. 100 muka surat bahagikan dengan 30 hari, dapat la 3.3 muka surat sehari yang perlu dibaca. Konsisten sahaja dengan bacaan ini, Insya Allah anda pasti boleh habiskan. Ini baru kes mula membaca pada bulan ke-4 kehamilan (atau 2nd trimester). Kalau anda dah dapat mula sejak 1st trimester, pasti lebih cepat dapat habiskan. Mudah, kan?

Alkisahnya saya, pada hari saya nak bersalin, saya masih belum dapat khatam. Semasa saya dah masuk ke wad dan sedang check CTG, saya baru teringat yang saya baru sampai Surah Al-Lail (dalam Juzuk 30). Saya memang dah plan nak khatamkan pada hari tu sebab memang dah tinggal sikit. Tapi tak tersangka pulak nak bersalin hari tu kan (cepat sangat tanda turun hehe). Jadi semasa tengah sakit contraction tu la saya baca Al-Lail sampai An-Naas. Kemudian baca terus Doa Khatam Al-Quran (suami la yang baca, saya Aminkan aje sebab tak larat.. Nak tadah tangan pun tak mampu lagi dah). Jadi ibu-ibu sekalian, sebolehnya, jangan la jadi macam saya. Nak last minute baru nak khatam.. Aduiyai. Mujur la sempat ya. Alhamdulillah.

2) Amalkan membaca Surah Maryam setiap hari.

Terutamanya ketika dah 3rd Trimester kehamilan. Antara sebab saya lambat khatam Al-Quran adalah sebab saya utamakan Surah Maryam untuk dibaca setiap malam masa dah dua bulan nak bersalin. Rasa tenang sangat dapat konsisten baca Surah Maryam setiap malam. Sampai ke ayat 25, ulangilah bacaan dan doa dalam hati agar Allah mudahkan kita bersalin. Dalam Surah Maryam ada ayat sajdah. Jadi anda boleh berdoa di dalam hati, mohon kepada Allah agar memudahkan anda bersalin ketika melakukan sujud sajdah. Yang pasti, setiap kali selesai bacaan Surah Maryam, panjatkanlah doa kepada Allah, doa apa-apa sahaja.. Nak anak soleh, anak yang baik, dipermudahkan, dimurahkan rezeki, dan sebagainya.

3) Amalkan Solat-solat Sunat.

Solat sunat Taubat, Hajat, Istikharah dan Witir. Solat Sunat Taubat wajar dilakukan dengan harapan doa kita lebih mudah dimakbulkan setelah bertaubat. Mohonlah ampun kepada Allah di atas segala dosa-dosa kita yang lalu. Kita tak tahu yang doa-doa kita boleh terhijab daripada diperkenankan Allah disebabkan ada di antara dosa-dosa kita yang lalu yang kita tak akui. So, amalkan solat sunat taubat. Kemudian baru la solat sunat hajat memohon dipermudahkan bersalin. Istikharah pula, tetap perlu dilakukan. Kenapa? Sebab kita tetap perlu lakukan pelbagai pilihan dalam hidup kita dan dalam segala proses kita nak bersalin dan menerima kehadiran ahli keluarga yang baru ni. Contohnya, kita perlu pilih dan buat keputusan nak bersalin di hospital mana, dengan doktor siapa, nak check-up atau appointment pada hari apa, nak amik pakej apa kat hospital, nak beli barang yang mana untuk baby, nak pilih cuti bersalin mula dari hari mana (bagi suami), dan macam-macam lagi. Semua ni boleh menentukan bagaimana anda akan bersalin nanti jugak. Mudah ke susah ke. Perjalanan nak bersalin tu macamana. Macam-macam la kalau nak fikir. Jadi, mohon pada Allah dan serahkan kepada-Nya supaya dalam apa-apa urusan pun, Allah berikan petunjuk kepada kita untuk membuat keputusan yang paling baik. Insya Allah. Kemudian solat sunat witir, agar Allah lebih mengasihi dan memandang kita. Allah kan suka yang ganjil?

4) Amalkan zikir-zikir.

Tak kisah lah Ma'thurat ke, Ratib Al-Haddad ke, zikir-zikir yang biasa ke,.. asalkan zikir. Lebih-lebih lagi zikir Nabi Yunus dalam perut Ikan Nun. Zikir istighfar pun bagus.. Ikut suka lah ya. Selawat, zikir Fatimah (tasbih, tahmid, takbir), tahlil dan lain-lain. 

5) Banyakkan mendengar CD-CD Al-Quran.

Di rumah, pasang channel TV yang baik-baik. Di dalam perjalanan dalam kereta, dengar CD Al-Quran, CD ceramah. Baca terjemahan Al-Quran jika berkesempatan. Ajar anak mengaji dan menghafal Al-Quran. 

6) Berakhlak mulia.

Bersopan santun, menahan amarah, menjaga lidah, telinga dan mata, menyebarkan kebaikan, menyebar ilmu, membersihkan hati, bertimbang rasa, tidak merungut, banyakkan redha, sabar, usaha, tawakkal, berbuat baik, bersedekah, menjaga fikiran, berkawan dengan orang-orang yang baik, dan sebagainya :-).


Alhamdulillah itu saja kot yang saya boleh ingat buat masa ni. Rasa-rasa ada lagi tak yang elok diamalkan yang mungkin saya termiss? Kalau ada boleh komen ya.

Insya-Allah, semoga dengan segala amalan ini dapat membantu kita dan anda para ibu mengandung di luar sana untuk lebih mudah melahirkan nanti. Mohon kepada Allah sebanyak-banyaknya agar Allah memelihara kita dan bayi kita serta melancarkan proses bersalin bayi kita itu nanti. Mohon agar kita dijodohkan dengan doktor yang baik dan cekap, midwife/bidan yang bagus, nurse yang baik hati dan bertimbang rasa, suami yang dah dapat cuti dan lapang ketika saat kita dah nak melahirkan, ibu bapa yang free untuk menjaga anak kita (yang sulung atau yang lain-lain tu kejap), jalan yang tak traffic jam, waktu yang sesuai, hari yang baik, bayi tetap sihat dan aktif di dalam perut sampai selamat dilahirkan dan lahir dengan cukup segala sifat, dan sebagainya. Mohon la sebanyaknya ya. Saya faham kerisauan ibu yang hamil. Hehe. Saya pun dah laluinya. Memandangkan saya dah pernah lalui fasa yang sukar ketika melahirkan anak yang 1st, jadi ketika hamil anak ke-2, saya lebih banyak berhati-hati, berdoa yang spesifik, dan beramal lebih. Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Segalanya menjadi mudah dan lancar sangat bagi saya. Hari yang baik, waktu yang sesuai, keadaan persekitaran dan ahli keluarga yang banyak membantu, anak yang tak meragam, bayi yang sihat, saya jumpa doktor yang baik, bidan yang baik, nurse yang baik, saya dapat bilik wad single, dapat lahir normal, contraction yang sekejap, diberikan kekuatan yang maksima oleh Allah untuk push dengan jayanya dan pelbagai lagi nikmat serta kemudahan yang Allah perkenankan buat saya. Pokoknya, banyakkan berdoa dan berharap. Insya Allah, Allah pasti memudahkan. 

Selamat maju jaya ye ibu-ibu yang baik semua :-). Jangan risau, Allah bersama kita. Banyakkan beramal dan berdoa, jangan malas :-).

===

Pakej Softbooks untuk Bayi, terutamanya yang berusia 0-2 tahun.. Kini ada design baru!!

Ada softbook ABC, Alif Ba Ta dan 123. Memang sesuai sangat untuk kita tunjukkan kepada si comel kita. 

Di atas permintaan ramai, kini design dah diperbaharui dengan rupa yang lebih menarik. Sebelum ni pun Pakej Softbook ni cepat saja sold out dan perlu direstock semula.
















Kenapa perlu belikan softbooks kepada bayi anda?

Yang pastinya kita perlu rangsang otak bayi kita dengan deria rasa, mata serta telinga agar bayi kita menjadi lebih bijak. Bagaimana? Softbooks ini bersifat lembut dan ringan, mudah bagi bayi anda pegang dan malah ia selamat untuk digigit. Galakkan bayi anda untuk memegang dan meramas buku serta membelek-belek helaian agar dia melatih tangan serta jarinya. Imej-imej yang warna-warni dapat merangsang deria penglihatan anak untuk membezakan warna-warna yang kontra. Pengenalan kepada huruf-huruf ABC, Alif Ba Ta dan 123 juga adalah baik untuk bayi anda. Ibu bapa juga boleh bacakan buku ini kepada bayi dengan pelbagai ton suara agar bayi anda berminat dan seronok. Memperkenalkan anak dengan buku pada usia bayi dapat menggalakkan minat bayi anda kepada buku pada masa hadapan.

Harga : RM100 termasuk kos Pos Laju untuk 3 softbooks (ABC, Alif Ba Ta dan 123).

Untuk Order, PM Kami - KLIK di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop ATAU SMS/Whatsapp 012-6753078.

Dapatkan segera sebelum kehabisan stok ya!
===
Like kami di >> Islamic Kids Shop untuk mendapatkan pelbagai tips menarik dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Ya Allah, kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah. Aamiin..

Post a Comment

 
Top