0
Apa Yang Puan Nik Eliani Lakukan Semasa Bayi Berumur 0 hingga 3 Bulan.

1. Usap, Peluk & Cium Bayi

Saya banyak mencurahkan kasih sayang saya melalui pelukan, ciuman dan usapan. Menurut neurosaintis, sentuhan, usapan dan ciuman ibu bapa akan merangsang otak bayi untuk mengeluarkanhorman yang membantu perkembangan & pertumbuhan bayi . Kasih sayang yang anda curahkan juga akan membantu pertumbuhan dendrait bayi anda.

Usaplah badan bayi anda menggunakan paf bedak atau kapas dan pelbagai fabrik (satin, sifon, baldu, dll) daripada kepala ke kaki. Usapan daripada kepala ke kaki membantu pembentukan myelinpada neuron dan dendrait. Pembentukan myelin membolehkan rangsangan yang diterima dendraitdihantar ke otak dengan lebih cepat. Menurut Dr Susan Ludington-Hoe, ia juga membantu pengawalan koordinasi anggota badan dan perkembangan otot.

Menurut Tony Buzan, enulis buku 'Brain Child' , kasih sayang adalah 'makanan otak'(brain food) anak anda. Hal ini bermakna bayi anda amat memerlukan kasih sayang untuk menjadi anak yang pintar. Jangan sesekali risau anda terlalu manjakan(spoil) bayi anda pada tahap ini.

2. Menyusu

Susu ibu adalah makanan terbaik bayi anda. Ia mengandungi semua bahan berkhasiat seperti protin, karbohidarat, lemak, vitamin, mineral dan air. Kolustrum yang dihasilkan pada beberapa hari pertama akan membekalkan antibodi untuk bayi anda melawan penyakit. Pada tahun 2007 saya dan 5 orang anak saya diserang denggi. Saya, anak saya yang ketiga dan kelima,Athirah & Amirah dimasukkan ke wad kerana 'platelet' kurang daripada 100. Tetapi anak yang lain, Amalia, Abdul Adzim & Amir Haziq dapat bertahan dan 'platelet' mereka tidak turun ke bawah 100. Ketiga-tiga anak ini saya menyusu selama 2 tahun! Susu ibu sebenarnya anugerah Allah. Kajian menunjukkan susu ibu mengandungi lemak DHA yang amat penting dalam membantu pertumbuhan & perkembangan tisu otak. Susu ibu juga mengandungi 'taurine' yang membantu perkembangan otak & saraf.

Menurut Tony Buzan, selain daripada kasih sayang, makanan yang berzat adalah juga makanan otak(brain food) anak anda. Sehingga anak anda berumur 2 tahun, susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuknya. Jadi jangan lepas peluang menyusu bayi anda sehingga dia berumur 2 tahun.

3. Berbual-bual

Menurut kajian terkini, banyak mana anda berbual-bual dengan bayi anda akan mempengaruhi IQ dan kejayaannya nanti. Semasa saya mendapat anak pertama dan kedua, saya tidak pandai berbual dengan bayi. Tetapi setelah menyedari betapa pentingnya kita perlu berbual dengan bayi, saya mula melatih diri saya.

a. Saya menceritakan kepada bayi apa saja yang sedang saya lakukan seperti 'mama sedang kemas katil. Katil Mama besar daripada katil baby...".
b. Sambil saya mandikan bayi, saya akan memberitahunya "Mama bersihkan mata baby dulu. Sekarang mama bersih telinga baby pula. Sekarang mama nak syampu rambut baby pula. Hmm wanginya syampu...".
c. Saya juga menanya soalan "Mana mata baby mama?" dan menamakan objek di sekeliling "Ini buku. Ini bola...".

Jangan lupa menggunakan pelbagai intonasi & nada suara apabila berbual dengan bayi. Ia akan menarik tumpuan bayi anda.

Berbual-bual dengan bayi sebegini akan menambah kecerdasan bahasanya. Anak akan terdedah dengan perbendaharaan kata yang luas dan ini akan membantunya memahami perkataan, bertutur, membaca dan menulis nanti.

Menurut kajian terkini, anak sehingga umur 3 tahun perlu mendengar 17000 hingga 20000 perkataan sehari!

Becoklah mulut mama dan papa semuanya!

4. Menggantung Mobile

Gantungkan 'mobile' hitam-putih, 25cm(10 inci) daripada mata bayi. Ia akan merangsang penglihatan bayi anda.

Kajian daripada Dr Robert Fanzt, Dr T.G.R Bower dan Dr Philip Salapatek membuktikan bayi yang baru lahir lebih gemar memerhatikan bentuk geometri hitam- putih daripada gambar berwarna terang mau pun pastel.

5. Mengimbas Kad / Objek Hitam-Putih

Peluk bayi erat di pangkuan sambil menamakan objek hitam-putih di dalam buku atau kad imbas. Aktiviti ini akan merangsang penglihatan dan pendengaran bayi anda.

Letakkan kad atau objek hitam-putih di tengah penglihatan bayi pada jarak 25cm daripada matanya. Gerakkan 6 inci ke kanan. Berhenti. Gerakkan kad kembali ke tengah. Berhenti. Gerakkan 6 inci ke kiri dan berhenti.

Saya hanya berpeluang melakukan aktiviti ini pada anak keenam. Saya mencuba rangsangan hitam-putih ini ketika dia berumur 7 hari. Saya cukup teruja melihat matanya mengikut pergerakan gambar ke kanan dan ke kiri. Dan hari ini Amir memang cekap kemahiran motornya. Menendang bola pada umur setahun dan amat gemar bermain 'mengikat tali' semenjak umur 1 1/2 tahun lagi.

6. Bernyanyi & Menari

Nyanyikan lagu kanak-kanak dengan nada suara yang berbeza-beza. Menari, dodoi atau gerakkan badan bayi sambil menyanyi. Menyanyi juga membantu meningkatkan kecerdasan bahasa anak anda.

Mendodoi bayi perlahan-lahan ke atas ke bawah dan ke kiri ke kanan, akan merangsang sistem vestibular yang mengawal koordinasi dan keseimbangan. menurut kajian mendodoi sebegini membantu perkembangan penglihatan dan pendengaran bayi, membantu bayi tidur dengan lebih nyenyak dan membantu pertambahan berat badan.

Anda juga boleh mendukung bayi sambil berpusing perlahan-lahan.

7. Senaman Otak

Selepas saya mandikan bayi, saya gemar melakukan senaman otak(brain Gym) dengan menggerakkan anggota tangan dan kaki bayi saya secara bersilang. Saya membilang 1, 2, 3... sambil melakukan senaman ini. Menurut Dr Paul Dennison, pengasas Brain Gym, pergerakan sebegini akanmengkoordinasikan otak kanak dan kiri bayi. Dengan itu bayi dapat berkembang sebaiknyaapabila kedua-dua otak berfungsi bersama(whole brain functioning).

Menurut Dr Carla Hannaford, senaman sebegini akan membantu anak anda belajar membaca,menulis, mengeja dan memahami karangan nanti.

Apa Yang Puan Nik Eliani Lakukan Semasa Bayi Berumur 3 - 6 Bulan

Pada peringkat ini, saya masih teruskan amalan-amalan semasa bayi saya berumur 0-3 bulan. Apabila menjangkau umur 3 bulan, penglihatan bayi bertambah baik.

8. Menggantung Moblie Berwarna Terang

Tukarkan mobile hitam-putih kepada mobile berwarna-warni. Pada tahap umur ini bayi lebih peka kepada warna terang daripada warna pastel. Bayi juga boleh melihat objek dengan menggerakkan kepalanya.

Anda juga boleh menggantungkan mobile merentasi katil bayi menggunakan tali elastik untuk menggalakkan bayi anda melibat(swipe) & menarik mobile. Mobile elastik ini akan merangsangperkembangan fizikal bayi anda. Apabila bayi pandai menarik mobile, berlaku perkembangan motor halus(koordinasi mata & tangan) yang akan membantu anak anda belajar membaca nanti.

9. Menggenggam Pelbagai Objek


Tunjukkan pelbagai objek menarik yang berwarna-warni & berbunyi seperti kerincing(rattle), mainan lembut(soft toys), mainan picit(squeeze toys) dan mainan/gegelang getah untuk menggalak bayimencapai & menggenggam objek tersebut.

Kemahiran menggenggam akan membantu anak anda menulis nanti.


- Artikel ditulis oleh: Nik Eliani Nik Nawi, Mother of 6 ranging from 8 to 25 years of age. Co-writer of Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku & Readeasy Early Reading Series, Reading Specialist & Nursery & Preschool Curriculum Designer. Holds B.A. Economics from Brock University, Canada(1985)& Diploma in Education(English) from International Islamic University Malaysia(1990), Phonics Consultant for Dewan Bahasa & Pustaka 2011.

=====

Set Siri Buku Cepat Membaca - Bacalah Anakku, Readeasy dan Al-Furqan














Set siri buku cepat membaca ini telah direka khas oleh penulisnya Nik Eliani Nik Nawi (Bacalah Anakku dan Readeasy) yang mempunyai banyak pengalaman mengajar anak-anak kecil membaca. Buku-buku ini memang wajib dimiliki oleh setiap ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan sedang belajar untuk membaca. Telah banyak testimoni yang diterima daripada para ibu bapa yang telah pernah mencuba sendiri buku-buku ini ke atas anak-anak mereka. Hasilnya mengagumkan! Alhamdulillah, syukur atas usaha yang dibuat penulis ini. Buku-buku ini telah banyak membantu ramai ibu bapa dan anak-anak di luar sana belajar membaca dan pandai membaca sebelum memasuki alam persekolahan (darjah 1).

Bukan sahaja ibu bapa, malah guru-guru taska dan tadika juga memberikan testimonial positif. 

Dapatkan SET SIRI CEPAT MEMBACA yang membantu Si Manja MEMBACA AL-QURAN, BAHASA MELAYU dan BAHASA INGGERIS. Ia telah terbukti oleh ramai kanak-kanak yang pernah menggunakannya!! Anda wajib melihat video testimoni ibu bapa dan guru di sini : http://bit.ly/15HPGTh 

:::: TESTIMONI BACALAH ANAKKU & READEASY ::::

"Anak saya usia 3 tahun boleh baca buku-buku ini dalam masa 3 bulan, setelah diajar menggunakan sistem fonetik set membaca ini" - Pn Rohayati Fahmi.

"saya mmg guna buku ni utk 3 ank sgt bagus..mmg cepat blh baca..confirm blh baca habis set 6..saya cuma ambik masa seminggu utk ajar anak terus blh baca..tp bkn di usia 3 thn la..4 thn dan 5 thn..lagi cpt mula lagi bagus.." -Puan siti rohani harun.

:::: TESTIMONI SET AL-FURQAN ::::

"Alhamdulillah.. anak sulung saya pandai membaca Al-Quran pada umur 4 tahun 2 bulan dengan bantuan set buku Al-Furqan. Saya beli buku Al-Furqan pada 15 Februari 2012 ketika umurnya 3 tahun 10 bulan dan menghabiskan 4 buku dalam tempoh 4 bulan sahaja. Seterusnya, saya beli Muqaddam pada 25 Jun 2012 untuk menguji kebolehan beliau membaca Al-Quran. Macam tak percaya, anak saya dah pandai membunyikan setiap ayat Al-Quran dengan betul..ternyata keberkesanan Set Al-Furqan membantu anak saya cepat membaca Al-Quran..." -Puan Ummu Fatim Khadijah.  

Bagaimana Ia Boleh Membantu Anda :

- Sesuai untuk kanak-kanak dari 2 tahun ke atas
- Mengikut kaedah fonetik
- Disusun secara sistematik - bermula dengan huruf dan sebutan yang mudah disebut dahulu
- Kemahiran diperkenal secara bertahap
- Illustrasi dan kad imbasan menarik
- Buku bersaiz kecil yang mudah dibawa ke mana-mana
- Disertakan VCD Panduan Mengajar untuk ibu bapa
- Ia sememangnya telah terbukti berkesan !

Tips dan Panduan Buat Ibu Bapa :
  1. Kunci kejayaan ibu bapa mengajar anak di rumah di antaranya ialah dengan melalui bermain. Bagi kanak-kanak, mereka belajar dengan bermain.
  2. Singkatkan masa belajar supaya anak-anak tidak bosan. Bagi kanak-kanak perempuan, 5 minit sudah cukup baik, dan bagi kanak-kanak lelaki berusia 4 - 5 tahun, 2 minit sudah cukup lama. Jadi sesi belajar anak anda mestilah di antara 2 - 5 minit sahaja.
  3. Berhenti sebelum mereka berasa jemu.
  4. Belajar secara kerap.
  5. Beri galakan dan pujian seperti "Wah, pandainya anak mama!" walaupun hanya baru menyebut bunyi /a/.
  6. Keep cool! Jangan marah-marah dan sentiasalah bertenang kerana mengajar anak sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi.
  7. Jangan lupa untuk melihat VCD Panduan Mengajar yang disertakan.

Anda bakal memperolehi :

✔ 4 buku Set AL-FURQAN (+1 VCD Panduan Mengajar +10 keping kad imbas)
✔ 8 buku Set READ EASY PHONICS (+1 VCD Panduan Mengajar + 6 keping kad imbas)
✔ 8 buku Set BACALAH ANAKKU (+1 VCD Panduan Mengajar + 12 keping kad imbas + 1 buku panduan ibu bapa mengajar anak-anak)
 

========================================

Bacalah Anakku : RM40
Read Easy : RM45
Al-Furqan : RM30

Order ketiga-tiga set Bacalah Anakku, ReadEasy dan Al-Furqan dengan harga RM136 termasuk kos pos laju ke Semenanjung Malaysia.

 
Set Lughatul Jannah pula berharga RM25 (tak termasuk kos pos laju).

Berminat untuk order, hubungi kami dengan klik di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop atau SMS/Whatsapp ke 012-6753078 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan. Order 3 set buku cepat membaca sekarang dan anda akan memperolehi FREE GIFT 3 poster percuma alif ba ta.

✔ PERCUMA 3 poster alif ba ta Untuk 10 Pembeli Terawal Setiap Hari !! (selagi stok masih ada)

========================================
 
"Ya Allah, tambahkanlah ilmu kepada kami dan kurniakanlah kefahaman kepada kami."

Mari kita sama-sama wujudkan generasi suka membaca dan pandai membaca. Insya Allah..

LIKE kami di Islamic Kids Shop untuk mendapatkan pelbagai tips menarik dalam pendidikan anak-anak. Semoga bermanfaat.
 

Post a Comment

 
Top