0
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillah.

Assalamualaikum.

Lama menyepi. Saya 'berpergian' sebentar daripada sebarang coretan di sini dek kerana kesibukan menerima cahaya mata baru. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, terima kasih kepada suami dan ahli keluarga, saya telah selamat melahirkan seorang anak lelaki secara normal pada 11 Jun 2014 yang lepas. Syukur juga, semuanya sangat mudah dan cepat. Alhamdulillah, Allah memakbulkan doa-doa kami dan mempermudahkan segala urusan kami. Sememangnya Allah adalah sebaik-baik Penjaga dan tempat untuk kita semua memohon pertolongan. Minta saja pada Dia, pasti Allah akan bantu kita. Betul sangat-sangat :-)

Alkisahnya pada malam 10 Jun 2014, saya bergembira kerana esoknya suami saya dah mula bercuti panjang sebagai persediaan menyambut bayi kami yang dijangka bersalin (EDD) pada tarikh 15 Jun 2014. Malam itu saya bersenang-senang dengan memperbanyakkan solat-solat sunat. Memikirkan selepas itu saya bakal bersalin bila-bila masa saja dan berpantang hingga ke bulan Ramadhan, sayangnya kalau saya tak rajin-rajinkan diri sebelum bersalin. Mana tahu juga, umur tak panjang ke kan. Surah Maryam tak lupa juga dibaca. Dalam akhir-akhir bulan (bulan ke-7, 8, 9), saya amalkan membaca Surah Maryam setiap malam dengan harapan agar Allah mudahkan saya bersalin... di samping berusaha menghabiskan bacaan Al-Quran sehingga khatam.

Esok pagi pada 11 Jun 2014, saya ke KKIA Segambut untuk check-up antenatal. Masih belum ada tanda-tanda bersalin. Setelah selesai, kami ke Bangi pula untuk check-up di Hospital Pakar An-Nur. Doktor buat scan dan kami diberiathu yang baby belum engaged. Kata doktor, biasanya anak ke-2 dan seterusnya, baby hanya akan engaged bila dah start sakit. Jadi itu adalah normal. Baby pun dah besar, berat dalam 3.3 ke 3.4kg gitu. Wahh. Lagi la kami doa dan harap supaya cepat-cepat la bersalin. :-) Saya banyak jugak la bertanya tentang prosedur bersalin, peluang untuk skin-to-skin dengan baby sebaik sahaja selepas bersalin, risiko dan pilihan yang ada jika berlaku sebarang komplikasi dan sebagainya. Alhamdulillah saya puas hati dengan An-Nur. :-) Dr. Fatimah takde masa tu sebab bercuti. Jadi doktor luar yang ganti pada hari tu. Walaupun sepatutnya kami jumpa dengan doktor pakar tetap di situ, doktor yang ada pun dah cukup bagus untuk kami :-).

Selesai check-up tu, dah hampir kul 1 tengah hari. Kami dah lapar dan anak pun dah nak tertidur sangat. Saya pun ajak suami beli lauk untuk dimakan di rumah parents saya tak jauh dari situ. Sebab kami plan petang tu nak jalan-jalan di mana-mana supaya cepat bersalin. Jadi ke rumah parents la untuk beristirehat kejap, solat dan makan tengah hari. Sampai ke rumah parents saya dah masuk waktu Zuhur. Anak minum susu, suami siap-siap nak ke masjid, saya pula duduk-duduk kejap bercakap dengan mak saya dan siap-siapkan juadah untuk makan tengah hari. Kemudian pukul 2pm, saya solat Zuhur. Suami saya baru pulang dari masjid. Dalam doa saya, semoga cepat dan mudah la bersalin kali ini. Saya berharap sangat dapat bersalin normal, tak macam dulu yang kena operate ;-(. Selesai saja saya lipat telekung, belum sempat saya nak melipat sejadah, tiba-tiba terasa tumpah air. Air ketuban saya dah pecah! Wah! Basah habis. Terus ke tandas. Mujur ada stok maternity pad di rumah tu. Huhu. Suami dah cuak juga dan beritahu mak ayah saya. Saya tanyakan kawan-kawan whatsapp, kata semua, tak lama dah tu. Hari ni jugak saya akan bersalin :-). Dalam hati, syukur Alhamdulillah!

Sakit tak rasa lagi. Hanya tumpah air berterusan, berhenti sekejap-sekejap. Suami tanya nak kena gi hospital terus ke? Saya cakap rilek la dulu, bukannya pecah air ketuban sekarang, terus nak beranak sekarang. Mesti la ada 4-5 jam kan. So saya cakap, takpe rilek rilek aje.. jom kita lunch dulu. Nanti kang takde tenaga nak beranak :-).

Masa makan-makan tengah hari, saya makan dengan berselera dan tenangnya. Kena makan supaya tak lapar di LR nanti ;-). Bila lapar, takde tenaga, nak push pun payah. (Ikut pengalaman pertama melahirkan dulu, saya memang takde tenaga untuk push sebab tak makan). Kemudian tetiba masa tengah makan, saya mula rasa sakit. Saya yakin tu contraction. Cuma ia sekali sekala je. Selesai makan, air terus keluar. Suami memang dah risau. Katanya kang sampai kering air tu, so jom la ke hospital. Kami pun siap-siap. Salam mak dan ayah. Mohon doa agar dipermudahkan. Bawak tuala dan kain batik untuk lapik seat kereta. Air ketuban memang seriously banyak. Mujur la hospital memang sekangkang kera je ngan umah parents.

Sesampainya di hospital, masa tu pukul 3pm. kami ke pendaftaran dan nurse bawa kami ke wad untuk periksa CTG selama 30 minit. Saya dah start sakit. Mula la buka Contraction App segala kat phone untuk rekod frekuensi contraction. Dah every 5 minutes! OK, sakit. Sabar sabar. Masa tu, apply segala breathing techniques yang kami dah belajar semasa kelas antenatal awal Mei lalu. Apply juga teknik membayangkan beautiful view, fokus dengan imej tu di minda, breathing, tenangkan diri, positifkan minda, pikir yang baik-baik, tidak stress dan sebagainya. Pastu tetiba teringat yang saya belum khatam Al-Quran. Baru sampai Surah Al-Lail. Suami suruh baca sekarang jugak. Jadi atas katil tu la saya baca Surah Al-Lail sampai khatam. Kemudian Google doa khatam Al-Quran dan suruh suami baca. Saya memang tak daya dah. Nak tadah tangan pun tak mampu lagi. Sebab menahan sakit :-). Saya Aminkan je. Nurse datang beritahu bacaaan cantik dan saya kena ke LR sekarang... Maka ke sana la kami. Masa tu kul 4pm. Nurse tanya nak berjalan ke nak duduk atas wheelchair? Suami sangat memahami dan katanya takpe, isteri saya nak jalan je. Saya jalan slow-slow. Dan bila sakit, stop sekejap dan pegang dinding. Sebelah tangan lagi suami pegang dan pimpin selalu.

Di LR, saya diberi baju untuk ditukar. Saya duduk atas katil sambil melayan contraction. Dah tak dapat rekod dah contraction kat phone sebab dok baca zikir, menahan sakit dengan breathing, makan kurma, minum air zam zam dan risau asik tumpah air dengan banyaknya! Tak selesa la. huhu. Phone pun dah tah ke mana. Nurse suruh baring. Tak mampu la saya nak baring sebab baring lagi menyakitkan. So saya refuse dan request untuk duduk je.

Saya ke tandas untuk tukar pakaian LR. Alang-alang dah masuk tandas, saya amik wuduk terus. Waktu Asar nak masuk dah. Tak lama lepas tu, azan Asar. Saya duduk atas katil dan suami pun datang, ntah dari mana (tadi gi urusan kat kaunter kot?). Suami gi amik wudhuk dan kami pun solat berjemaah. Untuk mengadap kiblat, saya terpaksa berpusing dan mengadap belakang katil. Solat duduk di atas katil je. 

Selesai solat, teringat yang saya belum minum minyak selusuh. Minyak selusuh kelapa dara jenama Anugerah memang saya dah siap sedia dalam beg tangan. Jadi saya minum je sikit-sikit. Bidan pun datang nak buat VE dan check bukaan. Katanya dah 7-8 cm. Wah, pantasnya, saya fikir. Diorang bagi ubat untuk mudah lawas. Terus saya ke tandas dan membuang. Laju je. Sambil layan contraction lagi. Kembali ke katil LR. Terus bertenang dan menanti masa hingga betul-betul nak bersalin. Nurse pasang tempat letak kaki kat tepi katil. Doktor datang sekali-sekala dan nasihatkan supaya beritahu diorang cepat bila rasa dah nak berak and nak teran. Jadi saya dan suami ditinggalkan sahaja di LR. Petang tu wad LR agak sibuk sebab ada patient lain juga yang baru selesai bersalin. Saya dan suami sabar menanti sambil saya layan sahaja contraction yang datang dan pergi. 

Akhirnya dah rasa macam nak berak sangat. Agaknya baby dah ke bawah. Suami panggil doktor dan bidan. Saya dah masuk ke active labor :-). Doktor dan bidan hanya nasihatkan dan ajar teknik untuk meneran. Bila rasa contraction dah nak datang, tarik nafas dalam-dalam. Tiba sakit contraction, teran sekuat-kuatnya macam sembelit :-P. Memang saya dah maklum cara nak meneran ni sebab dah belajar masa kelas antenatal dulu. Alhamdulillah bila dah prepare, ia banyaakkk sangat membantu!! Hanya terpulang kat kita je lah, kuat ke tak kuat ke, dari segi mental dan fizikal untuk meneran tu. Sebab doktor hanya menyambut, midwife membantu mengajar teknik, suami bagi support dari tepi. Kita la para ibu yang kena berusaha, kan. Alhamdulillah dengan 6 kali push (rasanya kot. hehe), akhirnya kepala baby dah keluar dan doktor berjaya tarik keseluruhan baby keluar. Kata doktor, tali pusat ada terbelit sedikit, tu yang teran, baby masuk balik. Berkali-kali. Dan sampai 6 kali kena teran. Hui penat woo. Tangan pun dah lenguh-lenguh macam baru habis bersukan :-D.

Antara perkara yang paling memberikan motivasi kat saya, masa suami beritahu dah nampak rambut, dah nampak kepala, doktor kata bagus bagus, very good, etc.. semua tu buat saya positif dan makin kuat dan bersemangat :-). Great accomplishment comes from great support around you :-). Then husband kata lagi dah keluar! dah keluar! Dalam masa sekelip mata, doktor pun tarik baby keluar sepenuhnya. Terus doktor letak baby atas perut saya dan tunjukkan jantina baby. Suami diberikan penghormatan untuk memotong tali pusat baby. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat.. kepenatan semua berbaloi dengan hasilnya. Baby yang selama ni dikandung, akhirnya keluar dengan sihat dan selamat pada jam 7.06pm sebelum masuk waktu Maghrib.. Baby yang selama ni duk tendang2 dan excercise dalam perut dah pun ada depan mata. Kesyukuran dan ketenangan ini memang tak terhingga..

Welcome our baby boy, Ahmad Ameer Syaddad :-). May you become a good son to us, a humble servant to Allah, a good student and a good person your whole life :-). Ummi and Abi will always pray for you. Insya Allah, Abi and Ummi will nurture you to become what your name really means :-). May Allah Guide Us... You will be a great leader one day. Allah willing :-).

Sebagai kesimpulan, saya bersalin dalam tempoh 5 jam selepas pecah air ketuban. Syukur sangat-sangat. Kali ni memang mudah dan cepat. Walaupun sakit bersalin tu memang la tak dapat dielakkan. It is part of labor! But Allah made it much easier and gave me so much strength... Alhamdulillah.

Tips mudah bersalin daripada saya? Or it is more to amalan sepanjang kehamilan will be much more precise. Erm maybe one specific entry some other time ;-). Insya Allah.

===

Menariknya Apple Learning Quran Machine!
Saya dan suami memang suka dengarkan anak-anak kami dengan alunan bacaan ayat-ayat Al-Quran. Untuk bayi kami yang baru lahir khasnya, kami dengarkan seawal mungkin. Mujur lah kami ada Apple Learning Quran Machine ni :-). Sangat mudah, hanya ON button dan tekan button Al-Quran. Bacaan juz 30 daripada adik Ahmad Saud akan kedengaran. Tu yang saya suka dengan Apple Toy ni. Mudah dan jelas bacaannya. Kami sentiasa letak je kat tepi baby. Ia hanya ala-ala music player dan bukannya smartphone pun. Kiranya ia selamat untuk diletak berhampiran bayi sebab smartphone atau apa-apa telefon mudah alih memang tak bagus diletakkan berhampiran bayi sebab ada kesan elektromagnet. Dah la ringan, kecik dan comel pula. Mudah dibawa ke mana-mana. 

Saya memang sangat syorkan anda para ibu bapa untuk memperdengarkan anak-anak anda terutamanya yang masih bayi dengan alunan ayat-ayat Al-Quran. Kalau nak cerita manfaat dan kebaikannya, panjang sangat. Anda sendiri boleh cuba search tentang kebaikannya dari sudut sains terutamanya. Apa pun, langkah paling awal untuk anak-anak kita bijak menghafal Al-Quran adalah dengan selalu memperdengarkannya atau membiasakannya mendengar dan mengulang dengar ayat yang sama. Kalau anda tak nak berusaha, anda takkan dapat hasilnya. Pucuk pangkalnya, niat dan usaha ibu bapa tu sendiri. Kami dah buat, anda bila lagi? :-)

Anda boleh cuba download dari internet, pasang CD atau VCD di TV, laptop, CD player dengan speaker atau lain-lain cara juga untuk perdengarkan ayat-ayat Al-Quran ni kat anak. Tapi kalau nak mudahkan kerja, dapatkan aje Apple Toy ni. :-D. Pasti berbaloi. Anak-anak pun suka sebab ia bentuk apple toy, ada lampu boleh main-main waktu malam, ada tali boleh mudah dibawa, ringan, kecil, tak perlu cable letrik dan colorful juga :-D. Lampu projektor tu boleh tunjuk imej moon dan star kat siling sebelum tidur. Part ni anak saya suka la. Hehe.

Langkah awal untuk mengajar bayi & anak Al-Quran adalah dengan memanfaatkan pendengarannya. Apple Learning Quran ini mengandungi lebih 50 Fungsi Dalam 1 (ada bacaan surah, doa harian, bacaan solat dan nasyid) dan bertindak sebagai mp3 bergerak agar selalu menemani bayi dan anak anda. Ia berbentuk Apple yang menarik perhatian anak-anak dan mempunyai projektor lampu tidur bentuk bulan dan bintang.










Untuk melihat fungsi dan kandungan item --> http://on.fb.me/1l9vvkx
Untuk melihat cara menggunakan Apple Toy ini --> http://bit.ly/1fco9aM

Stok adalah TERHAD.
Harga:

RM40 termasuk pos ke Semenanjung
RM43 termasuk pos ke Sabah/Sarawak

PROMOSI terkini untuk 10 orang pertama
--------------------------------
Kod Kupon <APPLE> ini akan melayakkan anda mendapat PERCUMA 1 Tali Gantung + 3 Battery AAA dengan setiap pembelian Apple Learning Quran.

Untuk Order, PM Kami - KLIK di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop ATAU SMS/Whatsapp 012-6753078 untuk tuntut FREE GIFT tersebut.

(arahan mudah seterusnya akan diberikan)

Dapatkan segera sebelum kehabisan stok ya!

===
Like kami di >> Islamic Kids Shop untuk mendapatkan pelbagai tips menarik dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Ya Allah, kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah. Aamiin..

Post a Comment

 
Top