Assalamualaikum para pembaca. Bagi anda yang dah mencecah usia 40 tahun atau dah meniti usia 40an, mesti perasan yang tenaga tubuh badan dah tak cergas seperti dulu lagi. Kita rasa cepat penat, tak boleh beraktiviti lama-lama, rasa lesu dan asyik tak larat je. Sebenarnya ada banyak faktor yang mempengaruhi, antaranya :
1) Perubahan hormon.
Untuk wanita, pre-menopause boleh menyebabkab perubahan hormon estrogen dan progesteron. Kesannya termasuklah keletihan, moody dan susah tidur.
Untuk lelaki, testosteron mula menurun perlahan-lahan pada usia 30an menyebabkan mereka rasa kurang tenaga dan motivasi.
2) Metabolisme semakin perlahan
Bila usia meningkat, kadar metabolisme kita akan menurun. Badan kita akan kurang menghasilkan tenaga, walaupun kita makan makanan yang sama banyak.
3) Kekurangan nutrisi
Antara punca keletihan adalah ramai yang kekurangan nutrisi zat besi (iron), Vitamin B12, magnesium dan protein. Kekurangan zat-zat ini turut menyebabkan fungsi-fungsi organ tubuh badan pun tak dapat function dengan optimum. Pengepaman darah pun tidak membekalkan oksigen yang mencukupi, menambahkan lagi kelesuan tubuh. Proses menghasilkan tenaga juga tidak cukup dan menyebabkan kita cepat penat.
4) Gaya hidup yang sibuk dan kurang rehat
Beban kerja yang menimbun, menjaga anak sambil mengurus rumah, tak sempat-sempat nak berehat menyebabkan tubuh badan kita bertambah stress dan tidur yang tak mencukupi. Jika kita tidur kurang daripada 6 atau 7 jam sehari, maka kita berpotensi untuk rasa keletihan berpanjangan.
5) Kurang aktiviti fizikal
Gaya hidup dan kesenangan menyebabkan kita pun dah makin kurang bersenam dan beraktiviti outdoor lagi. Bila kurang bersenam, mulalah otot menjadi lemah dan stamina kita akan menurun. Akibatnya, kita buat kerja sikit pun dah rasa penat.
6) Pengaruh emosi dan tekanan
Tekanan kerja, kewangan, hubungan dan sebagainya boleh juga menyebabkan mental burnout — rasa letih sepanjang masa.
7) Masalah kesihatan asas
Ada juga yang mengalami keletihan ini disebabkan masalah kesihatan seperti :
- Anemia
- Hypertiroid
- Kencing manis
- Tekanan darah rendah atau tinggi
- Masalah jantung
Seterusnya, saya ingin kongsikan apa amalan pemakanan harian yang terbaik untuk golongan dewasa 40-an untuk menambahkan tenaga, mengekalkan tenaga dan berasa lebih cergas menjalani kehidupan harian.
👉 Apa yang bagus:
• Sarapan tinggi protein: Telur, Greek yogurt, oat + chia, atau ESP Shaklee.
• Sayur & buah setiap hari: Antioksidan bantu lawan radikal bebas dan naikkan sistem imun.
• Air yang cukup: Dehidrasi pun boleh buat letih. Minum 2–3L sehari.
• Kurangkan gula ringkas dan karbo putih: Ini buat tenaga ‘naik mendadak → turun mendadak’, jadi rasa lemau.
• Ambil lemak sihat: Minyak zaitun, kekacang, avocado – bagus untuk otak dan hormon.
Tetapi jika perubahan diet ini sukar dilakukan, saya cadangkan agar tuan-tuan dan puan-puan dapat add on makanan tambahan yang dapat membantu fill the gap.
Berikut adalah supplement tambahan semulajadi yang dianjurkan untuk golongan dewasa 40-an yang cepat penat :
1) Vivix / ResV
- Antioksidan yang tinggi
- Bantu perbaiki sel yang rosak dan meningkatkan tenaga selular
- Sesuai untuk jaga kesihatan keseluruhan termasuklah jantung, otak dan sendi.
2) ESP (Energizing Soy Protein Isolate Powder)
- Dapat bekalkan tenaga berpanjangan
- Tinggi protein ; bagus untuk menjaga otot, membina otot dan menjaga hormon
- Bantu rasa kenyang lebih lama dan juga mengurangkan kuantiti nasi dalam makanan apabila perut tak rasa lapar sangat.
3) B-Complex with Folic Acid Shaklee
- Lengkap dengan 8 jenis Vitamin B dan asid folik
- Bantu tukar makanan menjadi tenaga
- Kurangkan rasa stress dan mental burnout kerana kebaikannya untuk saraf.
4) Omega Guard (Omega-3 fish oil)
- Anti-radang
- Bagus untuk jantung, otak dan sendi
- Bantu aliran darah yang lebih lancar
5) CoQ-Trol Plus
- Tingkatkan tenaga sel terutamanya jantung
- Sesuai untuk yang mudah letih atau cepat semput.
6) Ostenutrix
- Gabungan kalsium, magnesium dan Vitamin D
- Bantu tidur lena dan melegakan lenguh-lenguh sendi dan otot. Bangun pagi dengan rasa yang lebih segar.
Jom Dapatkan Set Cergas Untuk 40an Shaklee !
Atau ingin terus ke mana-mana branch Shaklee atau HQ Shaklee di Petaling Jaya untuk mendaftar dan mendapatkan produk Shaklee pada harga ahli? Boleh berdaftar dengan nombor Shaklee ID saya : 1143254 (Wan Syahida).
Jangan lupa untuk hubungi saya untuk saya ajarkan cara pemakanan bagi setiap item Shaklee yang anda belikan.
Salam Mesra,
Wan Syahida Kahar (gambar saya bersama Presiden Shaklee Malaysia, Mr. Leong dan Vice President of Marketing, Ee Ling)



Post a Comment