1
Teks : Wan Syahida Kahar
Bismillah.


Assalamualaikum.


Sedar tak sedar, anak saya yang sulung dah pun berusia 4 tahun. Walaupun saya seorang surirumah, saya dan suami tetap membawanya ke sekolah PASTI. Tujuan utama kami hanyalah satu: nak berikan dia ruang untuk bersosial dan berkomunikasi. Satu sebab utama juga adalah kerana anak saya tu gemar berkawan. Mulutnya pun boleh tahan banyak. Sepanjang 8 bulan dia dah ke sekolah, kami lihat dia seronok. Kawan pun ramai kat PASTI tu. Bab pelajaran pun alhamdulillah. Banyak yang dia dah belajar. Paling banyak dan paling ketara adalah ilmu Al-Quran, ilmu Hadis, Doa-doa, Bacaan solat, Wuduk, kemudian belajar menulis, mengeja, dan juga belajar membaca. Memang kami suka dengan pendekatan PASTI tu. Hanya mungkin satu je yang kami tak berapa nampak. Iaitu 'fun & games'. 

Kami faham lumrah kanak-kanak mereka amat suka bermain. Mereka amat suka benda yang berwarna-warni dan banyak melakukan aktiviti menggunakan tangan. Lebih-lebih lagi bermain menggunakan tangan dan jari sambil belajar. Contoh macam buat hand crafts, main-main lukis-lukis, bereka cipta, atau kegiatan homeschool yang lebih banyak pendekatan seronok belajar sambil bermain menggunakan pelbagai peralatan. Kami tak nampak semua tu kat PASTI. Kebanyakan pembelajaran menggunakan buku, pensel, pensel warna. Tu sahaja. Ada juga games sikit-sikit seperti nyanyi-nyanyi dan permainan. Tapi ia tak sama macam aktiviti bereka cipta menggunakan pelbagai alatan warna-warni.

Sebab tu saya bercita-cita untuk melakukan kegiatan Homeschool sebaik sahaja anak saya pulang dari sekolah pada waktu tengah hari. Atau mungkin pada waktu petang-petang setelah anak saya berehat dan bersantai. Saja nak bagi dia elak tidur petang. Sebab nak bawa anak saya pergi ke taman atau padang, saya tak berani sebab saya keseorangan. Anak saya hanya boleh pergi ke luar bermain di padang hanya apabila suami saya sudah kembali daripada kerja. Masa tu dah pukul 6 petang. Jadi di antara waktu 3 petang hingga 6 petang? Saya perlu cari aktiviti yang seronok untuk anak saya untuk elak dia tidur. Sebab kalau dia tidur petang, alamatnya malam nanti dia akan tidur lewat! Susah kan kalau anak tidur lewat? Ini yang saya nak cuba ubah.

Dah lama saya suka perhati dan lihat aktiviti ibu-ibu lain yang sangat-sangat kreatif membuat aktiviti homeschooling dengan anak-anak mereka. Saya ada fikirkan yang saya sukar untuk melakukannya. Mungkin sebab masa tu anak saya yang kedua masih bayi dan selalu perlukan perhatian. Sekarang anak kedua saya dah pun berusia 1 tahun 2 bulan. Jadi saya fikir, anak saya yang ni pun dah boleh mulakan homeschool! Yang ringkas-ringkas la maksud saya :-). Boleh dia join kakak dia..

Setakat ni saya baru je ajak-ajak suami saya untuk mencari meja kecil dan kerusi kecil untuk anak-anak kami. Kemudian saya minta suami belikan juga sebuah rak untuk saya isikan alatan homeschool berdekatan dengan meja dan kerusi kanak-kanak itu. Langkah pertama ini sudah selesai. InsyaAllah saya akan kongsikannya dalam entry yang akan datang ye :-). Masa ni saya masih perlu menyusun buku-buku yang sedia ada dan persiapkan setting yang simple tapi menarik di suatu sudut ruang tamu rumah saya untuk attract anak-anak saya homeschool... :-)

Saya pilih ruang tamu untuk saya sediakan ruang homeschool ini kerana beberapa sebab :
1) Kat ruang tamu saya ada sliding door ke balcony. Jadi ada 'lighting' yang natural daripada luar. Saya letak setting homeschool di situ je.
2) Saya boleh pantau mereka sambil saya makan atau lipat kain ataupun ketika saya sibuk di dapur. 
3) Ruang tamu yang luas untuk mereka bergerak dan beraktiviti. Senang untuk letak barang dan alatan.
4) Ruang tamu ada TV untuk saya mainkan DVD Al-Quran atau apa-apa rancangan yang educative.
5) Anak-anak saya memang selalu bermain di ruang tamu berbanding di bilik tidur :-).

Nantikan entry saya lagi ya... 

Rasa aman je kan macam ni? Ada pintu yang dapat jenguk ke halaman rumah. Ni la natural lighting hehe :-). Mata pun boleh berterapi melihat alam sambil belajar..

Post a Comment

  1. parents adalah guru pertama anak anak. seronok sebenarnya dapat homeschool anak sendiri ni. Yang penting ank enjoy n kna sabar..sabar..n sabar. All the best.

    ReplyDelete

 
Top