1
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillah.

Assalamualaikum. Semoga semua pembaca saya yang budiman sentiasa berada dalam keadaan sihat, ceria, teguh imannya dan bahagia hendaknya.

Lama saya tak update blog. Saya terlalu fokus kepada tugasan-tugasan saya lain. Pada masa yang sama, saya fokus kepada tanggungjawab saya menjaga anak-anak di rumah. Ya, saya seorang surirumah dua anak. Kadang-kala saya amat sibuk dan tak ada masa untuk diri sendiri. Pada hari bekerja isnin hingga jumaat, saya akan sibuk melayan anak-anak dari awal pagi sehinggalah ke lewat malam. Memasak, mengemas, menyuap mereka makan, memandikan, menyiapkan mereka, menenangkan mereka ketika mereka menangis, melayan setiap kehendak mereka dan pelbagai lagi. Pada masa yang sama, saya perlu mencari masa untuk mendobi baju, melipat pakaian dan menggosok baju kerja suami. Selalunya kerja mengemas ni saya langsung tak sempat nak buat. Begitulah sibuknya saya. Nak cuci tandas? Curi-curi sajalah basuh dan pernah sekali saya terus mencuci tandas walaupun anak kecil saya sedang menangis di luar pintu mahu saya mendukungnya. 

Kerja surirumah memang tiada akhirnya. Kadang-kadang terlintas juga alangkah bestnya kalau ada bibik atau pembantu rumah. Tapi itu hanyalah impian yang tak semestinya saya nak. Hanya saya harap saya lebih kuat untuk melakukan semuanya sendiri. 

Pada hujung minggu pula, masa kami banyak dicurahkan dalam melawat ibu bapa. Setiap minggu saya dan suami akan membawa anak-anak kami pulang ke rumah ibu bapa saya atau ibu bapa mertua. Kalau ibu-ibu lain dapat meluangkan masa mengemas atau bergotong-royong membersihkan rumah pada hujung minggu, kami tiada dan saya perlu sentiasa mencuri waktu untuk melakukannya. Tanpa ada suami di sisi kerana kesibukannya bertugas. Kadang-kadang tu balik je walaupun rumah saya tak terurus dan kotor tak bersapu. Tandas tak terbasuh. Dapur tak mop.

Hari ini, orang menyambut Hari Ibu sempena minggu kedua bulan Mei. Meriah ibu-ibu semua mendapat ucapan hari ibu, hadiah dan bunga. Harap suatu hari nanti saya pun dapat macam tu bila anak-anak dah besar nanti. Tak siapa akan faham sejauh mana pengorbanan kita sebagai ibu hatta suami kita sendiri. Tapi saya sentiasa terhibur dengan kata-kata Ustazah Norhafizah. Manusia itu terlalu lemah dalam menghargai. Tapi Allah, awal-awal lagi telah mengangkat darjat seorang ibu dan awal-awal lagi menghargai golongan ibu. Saya pegang kata-kata Ustazah ni selalu terutamanya ketika saya letih, sedih atau stress.

Akhir kalam, Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu. Semoga kita terus diberikan kesihatan yang baik untuk memainkan peranan dan tugas kita sebagai ibu. Percayalah, Allah saja yang mampu membalas segala jerih payah kita sebagai seorang yang bergelar ibu dengan setimpal. Untuk kita, teruskan berkhidmat, teruskan memberi, teruskan bersabar. Hasilnya tentu manis nanti. InsyaAllah. :-)

Post a Comment

  1. "Artikel yang sangat bermanfaat. Saya percaya ramai ibu yang nak amalkan tips ni tapi tak ada masa! Jom, pergi ke website pasal pengurusan masa ibu bekerja yg super sibuk dan nak jadi supermommy. Alhamdulillah, dah beribu-ribu ibu bekerja yang transform dan boleh amalkan parenting dan didik anak2 setiap hari. www.efficient2me.com
    "

    ReplyDelete

 
Top