0
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillah.

Tajuk pun macam nama filem pulak. Sebenarnya terfikir nak ulas tentang patung mainan. Umum mengetahui mainan bayi dan kanak-kanak kebanyakannya berbentuk patung mainan. Yang kanak-kanak yang makin besar contohnya berumur 2 tahun ke 3 tahun pula, dah mula meminati 'figurines' atau patung-patung mainan kecil yang berbentuk karakter dalam filem, kartun, anime, manga dan lain-lain. Tak kira la kanak-kanak lelaki atau perempuan. Yang lelaki suka main dengan patung-patung askar, Spiderman, Superman, X-Men Iron Man, etc. Yang perempuan pula suka main ngan anak patung Barbie doll, Smurfs, teddy bear, Minion, atau apa saja. 

Saya sejak kecil lagi tidak memiliki atau pernah membeli teddy bear. Mujur la saya tak meminati patung teddy bear ni. Suami saya pula sejak awal-awal lagi melarang membeli toys berbentuk patung-patung malah tak sukakannya. Oleh sebab ini, rumah kami hanya dilambakkan dengan buku-buku je kebanyakannya. Anak saya terdedah dengan buku-buku saja. Patung mainan tak dibelikan untuknya. Pernah juga kami dapat hadiah teddy bear untuk anak, tapi kami simpankan dengan elok. Teddy bear tu cantik, comel dan besar juga. Tapi sebab prinsip tak nak dedahkan anak dengan patung mainan, kami tak galakkan anak kami bermain atau terdedah selalu dengannya. Sudahnya kami simpan semula di dalam kotak.

Oh ye. Ada juga patung yang anak saya main. Tapi kami perlu gunakannya untuk ajak anak kami mandi. Anak saya ni memang susah nak ajak mandi. Jadi kami terpaksa jugak belikan toys bentuk ikan, katak, penguin, itik dan yang sewaktu dengannya dan simpan je dalam bilik air sebab nak pujuk anak masuk bilik air dan mandi. Haha. Memang leceh. Tapi dah susah nak mandi, terpaksalah. :-)

Kenapa kami tidak galakkan patung mainan? Salah satunya kerana tak mahu malaikat rahmat enggan memasuki kediaman kami. Sebenarnya tidak la salah untuk simpan patung mainan di rumah. Syaratnya hanya untuk mainan anak-anak dan anak-anak kita bermain dengannya. Jadi tak salah anda belikan patung mainan untk anak. Tapi bagi kami, kami tidak mahu anak kami meminati patung mainan dan terbawa-bawa hingga ke zaman remajanya dan dewasa. Biar lah anak kami lebih meminati buku-buku saja. 

Jangan pula salah anggap hukumnya haram. Boleh saja benarkan anak main. Tapi kalau anak tak main dengannya (contohnya anak dah besar ke apa ke kan), jadi eloklah jangan disimpan lagi mainan tu di rumah. Kalau kita simpan patung di rumah dengan sengaja (tiada tujuan untuk anak main), hukumnya jadi haram. Akibatnya malaikat rahmat pun tak nak masuk ke rumah kita. Naudzubillahi minzaalik.

Semoga kita sama-sama diredhai Allah. :-)

Post a Comment

 
Top