2
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillah.

Assalamualaikum. Lama tak berupdate blog saya ni. Beberapa minggu ni internet data kami telah limited dan internet menjadi sangat-sangat slow menyebabkan saya tidak dapat online dan membuat kerja-kerja yang saya perlu lakukan. Alhamdulillah minggu ni dah okay. :-) Kini saya kembali menulis.. :-)

Pejam celik dah nak berakhir pun bulan Februari ni. Antara kejayaan yang saya bangga dengan diri saya sendiri dan berasa amat bersyukur kepada Allah yang Maha Pengasih adalah keupayaan saya mengajar anak saya yang berusia 2 tahun 7 bulan menghafal surah-surah pendek dalam Juz Amma. Sehingga ke tarikh ini, anak saya dah pun berjaya menghafal 8 buah surah. Hanya Surah Al-Falaq dan An-Naas yang tak berapa nak lancar sangat sebab rhyme dia yang lebih kurang menyebabkan anak saya mudah terkeliru dan salah baca. Yang lain-lain memang ok. Kadang-kadang kelakar dan terasa ajaib juga bila ada surah yang senang sangat nak ajar, ada surah yang lebih susah nak ajar. Contohnya Surah Al-Masad dan Surah An-Nasr saya ambil masa 2-3 hari je untuk melancarkan hafalan anak saya tu. Tak susah pun sebenarnya. Serius!! Hanya berikan dia peluang untuk mengikut baca dan ulang beberapa kali, kemudian dia akan automatic hafal sendiri. Kecuali surah-surah yang susah baginya seperti Surah An-Naas dan Al-Falaq sebab rhyme yang lebih kurang seperti yang saya beritahu tadi. Begitu juga dengan Surah Al-Kaafiruun. Rhyme belakang yang lebih kurang memang macam susah sikit. Memang kena usaha lebih la! Tapi lepas berusaha dan bila berjaya, seronok sangat. 

Saya bukannya pandai sangat. Tapi saya harap usaha kecil ini dapat menjadi amal jariah saya kepada anak saya. Saya suka nak ingat akan hadis Rasulullah S.A.W. mengenai orang yang paling bagus adalah orang yang mengajarkan orang lain Al-Quran...

Moga anda juga para ibu bapa bersemangat untuk mengajar anak-anak anda menghafal Al-Quran.. Time anak-anak kita kecil usia prasekolah la waktu yang paling sesuai untuk mula mengajar menghafal. Sebab apa? Sebab bila dia dah masuk ke taska, tadika, apatah lagi ke sekolah rendah dan menengah, dia akan sibuk pula dengan pendidikan dan ilmu-ilmu lain.... Usia 0-5 tahun juga dikatakan 'golden years' di mana otak anak-anak sangat fresh dan sangat-sangat mudah menyerap segala yang dia dengar. Jadi, jangan sampai terlambat ya ibu-ibu dan bapa-bapa. Saya yang tak pandai sangat dalam bidang Al-Quran ni pun boleh, apatah lagi orang lain yang jauh lebih hebat... 

Anak-anak soleh dan solehah, jaminan syurga buat ibu dan ayah...

Post a Comment

  1. SLM..menarik artikel akk..btw cmna nk ajar hafal srh pendek?..akk psng cd al-al-quran tu ke?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummunur... Maaf ya lambat sangat reply.. Tak menyempat.. Akak just baca setiap ayat satu persatu dan anak akan ikut baca. Buat berulang kali supaya anak berulang kali baca dan akhirnya dia boleh hafal. :-)
      Pasang CD ya juga kadang2 di dalam kereta, guna Apple Toy Learning Machine ataupun di handphone.

      Delete

 
Top