0
Sempena cuti hujung minggu yang panjang yang lepas, rata-rata ibu bapa mengambil kesempatan membawa anak-anak berjalan dan beraktiviti pada hujung minggu yang panjang.

Namun disebabkan cuaca yang terlebih panas pada beberapa minggu kebelakangan ini, hati-hati dalam memilih masa untuk beraktiviti luar. Sebab kalau terlalu banyak terdedah kepada kepanasan matahari di luar, dibimbangi anak-anak akan mendapat demam. Terkena hujan juga berbahaya kerana dikhuatiri akan mendapat selsema dan demam.

Bagi saya dan suami, kami suka memilih untuk beraktiviti luar pada waktu pagi dan petang. Sekiranya tengah hari, kami banyak pergi ke tempat-tempat indoor sahaja.

Pada entry kali ni, ingin saya kongsikan tempat yang menarik di Putrajaya iaitu Taman Saujana Hijau. Taman Saujana Hijau yang terletak di Presint 11 ni tak berapa mudah dicari sebab signboardnya tak banyak. Jalan menuju ke parking lot nya juga agak terlindung. Kami kenal tempat ni apabila kakak yang ceritakan.

Kami ke sana sebab khabarnya di sana pemandangannya sangat-sangat cantik macam kat oversea. Di sana kita boleh bersenam, ada trek untuk joging, boleh berbasikal, boleh berpiknik atau nak jalan-jalan ambil angin je. Selalu juga nampak orang buat photoshoot. Tak kira la modelling untuk pakaian ataupun wedding photoshoot. Memang tempat ni sangat cantik dan amat sesuai untuk menangkap-nangkap gambar. Bagi penggemar photography, boleh juga singgah ke sini untuk dapatkan photo shots pemandangan alam yang indah dan damai..

Pemandangan di Taman Saujana Hijau, Presint 11 Putrajaya

Taman Saujana Hijau adalah tempat pelancongan menarik seluas 41 hektar yang terdiri daripada bukit-bukau di sudut barat laut Presint 11 Putrajaya.

Landskapnya berbeza daripada taman-taman lain di Putrajaya kerana terdapat lebih banyak pokok pain dan pokok konifer lain yang kurang tropikal.
 
Antara perkara yang paling menarik di sana adalah taman yang mengikut tema. Taman ini dibahagikan kepada 3 zon; Taman Eropah, Taman Oriental dan Taman Inggeris (Bustan Eropa, Bustan Oriental dan Bustan Inggeris).

Taman Eropah




Kawasan ini terletak di tempat tertinggi di antara ketiga-tiga bukit dan memberikan pemandangan Putrajaya yang sangat baik. Dengan ruang yang luas, ada suasana Mediterranean di sini yang terdiri daripada pohon cemara dan denai hutan.

Taman Oriental





Bahagian ini mempunyai taman berkonsepkan negara Cina dan mempunyai lebih banyak pohonan tropika.

Taman Inggeris






Konsep taman Inggeris terdiri daripada gazebo menarik dikelilingi oleh bunga-bungaan yang berwarna-warni. Hanya cuaca sahaja yang berbeza daripada England yang sebenar!

Kalau anda ke sana, mesti kena prepare camera tau. Sebab tempatnya memang cantik. Ni ada sedikit kenangan saya bersama keluarga saya... :-)

Jadi ada masa pergi la ke Taman Saujana Hijau Putrajaya ni... Mesti best :P



Kemasukan Taman Saujana Hijau Putrajaya ni adalah percuma dan taman ni dibuka pada waktu siang je tau.


Post a Comment

 
Top