0

Anda pernah dengar tentang penyakit Bells Palsy? Ia boleh menyerang secara tiba-tiba. 

Baca perkongsian daripada seorang pesakit Bells Palsy yang pernah terkena.
"alhamdullilah

2 oct 2015

Saya bangun sebelah muka da jatuh

Xbole senyum
Mata x bole tutup
Air mata mengalir macam menangis
Sakit
Rasa tegang je

Dr sahkan saya diserang bellpalsy
Bukan STROKE
tapi kelemahan sebelah otot muke

Saya di steroid

Punca UNKNOWN
Tapi maybe sebab saya menyusukan dan baru lepas bersalin

Saya tidak mengambil sebarang steroid lagi selepas tu..

Consume SPECIAL DOSE vivix
Dan consume
Omega guard
Bcomplex
Vitamin E
dgn extreme

Saya juga menjalani fisioterapi

Alhamdullilah selepas 90hari
Saya diberi kesempatan SENYUM kembali

Share la
Saya izinkan
Kalau ade ahli keluarga / sahabat handai yg mengalami berikan support
Ia bukan mudah seperti dijangka

Saya dan sahabat #bellpalsy sahaja yg tahu apa yg kami rasa..
Actually its more to self confidence / esteem
Tapi serius is MANIS untuk diingati
Dalam calender kehidupan
Hadiah dari Allah
Harap ia menghapus dosa2..."

====

Apa itu Bell’s Palsy?

Menurut, Dr. Loganathan, Bell’s palsy adalah satu penyakit kelumpuhan muka idiopatik (tidak diketahui punca) akibat disfungsi saraf tengkorak VII (saraf muka) yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka pada bahagian yang terjejas.

“Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kelumpuhan muka contohnya ketumbuhan otak, strok dan penyakit Lyme. Namun jika tiada sebab dan berlaku kelumpuhan, maka ia dipanggil Bell’s palsy,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut katanya, pesakit yang mengalami strok biasanya mengakibatkan bukan sahaja kelumpuhan pada wajah malah tangan dan beberapa anggota badan yang lain turut terjejas. Berbeza dengan Bell’s palsy di mana pesakitnya hanya mengalami lumpuh muka yang bukan berpunca daripada tekanan darah tinggi, diabetes atau sebagainya.

Menurut beliau, nama Bell’s palsy diberi sempena pakar anatomi Scotland Charles Bell yang pertama kali menggambarkan keadaan tersebut sebagai penyakit mononeuropati akut (penyakit yang melibatkan satu saraf).

Biasanya, ia berlaku secara tiba-tiba secara separa namun dalam kes tertentu (peratusan rendah) ia boleh melibatkan kelumpuhan kedua-dua belah muka.

Jelasnya, punca yang kurang dikenalpasti mungkin disebabkan radang akibat jangkitan viral seperti herpes yang menyebabkan saraf muka menjadi bengkak. Saraf tersebut, katanya, bergerak melalui tengkorak dalam saluran tulang kecil di bawah telinga.

Disebabkan ia membengkak dan mampat dalam saluran tulang yang sempit, dipercayai keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan atau perencatan pada saraf tersebut.

“Namun itu hanya sebahagian daripada punca yang dikenalpasti kerana punca sebenar tidak diketahui,” katanya.

Selain itu kata beliau, beberapa punca mungkin mempunyai kaitan dengan serangan Bell’s palsy seperti trauma, faktor sekeliling, emosi dan metabolik tidak stabil.

Simptom dan petanda

Dr. Loganathan berkata, Bell’s palsy dikenalpasti melalui bentuk muka seakan jatuh sebelah. Kegagalan saraf VII berfungsi menyebabkan mata pesakit tidak boleh dikerdip dan tutup, senyuman dan pergerakan bibir terganggu, lidah mengeras, kening juga seperti berkerut dan terangkat, air liur meleleh dan hidung seakan terjatuh pada bahagian yang terjejas.

Kata beliau, sesetengah pesakit boleh merasai kelainan pada wajahnya beberapa hari sebelum diserang Bell’s palsy seperti rasa kebas, sakit bahagian telinga dan rasa kelainan pada lidah.

Perkara tersebut, katanya, diberitahu oleh pesakit yang pernah mengalami serangan penyakit itu dan ia berulang berkali-kali.

“Ada pesakit yang mengalaminya lebih daripada tiga kali walaupun keadaan wajahnya sudah kembali seperti normal,” kata beliau.

Biasanya, kata Dr. Loganathan, Bell’s palsy menyerang secara random di kalangan mereka yang berusia, wanita selepas bersalin atau ketika kedatangan haid, remaja dan mereka yang mengalami stres. Malah, katanya, ada juga kes yang berlaku di kalangan kanak-kanak namun peratusannya sangat rendah.

“Serangan boleh dikelaskan kepada gred tertentu daripada sederhana hingga teruk dan segelintir mengalami kelumpuhan kedua-dua belah bahagian (hanya satu peratus),” kata beliau.

Artikel Penuh di Utusan Online

==
Adakah anda mahu sekiranya di'steroid'? Apatah lagi sekiranya anda sedang menyusukan anak anda?

Pasti anda tidak sanggup. (Steroid akan memberikan kesan sampingan. Sila bertanya kepada doktor anda). Hidup pula amat tertekan. Pesakit Bells Palsy selalunya akan berasa sangat stress. Tidak berani untuk keluar dari rumah dengan keadaan muka yang tidak sempurna malah pesakit akan berasa sangat kurang keyakinan diri. Pasti ini mengganggu aktiviti seharian anda. Tak kira lah di rumah mahupun di mana-mana.

Bagaimanakah pesakit Bells Palsy dapat dibantu? Lakukan rawatan fisiologi di samping mengamalkan supplemen kesihatan seperti  Vivix, B-Complex, Vitamin E dan Omega Guard bagi membantu tubuh badan anda kembali pulih. Teruskan mendapat sokongan daripada orang sekeliling agar mendapat semula keyakinan diri. Kami sebagai orang awam pula harus mengambil tahu tentang penyakit ini agar kita turut memahami keadaan dan perasaan orang yang menderita penyakit Bells Palsy ini.

Atau ingin menjadi ahli Shaklee terus untuk menikmati harga ahli yang jauh lebih menjimatkan?
Seorang pengedar Shaklee perlu bantu daftarkan anda. Anda hanya perlu membayar yuran keahlian pendaftaran sebanyak RM80 seumur hidup (RM70 + RM10 untuk kos penghantaran membership kit). Jadi, hubungi saya terus untuk saya bantu daftarkan keahlian anda untuk seumur hidup. Saya sedia membantu :-).
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjaga pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:

KONSULTASI PERCUMA
HARGA ISTIMEWA dan
PELUANG BISNES bersama SHAKLEE !!
Wan Syahida
Shaklee ID: 1143254
012-6753078 (SMS/Whatsapp)

Post a Comment

 
Top