0
Bismillah.

Bilakah masa yang sesuai untuk memperkenalkan anak-anak dengan aktiviti menulis? Pada usia anak-anak 2 hingga 3 tahun, kebanyakan mereka masih gemar menconteng dan melukis menggunakan pen atau pensel dengan cara menggenggam kerana mereka masih tidak tahu bagaimana hendak memegangnya dengan betul. Biarpun mereka hanya menconteng-conteng, mereka sebenarnya sedang cuba untuk menjadi kreatif. Mereka baru sahaja menemui kebolehan pen dan pensel warna menghasilkan bentuk-bentuk di atas kertas. Oleh itu, benarkan anak-anak anda mencuba dan mengeksplorasi kebolehannya dan membentuk kemahirannya dengan sendiri agar mereka dapat melatih rasa yakin pada diri.

Di antara kaedah yang paling penting anak-anak anda sedang menjadi kreatif adalah dengan mengeksperimen bahan-bahan melukis dan mewarna seperti pensil, pensil warna, krayon, oil pastel, water colour, whiteboard marker pen dan alatan 'art' yang lain. Di samping anak-anak mencuba alatan ini, ibu bapa boleh cuba melakukan latihan-latihan yang dapat memperkuatkan otot anak-anak yang masih kecil ini. 

Di antara latihan atau aktiviti yang mungkin boleh cuba dilakukan oleh anak-anak antaranya adalah :

1) Mencuba memasukkan duit syiling ke dalam tabung.
2) Bermain plastisin atau play-dough.
3) Bermain blocks.
4) Cuba menangkap bola.
5) Cuba mengalihkan barang-barang kecil atau mainan daripada satu bekas ke satu bekas yang lain.
6) Menghubungkan titik-titik agar membentukkan suatu objek.

Berikan anak-anak anda menggunakan pensil warna dan krayon yang tebal agar tidak mudah patah dan whiteboar marker pen yang boleh menulis dan dipadam semula dengan mudah agar mereka dapat melukis dengan berulang kali dan memudahkan kerja anda (tidak perlu berulang kali membeli pensel warna dan krayon yang kerap patah).

Teruskan menggalakkan anak-anak anda mencuba dan mengeksperimen dengan bebas. Anda tidak perlu meletakkan sebarang peraturan atau had kepada mereka. Sekiranya mereka telah melukis sesuatu dan menunjukkan kepada anda, berikan perhatian yang serius kepadanya dan berikan pujian yang membina agar mereka terus berminat untuk mencuba. Pada usia emas mereka begini, sikap ingin mencuba adalah penting dan ibu bapa tidak harus mematikan perasaan ingin tahu mereka itu. Setelah mereka berjaya melukis, tayangkan lukisan mereka di tempat awam agar mereka merasa diri mereka penting dan dihargai. 

Semoga dengan tips yang diberikan ini, ibu bapa dapat terus merangsang anak-anak untuk mencuba menjadi kreatif dan akhirnya menjadi anak yang menjadi mahir menulis menggunakan tangannya.

Islamic Kids Shop ada menawarkan Set 8 Buku Boleh Tulis dan Padam yang amat sesuai untuk anak-anak yang baru hendak belajar menulis. Juga terdapat Flash Card Marker yang merupakan kad-kad imbasan yang tebal dan besar yang mana anak-anak anda boleh belajar menulis.

1. Set 8 Buku Boleh Tulis dan Padam
- FREE 3 white board marker
- FREE 4 buku mewarna




 

Harga : RM 55 (tidak termasuk kos penghantaran)

Senarai tajuk yang ada:

1. Mari Belajar Menulis Abjad huruf kecil
2. Mari Belajar Menulis Abjad Huruf besar
3. Mari Belajar Menulis Nombor, Bentuk dan Warna
4. Mari Belajar Menulis Badan Saya
5. Mari Belajar Menulis Binatang
6. Mari Belajar Menulis Kenderaan
7. Mari Belajar Menulis Buah-Buahan dan Sayuran
8. Mari Belajar Menulis Jawi

2. Koleksi 3 Kad Imbasan
- FREE Buku Siri Seronoknya Membaca dan Mewarna Jawi






Harga : RM 30 (tidak termasuk kos penghantaran)

Kad Imbas jawi terdapat 18kad,
Kad Imbas abc terdapat 25 kad,
Kad Imbas nombor terdapat 16 kad.

Semua kad bercetak depan dan belakang.
Kertas keras, boleh tulis dan padam atas kad.
Percuma whiteboard marker untuk semua jenis flashcard.
Saiz: 125mm x 87mm

Untuk kedua-dua produk ini, anak anak boleh belajar mengenal alif ba ta, mengenal abc, mengenal 123 dan lain-lain. Anak-anak juga boleh belajar menulis dengan menggunakan marker pen yang diberi dan tulis di atas flashcard dan buku dan padam semula. Anak-anak tentu suka.

Untuk sebarang order dan maklumat penghantaran, boleh PM kami dahulu di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop atau SMS/Whatsapp di 012-6753078.

Like kami di Facebook Fanpage : Islamic Kids Shop untuk melihat lebih banyak lagi produk menarik dalma pendidikan awal kanak-kanak.

Post a Comment

 
Top