0
Bismillah.

Sebaik sahaja seorang ibu melahirkan seorang bayi, tentunya si ibu mula berminat untuk mencari bahan-bahan yang sesuai untuk dijadikan bahan mainan kepada si comel mereka terutamanya bahan mainan yang dapat menambahkan kepintaran bayi dengan cara merangsang penglihatan, sentuhan dan pergerakan motor bayi, seterusnya membantu tumbesaran bayi yang bijak dan sihat.

Daya upaya bayi untuk menyentuh, memegang dan merasa adalah suatu kemahiran yang boleh dirangsang dan ia adalah kemahiran yang berkembang secara beterusan. Adalah baik jika ibu bapa cuba menggalakkan deria sentuhan bayi ini.
Bagaimana?

Kain fabrik yang berwarna warni dapat membantu merangsang deria penglihatan dan kemahiran sentuhan bayi anda.

Mengapa pula kain fabrik?

Ini adalah kerana daya ketahanan kain yang tidak mudah rosak atau koyak malah mudah dibasuh dan digunakan berkali-kali oleh anda dan bayi. Kain fabrik atau lebih popular dikenali sebagai soft books ini telah lama menjadi pilihan yang popular sebagai alat mainan bayi dan sesuai dijadikan sebagai bahan pendidikan awal kanak-kanak.

Soft books yang bagus adalah yang berwarna-warni serta mempunyai kontra warna yang tinggi agar si bayi dapat mencuba untuk mengenal pasti dan membezakannya. Aktiviti ini adalah baik untuk merangsang otak bayi agar menghasilkan lebih banyak sinaps dan sel otak yang menjadikan mereka bertambah bijak. Apa-apa sahaja yang bayi anda lihat, dengar atau sentuh juga akan dapat mudah diserap masuk ke dalam memori bayi.

Berikan kebebasan kepada bayi anda untuk menggunakan kemahiran motor mereka dengan memegang softbooks ini. Anda secara tidak langsung dapat melatih bayi anda untuk fokus, membolehkan mereka melatih koordinasi tangan dan mata mereka dan menggalakkan bayi memegang, menyentuh dan merasa. Pengalaman belajar sambil bermain ini pasti dapat memberikan keseronokan kepada bayi. Lebih-lebih lagi, kanak-kanak sememangnya belajar daripada bermain.

Di sini, Islamic Kids Shop ada membekalkan Pakej Softbook Bayi Bijak yang terdiri daripada softbooks Alif to Ya, Mengenal Abjad dan Mengenal Angka. Anda pasti sukakannya, begitu juga dengan si comel anda.
Setiap satu berharga RM35. Jika anda membeli secara pakej, harganya cuma RM100 termasuk kos pos laju ke Semenanjung Malaysia. Softbooks ini adalah antara produk pendidikan yang paling laris. Jadi jangan berlengah untuk mendapatkannya kerana stok sentiasa berkurang dengan cepat.












Softbooks ini merupakan buku berbentuk kain yang ringan, lembut, tidak mudah koyak, mudah dibasuh tangan dan yang paling penting, ia adalah selamat untuk bayi. Ia juga boleh dijadikan bantal.

Untuk sebarang order dan maklumat penghantaran, boleh PM kami dahulu di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop atau SMS/Whatsapp di 012-6753078 .

Like kami di Facebook Fanpage : Islamic Kids Shop untuk melihat lebih banyak lagi produk menarik dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Post a Comment

 
Top