0
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillahirrahmanirrahim.

Anak-anak kita boleh dirangsang otaknya agar membesar dengan lebih bijak. Tak ada istilah terlalu awal untuk kita membantu bayi menjadi insan yang berintelektual. Di sini saya cuba senaraikan 8 cara uuntuk merangsang bayi yang lebih bijak dengan persekitaran bayi dalam kandungan yang baik, memberi khasiat dengan pemakanan, memberi kasih sayang dan perhatian serta rangsangan muzik dan permainan.

1. Permulaan kandungan yang baik

Menghirup atau memakan sesuatu yang dipanggil neurotoxins seperti asap rokok, alkohol berlebihan dan dadah berbahaya boleh memberi kerosakan kepada perkembangan otak dan meningkatkan risiko seseorang kanak-kanak menghadapi masalah pembelajaran dan tingkah laku. Oleh itu, sekiranya anda inginkan bayi yang sihat dan bijak, jauhkan dari neurotoxins ini. Diet yang sihat juga adalah amat penting. Lebih banyak seseorang ibu membekalkan nutrien-nutrien penting untuk dirinya, lebih baik jugalah otak bayinya akan berkembang di dalam janin.

2. Permulaan nutrisi yang baik

Menyusu badan setelah anak dilahirkan akan membantu otak bayi berkembang lebih bijak. Bayi yang disusukan dengan susu ibu akan menyusu dengan lebih kerap berbanding dengan bayi yang disusukan dengan susu formula yang biasanya disusukan mengikut jadual yang tetap. Bayi yang kerap disusui dengan susu ibu juga akan lebih kerap disentuh, dipegang, didukung, dipeluk dan berinteraksi dengan lebih kerap. Lebih 11 kajian saintifik telah membuktikan bahawa bayi yang meminum susu ibu adalah lebih bijak. Dan lebih kerap dan lama bayi disusukan, lebih besar kelebihannya untuk perkembangan daya intelektual bayi.

3. Mendukung bayi dengan baby-carrier

Bayi yang lebih kerap didukung akan kurang menangis dan lebih banyak masanya digunakan untuk membesar dan belajar. Bayi yang didukung akan lebih senyap dan peka terhadap sekelilingnya. Waktu ini adalah waktu yang terbaik untuk bayi berinteraksi dengan persekitarannya. Antara kaedah yang baik mendukung anak adalah dengan memakai 'baby-sling'. Terdapat kajian menunjukkan bayi yang didukung menunjukkan peningkatan kepekaan visual dan pendengaran. Bayi juga akan mendapat pemandangan persekitaran yang lebih baik apabila didukung dan dia berupaya melihat ke sekeliling. Bayi akan memilih untuk melihat apa yang diingininya dan menoleh daripada apa yang tidak diingininya. Keupayaan bayi membuat pilihan apa yang ingin dilihatnya ini juga merangsang pembelajarannya.

Otak bayi juga membesar dan berkembang mengikut rangsangan dari sekelilingnya yang merangsang sel-sel otaknya untuk bercabang dan berhubung dengan sel-sel otak yang lain. Bayi juga sebenarnya boleh banyak belajar di bawah jagaan pengasuh yang sibuk. Ini disebabkan bayi sentiasa terdedah dengan apa yang pengasuhnya buat atau katakan. Otak bayi akan merekod dan menyimpan pengalaman-pengalaman yang dilihatnya selalu di rumah pengasuh dan pengalaman ini akan bermain di fikirannya secara berulang-ulang.

4. Percakapan

Bagaimana anda bercakap dengan bayi anda memberikan pengaruh yang besar kepada perkembangan otak bayi anda. Dan di sinilah pada kebiasaannya para ibu yang lebih mendominasi. Ibu tidak perlu belajar untuk bercakap dengan bayi kerana secara semulajadinya ibu akan berinteraksi dengan bayi menggunakan nada dan intonasi yang pelbagai dan menarik; tinggi dan rendah, kuat dan perlahan, laju dan perlahan, menekankan bunyi tertentu berserta dengan mimik muka yang pelbagai. Bagaimana seorang ibu itu bercakap adalah lebih penting daripada apa yang dia cakapkan.
Walaupun anda merasakan seperti bercakap seorang diri apabila berinteraksi dengan bayi, anda secara semulajadinya membayangkan seolah-olah anda berdialog dengan bayi anda. Ini adalah pelajaran terawal bayi dalam percakapan dan membentuk keupayaan bayi untuk mendengar. Bayi akan merekod dan menyimpan pengalaman ini dan mengingatkannya kembali apabila sudah bermula bercakap nanti.

5. Memberi respon

Bukan sahaja apa yang anda cakapkan kepada bayi, tetapi bagaimana anda mendengar boleh membantu merangsang bayi yang bijak. Banyak kajian menunjukkan perangsang terbaik kepada perkembangan otak bayi adalah kualiti pergantungan antara bayi dan penjaga serta respon yang kita berikan terhadap bayi apabila bayi memberikan tanda-tanda mahukan perhatian. Kekerapan sentuhan dan respon yang diberikan ibu bapa kepada bayi juga akan menggalakkan perkembangan otak bayi.
Tiada bukti yang menunjukkan bahawa permainan yang cantik dan mahal atau kelas-kelas yang mahal menyebabkan bayi lebih bijak. Ketika para pengkaji mengkaji pengaruh permainan dan program kepada perkembangan bayi, peranan ibu tetap memenangi tempat pertama yang mempengaruhi kecerdikan bayi. Oleh itu, perhubungan antara bayi dan ibu menjadi pengaruh pertama perkembangan otak bayi.

6. Musik yang didengarkan kepada bayi

Musik boleh menyebabkan bayi lebih tenang dan kemungkinannya lebih bijak. Terdapat penemuan bahawa bayi pramatang yang diperdengarkan dengan muzik klasik kelihatan membesar dengan lebih baik dan positif. Para doktor telah memberikan teori bahawa muzik memberikan kesan ketenangan dengan menstimulasikan hormon endorphin.

7. Permainan

Bagi kanak-kanak, bermain dan belajar adalah perkara yang sama. Bayi yang bijak belajar tentang dunia di sekelilingnya dengan bermain dan ibu bapa boleh mengetahui tentang apa yang difikirkan anak mereka dengan melihat mereka bermain. Dengan melihat dan bermain bersama bayi, ibu bapa boleh mengesan keupayaan membuat keputusan bayi dan kebolehan menyelesaikan masalah yang bermain di minda bayi mereka. Permainan yang bayi mainkan boleh menstimulasi sel-sel otak bayi dan menyebabkan sel-sel otaknya berhubung.

8. Alat permainan yang merangsang otak bayi

Interaksi, dan bukannya barang mainan yang membina otak yang bijak. Oleh itu, barang mainan adalah faktor kecil kepada perkembangan otak bayi anda, manakala hubungan anda dengan bayi anda adalah perangsang yang paling utama. Secara asasnya, bayi perlu dirangsang melalui pancainderanya sebanyak yang mungkin, supaya bayi boleh melihat, mendengar, merasa dan buat sesuatu dengan barang mainannya. Oleh itu, ibu bapa tetap memainkan peranan yang paling utama untuk merangsang bayi mereka.

Antara permainan murah dan baik untuk menstimulasi otak bayi pada usia setahun awal mereka:

- Objek yang digantung atau 'mobiles'
- Mainan yang oleh dipegang seperti 'rattles', telefon mainan (yang boleh ditekan-tekan seperti telefon), cermin yang tidak pecah
- Mainan yang mempunyai kontra warna yang tinggi menggunakan warna asas, seperti hitam dan putih dengan corak kotak-kotak atau bulat.
- Buku kain atau cloth books/soft books
- Mainan yang berbunyi apabila dipicit
- Mainan blok dan bola
- Mainan yang boleh dipegang dan digerakkan seperti 'rings'


=======
Pakej Softbooks untuk Bayi, terutamanya yang berusia 0-2 tahun.. Kini ada design baru!!

Ada softbook ABC, Alif Ba Ta dan 123. Memang sesuai sangat untuk kita tunjukkan kepada si comel kita. 

Di atas permintaan ramai, kini design dah diperbaharui dengan rupa yang lebih menarik. Sebelum ni pun Pakej Softbook ni cepat saja sold out dan perlu direstock semula.

















Kenapa perlu belikan softbooks kepada bayi anda?

Yang pastinya kita perlu rangsang otak bayi kita dengan deria rasa, mata serta telinga agar bayi kita menjadi lebih bijak. Bagaimana? Softbooks ini bersifat lembut dan ringan, mudah bagi bayi anda pegang dan malah ia selamat untuk digigit. Galakkan bayi anda untuk memegang dan meramas buku serta membelek-belek helaian agar dia melatih tangan serta jarinya. Imej-imej yang warna-warni dapat merangsang deria penglihatan anak untuk membezakan warna-warna yang kontra. Pengenalan kepada huruf-huruf ABC, Alif Ba Ta dan 123 juga adalah baik untuk bayi anda. Ibu bapa juga boleh bacakan buku ini kepada bayi dengan pelbagai ton suara agar bayi anda berminat dan seronok. Memperkenalkan anak dengan buku pada usia bayi dapat menggalakkan minat bayi anda kepada buku pada masa hadapan.

Harga : RM100 termasuk kos Pos Laju untuk 3 softbooks (ABC, Alif Ba Ta dan 123).

Untuk Order, PM Kami - KLIK di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop ATAU SMS/Whatsapp 012-6753078.

Dapatkan segera sebelum kehabisan stok ya!
===
Like kami di >> Islamic Kids Shop untuk mendapatkan pelbagai tips menarik dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Ya Allah, kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah. Aamiin..

Post a Comment

 
Top