0
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Ibu bapa yang mempunyai anak berusia 2 tahun ke atas tentu biasa mengalami situasi anak meragam. Jangan resah kerana ini adalah perkara yang sangat normal. Orang Mat salleh panggil ia 'the terrible twos'. Bukan anda je yang mengalaminya. Semua ibu bapa pun sama jugak :-)

Hal ini terjadi sebenarnya kerana anak-anak pada usia ini mula mempunyai kemahuan yang tinggi dan mereka menjadi 'egosentrik'. Mereka tak hirau orang lain atau kepentingan orang lain. Yang mereka fokuskan hanya diri mereka sendiri. Jadi tak boleh lah kita terlalu memarahi mereka atau menyalahkan mereka atas perilaku mementingkan diri mereka sendiri tu. Contohnya jika anak-anak kita bermain dengan kanak-kanak 2-3 tahun yang lain, anak kita tidak akan membenarkan alat permainannya diberikan kepada orang lain dan tak mahu berkongsi. Jangan salah anggap yang anak kita tamak atau kedekut. Sebenarnya itu adalah perkembangan normal bayi. Mereka juga sedang belajar untuk berdikari dan melakukan segala perkara sendiri. Lebih-lebih lagi pada usia itu mereka sudah semakin berminat untuk 'explore'.

Anak meragam kerana beberapa perkara : lapar, mengantuk, penat, tidak selesa, panas atau inginkan perhatian. Sekiranya anak anda mengamuk, pastikan adakah sebenarnya dia tak makan apa-apa lagi, adakah dah tiba waktu untuk dia tidur, adakah dia dah penat bermain atau berjalan, adakah badannya tak selesa kerana cuaca panas, adakah dia dah lama bermain seorang diri atau tiada teman bermain atau sebagainya. Kemudian, barulah lihat sama ada dia betul-betul marahkan sesuatu perkara itu atau tidak dan dia tantrum disebabkan perkara itu. Biasanya sebab-sebab anak meragam tadi yang menjadi asbab kepada kemarahan anak kita. Jadi bersabarlah ibu bapa. Berikut ada beberapa tips :-)

Panduan Hadapi Anak Mengamuk

1) Alihkan perhatian anak kita
Cuba tarik perhatian anak kita dengan menunjukkan permainan yang lebih best daripada yang sedia ada. Atau tunjukkan objek-objek yang boleh menarik perhatian anak kita yang dia sukai. Kalau anak saya, dia meragam nakkan sesuatu, perkara-perkara yang boleh alihkan perhatian dia adalah rama-rama, kucing, aeroplane dan mungkin coklat. Kadang-kadang jelly pun boleh jalan sebab itu yang dia suka. Keropok, kerepek, telur rebus, rancangan TV kartun yang dia suka macam Dora atau Bijak Bahasa. Tapi semuanya bergantung kepada mood juga. Jadi ibu bapa pun kena bijak 'tackle' anak.

2) Jangan Mengikut Kehendaknya
Anak biasanya meragam kerana mereka tahu cara itu akan menyebabkan mereka dapat apa yang mereka inginkan. Cuba elakkan daripada mengikuti kehendaknya kerana sekali anda ikuti kehendak mereka, mereka akan menggunakan taktik yang sama lagi dan meragam lebih lama lagi sampai lah anda ikuti permintaan mereka. Pujuk mereka yang anda akan tunaikan pada hari yang lain. Atau pujuk mereka supaya dengar cakap ibu ayah dulu, baru nanti ibu ayah tunaikan.

3) Elakkan Memarahi atau Menjerit
Perkara ini tidak akan membantu anak berhenti meragam malah menambahkan kemarahannya. Ibu bapa harus belajar untuk bertenang dengan memahami kenapa anak-anak kita meragam. Kasihanilah anak kita yang meragam mungkin kerana dah tiba waktu dia tidur. Salah kita yang tak prepare untuk anak kita tidur bila tiba masanya. Mungkin anak kita meragam kerana lapar. Salah kita yang tak memastikan anak kita kenyang. Mungkin anak kita meragam kerana penat dan salah kita yang bawak dia jalan lama-lama dan tidak menghiraukan kepenatannya. Kalau kronik sangat anak meragam, peluk anak dan dukung, bawa ke tempat lain. Antara kaedah yang baik adalah peluk hingga anak reda. Pujuk, puji, alihkan perhatian dan jangan marah.

4)  Jangan pedulikan
Kadang-kadang, membiarkan sahaja anak meragam adalah ubat yang mujarab. Seperti yang diterangkan oleh Dr. Hugh Jolly dalam bukunya, A Book of Child Care. Namun pastikan anak anda selamat kerana adakalanya ada anak yang bertindak mencederakan diri sendiri atau melakukan sendiri apa yang dimahukannya sedangkan perbuatan itu adalah berbahaya. 

5) Apabila anak sudah berhenti mengamuk
Cuba terangkan kepada anak kenapa permintaannya tidak boleh dipenuhi pada masa itu dan kenapa perangainya tidak elok. Cuba terangkan yang perbuatan itu boleh memudaratkan dan tidak akan membawa kebaikan kepada dirinya atau orang lain. 

Satu ingatan yang perlu kita sematkan dalam fikiran, anak-anak masih belum sempurna akalnya. Jadi, tidak adil untuk kita memarahi mereka. Bertindak tegas adalah boleh, namun untuk terlalu memarahi mereka adalah tidak wajar. Anak-anak seharusnya membesar dengan ceria dan gembira, namun masih di dalam kawalan kita. Fahamilah yang kita dahulu pun seperti itu juga. Dan cuba sedari yang ibu bapa kita dulu juga bersabar menghadapi kerenah kita. 

===
Pakej Anak Bijak Alif Ba Ta


  
Seronoknya bayi saya Nur Athirah Syahidah belajar alif ba ta...dan dia cepat kenal huruf alif ba ta...sejuk hati saya sebagai seorang ibu..

Pakej Anak Bijak Alif Ba Ta membantu anak saya yang berumur 2 tahun telah mengenal alif ba ta dengan baik sekali dengan bantuan VCD dan juga Flashcard ini, Alhamdulillah..seterusnya anak-anak akan mudah untuk belajar iqra dan boleh cepat membaca Al-Quran..

Bagaimana Pakej Anak Bijak Alif Ba Ta ini boleh membantu anak anda:


VCD Belajar Cepat Membaca Al-Quran siri 1 ini mengajar anak anda mengenal huruf-huruf hijaiyah. Pasang setiap hari, insyaallah anak anda akan mengenalhuruf alif ba ta. Boleh digunakan untuk anak-anak seawal usia 6 bulan lagi.

Selepas anda mula belajar mengecam huruf menerusi VCD, anda boleh bermain flashcard alif ba ta ini dengan anak-anak anda.. hanya flashkan sekali sehari, anda pasti akan nampak hasilnya.

Kemudian tampalkan 3 poster di dinding rumah, insyaallah hari hari tengok poster, mudah anak anda nak kenal huruf alif ba ta dan kenal baris.

memang best..anak anak happy dan mak bapak pun happy ...alhamdulillah.

Sampel VCD Belajar Cepat Membaca Al-Quran siri 1
http://youtu.be/05YbLitMqbQ

Jom order sekarang Pakej Anak Bijak Alif Ba Ta.

Cadangan cara penggunaan Pakej menarik ini:

Untuk 6 bulan – 2 tahun:

1. Pasang VCD di TV/Laptop/Komputer. Abang Ariffin akan ajar anak anda mengenal huruf hijaiyah sambil bernasyid dan mengenal objek dalam 3 bahasa – B.Melayu, English dan Arab.

2. Guna kad imbas dan layangkan kepada si comel anda secepat 2-3 saat untuk 1 huruf kepada setiap hari. Boleh dibuat bila-bila masa selepas mandi, selepas makan, sebelum tidur setiap hari. Jika anda nyanyi bersama si manja macam Abang Ariffin ajar anak pasti teruja!

3. Tampal poster Alif Ba Ta pada satu dinding tumpuan si manja anda agar dia dapat lihat setiap hari. Hidupkan suasana pembelajaran Al-Quran di rumah pasti membantu!

2 tahun ke atas:

1. VCD masih digunakan. Menyanyilah bersama si manja sambil membuat gerakan yang boleh membuat anda ketawa bersama. Boleh mula tunjukkan objek2 yang diajar dalam VCD untuk anak anda kenal lebih dekat lagi. Sampel VCD Belajar Cepat Membaca Al-Quran siri 1: http://youtu.be/05YbLitMqbQ

2. Anak seusia ini dah mula banyak bergerak dan tidak akan duduk setempat dalam 2-3 saat pertama. Jadi anda boleh bermain dengar cari dan teka huruf, boleh susunkan di lantai dan anak mencari huruf yang disebut oleh ibu ayah. Bila anak berjaya jumpa, pujilah dia selambung2nya, Pandainya anak ummi, Cepatnya dia etc. Anak pasti gembira. Cara lain, pegang jari anak anda, dan ajar dia cara menulis huruf2 sambil menyebut nama huruf. Ini akan dapat membantu anak cepat mengingat huruf2 tersebut.

3. Poster yang ditampal juga boleh digunakan untuk bermain seperti di atas.

Penggunaan pakej mengikut peringkat umur ini hanya cadangan sahaja. Anda tentukan kerana anda lebih mengenali anak-anak anda. Lebih kreatif lebih baik.

TESTIMONI Pn Rabiatul Nabila ibu kepada baby Zahratul Iman 3 bulan :

"Dilatih sejak awal 3 bulan, dia memang menunjukkan minat. Bila saya tunjuk je flashcard memang dia akan membulatkan mata dan ikut saya menyebut walaupun bunyinya memang tak sama. In fact, kalau saya lambat bagi dia pegang kad, memang dia akan menjerit-jerit nyaring. Tengok pada respond dia, saya memang rasa dia cenderong belajar menggunakan flashcard. Sekarang saya dah ajar dia sampai huruf 'ya'. Tapi saya tak tekan sangat, saya ajar santai. Sambil mengajar sambil bergurau-gurau. Kadang-kadang saya selitkan juga dengan permainan lain bila mood dia tak baik, sebab takut dia boring."
HARGA : 

RM50 termasuk kos Pos Laju ke Semenanjung Malaysia.

RM50 termasuk kos pos Nationwide ke Sabah/Sarawak.

Berminat untuk order, boleh PM kami terus ya di www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop atau SMS/Whatsapp ke 012-6753078.

Post a Comment

 
Top