0
Teks : Wan Syahida Kahar

Bismillah. Assalamualaikum.

Sekarang kan musim cuti sekolah? Di jalan-jalan raya, tentu lengang gila kan pagi-pagi time nak pergi kerja? Oh, dulu sewaktu saya bekerja, sangat 'heaven' bila tiba musim cuti sekolah. Jadi, seronok la kita :-). Alhamdulillah lega dan lapang walaupun untuk sebentar cuma ;-). Tapi kini saya dah tak bekerja di luar, bekerja di rumah sahaja. Kesibukan lain pula yang melanda :-D

Memandangkan saya dan suami mengusahakan homestay kami sendiri (di kawasan Petaling Jaya, tak jauh dari Kuala Lumpur), kami memang sangat sibuk pada musim ini. Tak putus-putus orang yang nak tempah sewa pada musim cuti sekolah ini. Kalau hujung minggu, memang 'confirm' dah penuh lah sebab orang akan cari tempat penginapan untuk upacara kenduri-kendara. Kalau hari-hari biasa juga, tak jauh beza. Pasti penuh dengan tempahan sebab orang dari jauh suka nak bawa anak-anak bercuti-cuti di sekitar Selangor dan KL. Selain tu sebenarnya kebanyakan pelanggan kami mencari homestay untuk menjadi tempat penginapan ahli keluarga mereka yang datang dari jauh. Al-maklumlah, yang nak datangnya ramai benor. Nak tumpang kat rumah, bimbang tak muat atau tak selesa. Jadi, ke homestay la mereka cari. Lagipun homestay lebih murah jika dibandingkan dengan menginap di hotel. Lebih-lebih jika yang nak menyewa ni ramai. Tak berbaloi booking hotel duduk ramai-ramai. Jadi, elok lah cari homestay.

Sebenarnya kerja ni fleksibel untuk kami, sebab kadang-kadang kami boleh pass kunci kepada pelanggan kami pada waktu malam. Begitu juga masa untuk mengemas dan membersihkan homestay. Kebiasaannya juga pada waktu malam dan juga pada waktu hujung minggu sementara menanti ketibaan pelanggan-pelanggan kami. Walaupun memang agak penat sedikit, tapi itu lah bisnes homestay. Tak penat, tak dapat hasil lah.

Kebetulan juga, di kawasan homestay kami tu, memang susah nak jumpa hotel. Homestay lain pun payah nak cari. Kalau ada, mungkin agak jauh sedikit dan milik kaum cina. Mungkin juga harga rumah mereka lebih mahal. Homestay kami terletak berdekatan dengan kawasan perumahan, lebuhraya dan senang diakses ke PJ dan KL. Juga berhampiran dengan UM, matrikulasi UIA. Hospital Universiti, MBPJ, dan lain-lain. Kami dah pernah terima tempahan dan sewa pelanggan yang ingin menginap untuk tujuan kenduri-kendara, kursus kerja, short course di Universiti, melawat saudara di hospital, cuti-cuti di Lembah Klang, game tournament, dan lain-lain. Walaupun baru nak masuk 7 bulan kami mengusahakan homestay ni, Alhamdulillah memang tak putus orang nak bertanya dan nak tempah. Tapi memang ya, kami penat sedikit untuk seringkali berulang-alik dari rumah kami ke homestay.

Untuk musim cuti sekolah kali ni, dari akhir Mei hingga 15 Jun 2014, memang dah penuh dengan tempahan. Kami pun terkejar-kejar dan kena pandai menguruskan masa. Dengan suami saya yang bekerja, saya yang perlu kerap check-up di klinik (EDD saya 11 hari saja lagi ya. haha) dan kami sendiri juga yang menerima banyak jemputan pada hujung minggu, maka, sangat sibuk la kami. Dah nama pun cuti sekolah, haruslah banyak jemputan kawin dan macam-macam juga kami ni pun kan. Mujur lah segala persiapan untuk baby yang bakal lahir ni juga dah siap dan settle!!

Alhamdulillah rezeki baby agaknya. Hehe. Sekadar sedikit perkongsian mengenai homestay kami dan cara kami menguruskannya. Kepada anda yang mungkin ada aset rumah yang lebih, boleh la cuba-cuba untuk mengusahakan homestay. ;-)

Oh ye, kalau anda atau ahli keluarga anda nak tempah homestay di mana-mana pada mana-mana hujung minggu, lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah macam ni, saya sangat mewajibkan anda untuk tempah seAWALnya... Supaya tak kecewa sebab dah penuh. :-). Kami memang dah terlalu biasa terpaksa mengecewakan harapan ramai pelanggan yang amat berharap untuk menempah homestay kami pada musim cuti sekolah ni. Ada yang nak 1 hari, 2 hari, 3 hari, ada yang sampai nak seminggu dan lebih daripada seminggu pun ada. Sebenarnya yang nak sebulan dan lebih daripada itu juga ada. Jadi, anda kalau nak tempah homestay, sila lah segerakan. Untuk tempahan bulan Mei contohnya, ada pelanggan saya yang dah tempah sejak Februari tau. Jadi, kalau yang baru nak tempah semalam, ehmm harapan sangat tipis la dan lebih kepada tak ada harapan pada tarikh yang dia nak. :-D

Berminat untuk lihat homestay kami, boleh lawati blog homestay kami di : http://rizqihomestay.blogspot.com

atau LIKE Fanpage kami di http://www.facebook.com/RizqiHomestay

===

Bantal ABC, bantal Alif Ba Ta dan bantal 123 dalam bahasa Arab untuk si comel anda.

Sesuai untuk bayi dan kanak-kanak. Si comel anda boleh bermain-main dengan bantal sambil belajar. Ia ringan dan lembut untuk dipeluk serta selamat untuk digigit bayi.






Saiznya 26cm x 15cm lebih kurang atau saiz A5. Hanya berharga RM28 per piece dan ada pelbagai warna. Beli lebih daripada satu dapat RM26 per piece. Stok banyak baru masuk.

Berminat boleh order dengan cara klik di : www.facebook.com/messages/IslamicKidsShop atau SMS/Whatsapp 012-6753078.

Harga belum termasuk kos pos laju. :-)

Post a Comment

 
Top