5
25 Ogos 2014

Assalamualaikum.

Terima kasih kerana menjengah blog saya :-).

Saya merupakan ibu berkerjaya suatu masa dulu. Kemudian saya resign atas sebab nak jaga anak sendiri. Dahulu saya seorang Biomedical Engineer di sebuah Multi-national Company.

Saya berkahwin pada tahun 2010 dengan suami, Muhamat Shukri Mahat, seorang CVT di IJN. Kami dikurniakan seorang anak perempuan, Ameerah Syuhada yang kini berusia 3 tahun dan seorang anak lelaki yang baru berusia 2 setengah bulan. Alhamdulillah anak kami Ameerah seorang yang sihat dan bijak, kini sudah menghafal surah-surah pendek dalam Al-Quran, bermula daripada surah Al-Fatihah, An-Naas hinggalah kini Surah Al-Humazah. Berkat saya dah mula menjadi surirumah, saya dapat mengajar anak saya menghafal Al-Quran sendiri. :-)

Oh ye. Saya menetap di Segambut, KL. Rumah ibu bapa saya di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Manakala rumah ibu bapa mertua saya di Setapak, KL. :-)

Kerana minat saya dalam bidang pendidikan anak-anak kecil, saya menjual produk-produk mengajar anak membaca pada usia awal, alat-alat permainan sambil mendidik untuk anak-anak terutamanya yang berunsur agama. Set-set untuk mengajar anak alif ba ta, VCD pendidikan, poster Alif Ba Ta, Islamic Softbooks, set flashcards, Apple Learning Quran Machine dan lain-lain yang bermanfaat untuk anak-anak kecil berumur kurang 6 tahun.

Saya juga sukakan amalan nutrisi yang sihat, jadi saya mengambil Shaklee sebagai pilihan supplemen saya. Sebab utama saya memilihnya kerana ia HALAL dan mudah diperoleh, tak perlu lagi saya mencari-cari apa yang saya perlukan di kedai farmasi dan Shaklee juga lengkap dengan pelbagai supplemen yang bagus untuk ibu-ibu mengandung, menyusu dan yang baru melahirkan. Bagus juga untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan badan, mengawal berat badan atau menurunkan berat badan, yang nak cari set ikhtiar hamil, set kecantikan, set kesihatan untuk pelbagai jenis penyakit (terutama untuk ibu dan bapa yang mungkin tercari-cari supplemen yang bagus untuk mereka) dan juga set anak-anak pintar. :-)

Saya juga memiliki homestay di Petaling Jaya. Sesuai untuk penginapan keluarga dari 8-10 orang. Berhampiran dengan Old Town, PJ, PPUM, UM, Federal Highway, MidValley, Jalan Klang Lama, akses mudah ke Kuala Lumpur, etc. Rumah jenis apartment, mempunyai kolam renang, 2 slot parking untuk penyewa, mempunyai wet kitchen, dry kitchen, tempat memasak, washing machine, TV, katil, almari, meja makan dan pelbagai keperluan asas yang lain. Untuk maklumat lanjut dan melihat gambar, boleh layari Blog Homestay saya di : Rizqihomestay.blogspot.com . Khas untuk orang Islam sahaja. :-)

Selamat melayari blog saya. Semoga anda memperolehi banyak perkara yang bermanfaat daripada blog saya. Silakan add saya di Facebook :-) atau boleh hubungi saya dengan SMS/Whatsapp di 012-6753078. Jemput LIKE Fanpage saya untuk memperolehi pelbagai tips menarik pendidikan awal anak-anak bagi membentuk anak-anak soleh solehah dan tips kesihatan serta kecantikan. :-)


Fanpage Kesihatan dan Kecantikan dengan nutrisi vitamin :
My Shaklee Independent Distributor ID : 1143254

Fanpage Pendidikan Awal Kanak-kanak :

Fanpage Homestay :

Facebook saya :

E-mail : wsyahida@yahoo.com
Phone : 012-6753078

Post a Comment

  1. Salam kenal Sis, terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya :) Didoakan semoga sis Wan Syahida dilimpah ruahkan rezeki yang berkat di dunia dan di akhirat. Insya-Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal.. InsyaAllah. Sis juga.. Terima kasih kerana mengunjungi blog saya ni :)

      Delete
  2. salam kenal.. homestay macam nama baby baru saya..

    ReplyDelete
  3. wah banyak cabang bisnes..rajinnya..lagi seronok dpt berniaga sambil jaga anak di rumah kan.

    ReplyDelete

 
Top