0
Assalamualaikum kepada para pembaca saya yang budiman.

Buat anda yang tengah cari info mengenai ESP, di sini saya cuba terangkan apa dia kebaikan ESP ni sehingga ia menjadi begitu popular di Malaysia terutamanya bagi ibu-ibu menyusu, berpantang mahupun yang hamil.

ESP ni singkatan kepada Energizing Soy Protein. Jadi ia diperbuat daripada kacang soya untuk sumber proteinnya. 
 


Kenapa Soya Dipilih Sebagai Sumber Protein Untuk Membuat ESP?

1) Protein soya dikenali sebagai protein lengkap kerana membekalkan kesemua asid amino yang diperlukan oleh tubuh badan kita. 

2) Protein Soya juga adalah sumber protein bukan haiwan yang terbaik. 

3) Protein Soya juga hampir tiada kandungan lemak dan kolesterol di dalamnya. 

4) Protein Soya juga mempunyai kandungan protein yang sangat banyak untuk setiap hidangan.

Disebabkan soya ni tumbuhan yang paling kaya kandungan proteinnya, ia banyak dihasilkan dan dijadikan minuman. Peminat soya pun ramai kerana perisanya yang sedap. Tapi hati-hati ya kerana Soya yang dipasarkan di dunia ini, 90% daripadanya adalah soya yang telah diubahsuai genetiknya atau kita panggil Soya GMO. Kenapa diubahsuai genetik? Kerana nak memenuhi permintaan syarikat pengeluar dan pasaran untuk menghasilkan produk minuman yang berasaskan soya ini. Jadi untuk mass production, mereka ubahsuaikan genetiknya agar lebih bertahan daripada serangga dan lebih untung. 


Malangnya, produk GMO ni sangat bahaya tau. Nak tahu kenapa makanan GMO ni bahaya?

Mengikut kajian, makanan berasaskan GMO ini menjadi penyebab kepada beberapa penyakit iaitu punca kanser, alahan, toksin di dalam badan dan anti-gizi kepada tubuh badan. Seterusnya boleh menyebabkan kerosakan kepada organ manusia.

 
Menguji soya GMO ke atas tikus, tikus pun mati. Adakah kita selamat menggunakannya?

Jadi, berhati-hatilah kita dalam memilih sumber makanan kita sehari-hari. Pilihlah makanan yang ditanam atau dibesarkan secara organik dan non-GMO.  


Apakah Kebaikan ESP Shaklee Sehingga Saya Memilihnya?

Untuk sumber soya, saya pilih ESP Shaklee bukan sahaja kerana tingginya kuantiti proteinnya, tetapi juga kualiti protein dan soyanya yang bebas GMO dan organik

Secara ringkasnya, saya memilih ESP Shaklee kerana:

1) Shaklee adalah syarikat pertama menghasilkan makanan tambahan protein berasaskan soya dan juga formula pengasingan protein (isolated) yang pertama

 
Shaklee memformulasikan Instant Protein ini pada tahun 1972.

2) Menggunakan kacang soya non-GMO sahaja

 

3) Diproses pada kadar suhu yang rendah

4) Satu tin ESP dihasilkan daripada 30kg kacang soya

 

5) Setiap hidangan ESP memberikan 14 gm bagi setiap hidangan protein berkualiti tinggi yang semulajadi rendah lemak, laktosa semulajadi dan tanpa kolestrol. Berbeza dengan jenama lain yang biasanya haya menyediakan sebanyak 8gm atau 6gm sahaja hidangan protein.

 
Shaklee memberikan jauh lebih banyak kandungan protein dan lebih kalsium. Tambahan lagi ia Non-GMO.

6) Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral

 
7) Kandungan Indeks Glisemik (G.I.) yang rendah iaitu 39 - sesuai untuk penghidap kencing manis

8) membekalkan tenaga segera yang tahan lebih lama. 

 

Graf menunjukkan tenaga selepas hidangan nasi (garis hitam) menjunam meyebabkan rasa lapar yang cepat, sebaliknya ESP menunjukkan graf yang lebih stabil dari segi pelepasan tenaga.

9) Semasa diproses, kacang soya dicuci dengan air dan bukannya alkohol untuk mengekalkan Isoflavones genistein dan daidzein yang penting untuk kesihatan.


Apa Pula Keburukan ESP Ini?

Asyik cerita tentang kebaikan dan keistimewaan Shaklee ESP saja. Takkan la takde keburukan langsung. Sebab walaupun ESP ini memberi banyak manfaat, ia tetap ada keburukannya. Mari kita kupas.

Nak tau keburukannya?

1) Untuk orang yang malas, bila minum ESP ni badan akan bertenaga. Tak dapat nak bermalas-malas lagi. Jadi kena terus bangun dan rajin buat kerja.

2) Bagi yang tak suka kawal nafsu makan, bila minum ESP ni nafsu makan terkawal sendiri. Tak dapat nak makan ikut nafsu dah. Anda teringin nak makan menu sedap kat restoran tu tapi sebab dah terkenyang dengan ESP, terus tak dapat join kawan-kawan yang nak pergi lunch di restoran itu.

3) Jerawat dan kulit kusam akan nyah dari muka pengamal ESP ni. Habislah takde lagi aktiviti kutil jerawat. Salah satu hobi anda ini terpaksa tak dapat buat lagi.

4) Ibu mengandung yang letih-letih, melepek sepanjang hari tak dapat nak melepek lagi lepas minum ESP ni. Ibu mengandung yang tak berpuasa pada bulan Ramadhan sebab tak larat pun tak boleh nak cuti daripada berpuasa sebab takde alasan untuk tidak berpuasa lagi.

5) Berita buruk untuk strech mark!! Habislah pudar strech mark nanti lepas makan ESP. Jauhkan ESP dari Vitamin C tau. Nanti lebih buruk kesan dia. Habislah licin kulit perut nanti! Dua-dua kombinasi ni memang musuh utama stretch mark.

6) Ibu-ibu BF yang mengepam susu di tempat keje mungkin kena bawak lebih banyak bottles kosong dalam beg pump sebab nanti takut terlebih supply secara tak sengaja. Mungkin sebab perut lebih kenyang dan badan lebih bertenaga. Jadinya susunya lebih meriah & beg bertambah penuh dan berat.

Kuikuikui. Cukup dulu 6 keburukan nih. Nanti lagi seriauu korang. Jangan marah hokey. 

Nak try n nak ngorder ESP boleh beritahu saya ya. Tengah murahhh bulan ni. Rugi kot kalau tak grab satu bulan nie. 

Bulan September 2016 ini sedang berlangsung promosi Buy 6 Free 1. Ataupun anda boleh pilih untuk membeli 2 botol dengan menikmati diskaun 5%. Lebih penjimatan buat anda. 

Kalau nak penjimatan yang lebih banyak dan berpanjangan serta mendapat lebih banyak manfaat kesihatan serta produk, dijemput untuk mendaftar menjadi ahli Shaklee. Anda akan terus mendapat tips kesihatan dan penjagaan diri secara lebih ekslusif. Boleh hubungi saya untuk bantuan.

Your Health & Beauty Coach,

Wan Syahida Kahar 012-6753078

SID 1143254



Post a Comment

 
Top