0
Bismillahirrahmanirrahiim.

Sebagai seorang yang pertama kali menjadi ibu, tentunya pelbagai perkara dan persoalan yang menerjah di fikiran kita mengenai sebarang permasalahan dan perkembangan bayi dan anak kita, kan? Pada masa itulah, kita mula mengGoogle isu-isu yang kita mahukan penjelasan dan banyak bertanya dengan ahli keluarga atau kawan-kawan yang mungkin berpengalaman. Tambahan pula dalam masa tempoh berpantang, kita sentiasa mempunyai ruang untuk memperbanyakkan pembacaan dan penelitian tentang perkara-perkara yang berkait tentang bayi kita. Isu penyusuan bayi, isu penjagaan badan dan kesihatan sewaktu berpantang, isu pemakanan bayi, isu penjagaan bayi, isu perkembangan otak bayi, dan 1001 perkara lagi yang menyentuh bab bayi.

Antara perkara yang banyak saya berikan tumpuan ketika waktu tempoh berpantang adalah didikan yang ingin saya berikan kepada bayi saya yang baru lahir. Pada waktu itu, saya perbanyakkan pengetahuan tentang didikan yang sudah boleh kita mula berikan sebaik sahaja anak kita lahir. Timbul kesedaran yang mendalam dalam diri saya untuk membentuk anak saya menjadi seorang anak yang solehah. Begitu juga dengan suami saya.

Melalui pembacaan dan pendedahan ibu-ibu berpengalaman yang lain, saya cuba untuk memperdengarkan dan memperlihatkan bacaan Al-Quran, VCD-VCD huruf-huruf Hijaiyyah dan kad imbasan jawi untuk anak saya luangkan masa. Selepas satu, satu produk yang saya dapatkan untuk anak saya. Lama-lama saya menjadi obses dengan bahan pendidikan awal bayi dan kanak-kanak. Lebih-lebih lagi dengan penerangan dan pengalaman Puan Lina Karim yang berjaya mendidik anak-anaknya menjadi huffaz Al-Quran pada usia bayi lagi. Di situlah bermulanya timbul minat dalam diri saya untuk lebih banyak mencari dan mengaplikasikan produk-produk yang banyak terdapat di pasaran dan cuba mendidik anak saya dengan sekerap yang mungkin.

video

VCD Belajar Cepat Membaca Al-Quran Siri 1 yang mula-mula saya dan suami tunjukkan kepada bayi saya ketika umurnya baru 3 bulan :-). 

Anak suka. Dia tengok je. Sebab benda baru kan. Pastu gerak-gerak dan warna-warna dengan muzik yang rancak. :-) Sebab anak masih bayi lagi, ini la masanya untuk kita mula tunjukkan VCD pendidikan macam ni sebab bila dah makin besar, 2 ke 3 tahun, bimbang anak pandai 'reject' kat kita VCD-VCD macam ni dan lebih prefer untuk menonton kartun Upin Ipin, BoboiBoy, Kampung Boy, Dora the Explorers, Wonderpets, Diego dan sebagainya. Jadi, tanggungjawab kita untuk tunjukkan 'apa' untuk anak-anak kita sejak usia bayi.

Bayi ni ibarat sponge. Apa saja yang kita tunjukkan, mereka akan mudah untuk menyerap. Asalkan kita berulang kali tunjukkan dan ajarkan kepadanya. Walaupun kita mungkin rasa macam bayi kita tak faham apa-apa, tapi jangan pandang remeh atas semua usaha anda. Saya pun macam tu juga. Tunjuk je sikit sikit setiap hari bagi pengulangan kepada bayi, walaupun kita langsung takkan nampak hasilnya pada masa tu. Jangan pernah putus asa. Mana ada bayi yang boleh terus pandai dan genius kan. Hasil usaha istiqamah saya dan suami, ditambah dengan bantuan ibu mertua dan adik beradik, ipar duai dan atuk neneknya, bayi saya dah kenal semua huruf-huruf Alif Ba Ta seawal usia 1 tahun 7 bulan. Tunjukkan je apa saja huruf hijaiyyah, dia boleh bacakan tu huruf apa. Kalau kita tunjukkan flashcard huruf hijaiyyah dan tanya "Ni Apa?" Alhamdulillah anak saya boleh menjawab seawal usia itu. Ahli keluarga pun gembira dan kagum dengan keupayaan bayi saya. Bila dah macam tu, lagi lagi la mereka suka nak uji minda anak saya tu waktu sesi-sesi gurau senda dan bermain-main dengan anak saya. Tak mustahil bagi semua ibu bapa. Yang penting konsistensi dan usaha :-). Insya Allah.

Antara produk awal yang saya gunakan untuk ajar anak saya :

1) Siri Cepat Membaca Al-Quran Siri 1 - Saya mulakan sejak anak berusia 3 bulan.


2) Siri Cepat Membaca Al-Quran Siri 2 - Saya mulakan sejak anak berusia 1 tahun.


3) Kad Imbas JAWI - Saya mulakan sejak anak berusia 3 bulan.


4) Poster huruf-huruf Hijaiyyah dan bentuk penyambungannya. - Tampal di dinding sejak usia 1 tahun 6 bulan. Saja buat menguji ingatan anak waktu main-main dengan banyak bertanya ni huruf apa dan sebagainya.


5) VCD Lagu-lagu Al-Furqan - Saya mula tunjukkan pada usia anak 1 tahun.


6) Lagi poster-poster Alif Ba Ta. - Yang ni letak-letak je sekitar tempat mainan anak..


Saya banyak fokus kepada bahan mengajar Al-Quran sahaja dengan mengajar huruf-huruf Hijaiyyah. ABC saya tak pernah ajar pun. Hanya saya banyak suka download video dari YouTube yang berlambak lagu-lagu ABC dan 123 dan bagi anak saya tengok sendiri. Lama-lama dia pun hafal sendiri tanpa saya perlu ajar...

Kalau berminat untuk dapatkan produk-produk yang saya pernah gunakan untuk anak saya, silakan layari Facebook Page saya di : Islamic Kids Shop


Atau boleh juga SMS/WhatsApp saya di 012-6753078.

Email : wansyahida.kahar@gmail.com

Jika belum berminat untuk mendapatkan sebarang produk, silakan LIKE Facebook Page Islamic Kids Shop untuk pelbagai tips menarik dan perkongsian saya dan orang lain dalam pendidikan anak-anak. Semoga bermanfaat :-)

Post a Comment

 
Top